CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Shaheizy Sam Akur Diri Semakin Kurang Popular

3-12-2013 12:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7798| Komen: 28

Description: Sementara Itu, Sam Yang Telah Memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem Menerusi Filem Sam Pada Anugerah Skrin 2013 (Ask 2013) Sabtu Lalu Itu Akan Muncul Dengan Sebuah Filem Terbaharu Berjudul M ...


PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam mengakui namanya sedikit tenggelam sejak kebelakangan ini namun terpaksa akur dengan proses jatuh bangun kehidupan seorang selebriti.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 31, berkata, walaupun pernah memenangi gelaran Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2012 pada April lalu, ini tidak bermakna namanya akan kekal popular sepanjang masa.

"Benda (populariti) ini kita tahu daripada dulu lagi bahawa setiap yang naik akan turun dan seseorang yang berada di puncak tidak akan kekal di atas selamanya.

"Tetapi saya terima perkara itu dengan hati yang terbuka. Semestinya ada jalan lain untuk mengekalkan populariti agar tidak terlalu jatuh," katanya.

Sehubungan itu tambah Sam, dia akan mengambil apa saja peluang dalam setiap tawaran lakonan yang diterima agar dapat mengekalkan momentum kerjayanya.

Dalam pada itu dia juga menjadikan idolanya iaitu Datuk Rosyam Nor sebagai contoh dan rujukan dalam mengekalkan nama dalam industri hiburan tempatan untuk tempoh masa yang lama.

"Kalau dahulu sebelum dikenali ramai, saya selalu tertanya-tanya kenapa bakat saya susah mendapat perhatian walaupun sudah 10 tahun dalam industri.

"Tetapi lama-kelamaan, saya faham apabila melihat industri sebagai sebuah perniagaan hiburan yang juga memerlukan strategi pemasaran. Itu yang akan cuba saya lakukan," ujarnya.

Sementara itu, Sam yang telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM pada Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) Sabtu lalu itu akan muncul dengan sebuah filem terbaharu berjudul Manisnya Cinta Di Cappadoccia arahan Bernard Chauly.

21

Bagus
13

Marah
5

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 2-12-2013 02:21 PM
Quote disneyprincess 2-12-2013 02:26 PM
ASK 2013 tetap menang. hihi
Quote beatgirlX 2-12-2013 02:29 PM
sweet je dia masa nak naik pentas ambik trofi..sempat tu possing snap ambik gmbar..hahaha
ku pikirkan dia nak call mummy dia..hehehe
Quote aseela 2-12-2013 02:31 PM
kena explore pulak bidang teater ke atau belajar lagi untuk mantap kan mutu lakonan.
Quote yayah8989 2-12-2013 03:58 PM
ok la kutt dh kaya heheheeee
Quote edoraixora 2-12-2013 04:06 PM
filem yg ade die dh kurang kot....
kalo tak, asik2 muke die jer
Quote azie.dz 2-12-2013 04:46 PM
bagus la..dia dah sedar..ahaks
Quote shysari 2-12-2013 04:51 PM
Lumrah alam... Bukan selalu dok atas je..
Quote ohsemmm 2-12-2013 04:52 PM
maka dengan itu belajarlah buat harta benda...supaya ada bekalan esok2.

retis ni kan...time fofuler, banyak job...memasing tak ingat nak buat simpanan/pelaburan ke?
Quote OSEMMM 2-12-2013 04:53 PM
Demanddd..sgt kott..mklum lerr mng mcm award..
Quote OSEMMM 2-12-2013 04:55 PM
ohsemmm posted on 2-12-2013 04:52 PM
maka dengan itu belajarlah buat harta benda...supaya ada bekalan esok2.

retis ni kan...time foful ...

Wooooiiittt...nma sama  cuma iolss CAPITAL LETTER. Peace...
Quote putehkundor 2-12-2013 04:57 PM
Ntahla...mak teh pun tak berani nak komen.
Mungkin watak2 dia dlm filem lebih kurang sama kot...

Cuba try jadi drag queen pulak....
Mcm jared leto dlm dallas buyers club...sure meletop
Quote ohsemmm 2-12-2013 05:06 PM
OSEMMM posted on 2-12-2013 04:55 PM
Wooooiiittt...nma sama  cuma iolss CAPITAL LETTER. Peace...

jangan orang conpius udah le...
Quote intan_smsb 2-12-2013 05:16 PM
semalam nampak heols tengah shooting dengan fezrul khan
Quote myridz 2-12-2013 05:23 PM
bagi aku dier nie besttt..... huhuhuhu dier dah tak jd artis residen MIG ker?
Quote tomet05 2-12-2013 10:01 PM
kalau dia main teater mesti lagi best kan
Quote fanaz82 4-12-2013 11:41 AM
lakonan sam tetap best!
Quote kelip2_07 4-12-2013 11:44 AM
ok la tu sam..akupn naik boring asik2 muka ko jer
Quote arira_arora 4-12-2013 11:57 AM
lakonan ok.. tp tu la.. kalo dok bwh MIG tak berkembang la watak kau..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052757 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top