CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melecur, Koma Seminggu- Terjun Kolam Air Mendidih Untuk Selamatkan Anjing

13-10-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3957| Komen: 7

Seorang wanita melecur dan koma selama seminggu selepas terjun ke dalam air hampir mendidih di dalam sebuah kolam air panas semula jadi atau geiser untuk menyelamatkan anjing peliharaannya, lapor akhbar Metro UK semalam.


Laiha Slayton, 20, melecur lebih 90 peratus badannya apabila dia terjun ke dalam geiser yang merekodkan suhu air 93 darjah Celsius di Taman Negara Yellowstone, Wyoming.

Anjing Slayton bernama Rusty telah terjun ke dalam kolam air panas Maiden Grave Spring  pada 4 Oktober lalu.


Kredit foto: Metro UK

Slayton ketika itu berkunjung ke sana bersama bapanya, Woodrow.

Setibanya di lokasi kejadian, Rusty berlari daripada kereta dan melompat ke dalam kolam air panas itu sebelum dilaporkan mati.


Woodrow membantu anak perempuannya itu keluar daripada air panas itu sebelum dirawat oleh penyelamat taman dan perkhidmatan bomba tempatan.

Slayton disifatkan bertuah kerana sempat diselamatkan oleh Woodrow yang melecur pada bahagian kaki ketika dia menarik wanita itu keluar.

Sekiranya proses penyembuhan Slayton berjalan lancar, wanita itu dijangka diletakkan dalam keadaan  koma selama dua hingga tiga minggu lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 13-10-2021 12:54 PM
panik dan x leh pikir...tu yg terjun tiruk dan2...
Quote mejaputih 13-10-2021 12:57 PM
huhu..anjing tu pun mati ye...
Quote naina 13-10-2021 01:10 PM
Pelik2 la animal lover ni..
Nyawa sendiri dulu baru haiwan
Quote edayildiz 13-10-2021 01:18 PM
xpelik pun sis..kalau i pun i akan redah lautan api utk my dog..anggap jer la kalau ank uols jatuh..perasaan tu sama jer..i pun pernah i punya pet lari2 lintas jln..i kejar..nsb baik xkena langgar

btw semoga dipermudahkan utusan adik itew..sian la dog dia meninggal jgk akhirnya
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 06:44 PM
.... Kenapa mesti ko bawak anjing ke tempat2 gituuu?

High risk punya tempat kotttt
Quote green~tea 13-10-2021 06:49 PM
90%... huhuhuhu... biasanya mmg tak selamat lah... due to kegagalan kidney (kulit also organ perkumuhan) & dehydration

Better mati je kot.. kalo survive seksa je nak pulihkan kulit tu entah berapa ratus kali surgery
Quote cik_sssara 13-10-2021 07:19 PM
Poor doggo

Pentingnya leash harness untuk home pet bila kat luar rumah. Apa lagi ke tempat awam dan berisiko macam tu. But this girl dengan bapak dia motif bawa pet ke sana? Untuk content tiktok?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.032243 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top