CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Jika Tiada Barang Berharga, Tak Perlu Guna Kunci Sukar Dibuka" - Pencuri

13-10-2021 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6473| Komen: 27

Description: Seorang pencuri berang selepas rumah mewah yang dimasukinya tidak memiliki barangan berharga seperti diharapkan.
Seorang pencuri berang selepas rumah mewah yang dimasukinya tidak memiliki barangan berharga seperti diharapkan.

Akibat kecewa dengan keadaan itu, pencuri meninggalkan nota ‘luahan rasa sedihnya’.


Menerusi nota itu, suspek mempersoalkan mengapa tuan rumah meletakkan begitu banyak kunci yang sukar dibuka, sedangkan tiada barang berharga disimpan.


Gambar hiasan

“Jika tiada barang berharga, tidak perlu menggunakan kunci yang sukar dibuka,” tulis nota tersebut.

Menurut polis, suspek ditahan selepas tuan rumah membuat laporan mengenai sejumlah barangan di kediamannya hilang.

Jurucakap polis Kotwali memaklumkan, suspek hanya ‘berjaya’ mencuri wang tunai berjumlah 30,000 rupee (RM1,655) berserta barangan lain.

“Tuan rumah tidak mendiami kediaman tersebut kerana mempunyai rumah lain.

“Namun, apabila dia pulang ke rumah terbabit, dia mendapati beberapa barangannya hilang dan mengesyaki rumahnya dimasuki pencuri sebelum membuat laporan polis,” jelas jurucakap tersebut.



Kredit foto: The Quint

Hasil siasatan polis di lokasi kejadian menemukan kepingan nota tersebut dan suspek diberkas tidak lama kemudian.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 13-10-2021 02:56 PM
Sempat lg tu
Quote mizzmimi 13-10-2021 03:25 PM
Supaya pencurik macam ko tak bole masuk le.. Dah pencurik budus pulak.. Koliang betoi
Quote mdhelmi 13-10-2021 03:28 PM
susah atau senang bergantung pada skill dan alat yang digunakan
Quote ninja9 13-10-2021 03:31 PM
Pencuri ni sentimental... nak belaian jiwa dari orang yang hendak dia sakiti... sangat tidak reasonable.. hahah
Quote chinta89 13-10-2021 04:19 PM
kecewa sb tak dpt menyakitkan hati tuan rumah hahahaha
Quote uori 13-10-2021 04:30 PM
hati tisu sungguhlah
Quote nononcrux 13-10-2021 04:33 PM
yindia ni mmg lawak la
Quote sukacactus 13-10-2021 07:31 PM
Dia punya pasal la
Sapa suruh ko masuk
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 07:41 PM
Pencuri yang tersakiti
Quote MarryPottet 13-10-2021 08:08 PM
Dia tulis abjad bahasa apa gitu gayanya?
Macam buat homework penyelesaian calculus je
Macam subject physics punya calculation pun ada jugak
Quote lasagnaklcc 13-10-2021 08:11 PM
Jgn kata pencurik, i pon kdg2 hangin kalau byk sgt lock.
Quote matamata 13-10-2021 08:16 PM


Gambaran pecuri tersebut
Quote Suchi 13-10-2021 08:27 PM
Setuju dengan kata2 pencurik

Kalau iols pun bengang, sedangkan nak unboxing parcel dr shopee pun dah cukup bengang kalau hat jenis berlapis2 nih.
Quote meisapoya 13-10-2021 08:28 PM
Baguslah. Supaya kau rasa penat takde hasil nak curi.
Quote naina 13-10-2021 08:41 PM
Nak mencuri pun dah mengeluh
Setakat kunci tak boleh buka yg memang pekerjaan kau pun susah bagi kau
Baik mati Ler..
Quote Supersirap 15-10-2021 11:26 PM
Betul punya marah pencuri tu, dah buat kerja susah-susah, hasilnya habuk pun tiada
Quote edayildiz 15-10-2021 11:52 PM
negara mana tu..india ke..sblm ni i xknl sgt org yindia..xde own yindia yg rapat..tp boss skrg yindia..baikk mcm ayah2..tp sedih pulak arini gnti oss lain pulak
nak tulis tu jer..alang2 tered india khenzz
Quote KIM.K 16-10-2021 04:24 AM
Kunci tu sbb keselamatan takut tak dapat barang kau libas pulak anak bini dia
Quote fefeeling 16-10-2021 06:18 AM
lasagnaklcc replied at 13-10-2021 08:11 PM
Jgn kata pencurik, i pon kdg2 hangin kalau byk sgt lock.

Dpt bonus ujung taun ni i ingat nak updgrade tombol pintu pakai yg jenis masuk code tu jelah sebab i bengang nak masuk umah sendiri kena bukak padlock, kunci gril pastu kunci pintu kayu.. benda simple je kot

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050730 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top