“Kepada ibu bapa, Insya-Allah anak-anak akan sentiasa di landasan yang betul bila dia melalui hidup dengan reda dan doa kalian. Jujur kepada diri sendiri, doa dan ikut kata hati.”
Demikian kata pelakon Reen Rahim yang berpegang dengan prinsip bahawa kepercayaan dan sokongan keluarga juga penting untuk seseorang anak berjaya dalam karier. Reen, 33, berkata demikian apabila teringat tentang kerisauan bapanya sewaktu dia mula-mula memasuki dunia hiburan dengan menyertai program realiti Pilih Kasih terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar lapan tahun lalu. Kongsi pemilik nama lengkap Noreean Ashikin Abdul Rahim itu, ketika itu bapanya sangat risau andai dia terjebak dengan perkara tidak patut selepas bergelar anak seni.
“Lapan tahun lepas, amie (gelaran untuk bapanya) hantar saya masuk di Angkasapuri (RTM) ini dengan penuh gundah gulana. Malam ketika mengemas barang, dia menangis semahu-mahunya. “Bila kakak tanya, amie jawab dia takut saya rosak, lupa diri. Dia takut saya terjebak dengan kegiatan negatif seperti apa yang dibaca dalam laporan berita dan majalah Mangga bahagian gosip tu,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.
|
makton replied at 13-10-2021 12:01 PM
aku tgk sedutan dia berlakon pujaan hati kanda mmg best. sempoi jee.. tak nampak kayu.
cerita hantu ...
ADVERTISEMENT