View: 8228|Reply: 23
|
"Acah-Acah Pakai Barang Mewah, Tak Boleh Makan Warung,"-Bapa Risau Ree
[Copy link]
|
|
“Kepada ibu bapa, Insya-Allah anak-anak akan sentiasa di landasan yang betul bila dia melalui hidup dengan reda dan doa kalian. Jujur kepada diri sendiri, doa dan ikut kata hati.”
Demikian kata pelakon Reen Rahim yang berpegang dengan prinsip bahawa kepercayaan dan sokongan keluarga juga penting untuk seseorang anak berjaya dalam karier.
Reen, 33, berkata demikian apabila teringat tentang kerisauan bapanya sewaktu dia mula-mula memasuki dunia hiburan dengan menyertai program realiti Pilih Kasih terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar lapan tahun lalu.
Foto: IG
Kongsi pemilik nama lengkap Noreean Ashikin Abdul Rahim itu, ketika itu bapanya sangat risau andai dia terjebak dengan perkara tidak patut selepas bergelar anak seni.
“Lapan tahun lepas, amie (gelaran untuk bapanya) hantar saya masuk di Angkasapuri (RTM) ini dengan penuh gundah gulana. Malam ketika mengemas barang, dia menangis semahu-mahunya.
“Bila kakak tanya, amie jawab dia takut saya rosak, lupa diri. Dia takut saya terjebak dengan kegiatan negatif seperti apa yang dibaca dalam laporan berita dan majalah Mangga bahagian gosip tu,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.
Bagaimanapun kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, semua keresahan bapanya tidak menghalang dia meneruskan niat bergelar anak seni memandangkan dirinya seorang yang tegas dalam mencapai apa yang dimahukannya.
“Saya ni memanglah anak mak. Tapi mak dan bapa kena dengar cakap saya. Sekali saya cakap nak, tiada siapa boleh halang. Masa itu, kakak yang nasihat dan tenangkan amie.
“Alhamdulillah, saya sama je tak ada lah pula lupa diri. Acah-acah pakai barang mewah, tak boleh makan warung, nak lepak tempat mahal selalu dan berkawan dengan orang tertentu saja. Lambat lagi. Kisah pula aku dengan semua itu,” katanya.
Untuk rekod, pelakon kelahiran Klang, Selangor itu mula menceburi dunia lakonan selepas menjuarai program Pilih Kasih musim ketiga pada 2012. –CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
iolss baca tajuk acah2 pkai bawang merah.. hahahaha.. konpius awat pkai bawang merah x bleh mkn warung.. brg mewah rupenye |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ok lah rekod baik bebas dari kontroversi melampau. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kelakar la. cara cakap merempit mengada tapi garang. Takdalah nak control cun je walaupun memang cunn |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni cantik yang bukan gedik. so, aku ok dengan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
okla jujur and just be yourself kan. camnie baru wangiii. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak heran sangat nk folo retis kat IG..but sheols i folo..
she's funny..plus suka tgk she's joking around with her family. Sporting belaka. |
|
|
|
|
|
|
|
aku follow reen nie. lawa terlajak...muka, badan flawless auummmmm |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk sedutan dia berlakon pujaan hati kanda mmg best. sempoi jee.. tak nampak kayu.
cerita hantu malam raya ke ape tah, yg berlakon dgn yoe parey & zero tu pun best.
takde dgr gosip2 liar pasal dia. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka dia ni berlakon....
x nmpk control cun walaupun hakikatnya beliau mmg cun + cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
jenis family person nengoknya. memang sejenis keje sebab niat nak bantu uplift ekonomi family agaknya. kelako yg dia mengaji dengan maknya tu |
|
|
|
|
|
|
|
Meolls suka dia lakonan x kayu plus cantik |
|
|
|
|
|
|
|
suka juga dgn dia ni..
tak control2... berlakon pun ok takde nak amik angle lawa je.
ingat dia berlakon dgn Ungku Ismail.. kelakor...
dia kalau jadi heroin yg sempoi2 klakor... best. natural... |
|
|
|
|
|
|
|
aku takde la suka tgk dia belakon.sbb mcm gedik je ms belakon
tp in person, nampak la reen ni matang and tahu bawa diri
dulu dia kena as pramugari MAS, dh biasa fly obersi ms on duty.so reti bawak diri
harap reen takde la libatkan diri dgn kontroversi busuk2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia ka yg berlakon kisah balik raya kat kodiang hari tu? |
|
|
|
|
|
|
|
disebabkan she cantik n talented, gedik pun sis suka
jejans mylsia tak hadap muka cantik yg mcm ni, diaorg suka muka sembab2 cam miwa |
|
|
|
|
|
|
|
cantik beliau.. blhla berlakom jd adik beradik putri aisyah tu |
|
|
|
|
|
|
|
makton replied at 13-10-2021 12:01 PM
aku tgk sedutan dia berlakon pujaan hati kanda mmg best. sempoi jee.. tak nampak kayu.
cerita hantu ...
Tgklah kelmarin cinta lakonan reen ni.. salutelah.. mmg feel sgt lakonan die mat cerita tu.. x lebih x kurang.. tp sebab tayang dkt okey tv.. x glemer sgt.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|