Gara-gara jangkitan kuman dalam air kencing, pelakon Nazrief Nazri mengambil keputusan untuk mengkhatankan bayinya yang berusia dua bulan. Kata Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, doktor menyarakan agar bayinya dikhatankan bagi mengurangkan risiko jangkitan yang sama.
"Selepas baby habis kuarantin Covid-19, dia alami demam panas dan dimasukkan ke hospital. Doktor sahkan baby kena jangkitan air kencing. "Sebab baby pakai diapers, jadi mudah terkena jangkitan air kencing. Jadi atas nasihat doktor khatan adalah salah satu prosedur untuk kurangkan jangkitan. "Saya pun memang niat nak sunatkan awal sebab ikut sunah dan yang penting baik untuk bayi sebab cepat sembuh," katanya kepada mStar. Pada 23 September lalu mStar melaporkan bayi yang dipanggil Noah itu disahkan positif Covid-19. Beberapa hari selepas bebas daripada wabak itu, bayi yang dilahirkan pada 19 Julai lalu mengalami demam panas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun Nazrief bersyukur apabila keadaan bayinya itu semakin baik dan sudah dibenarkan pulang ke rumah. Bercerita lanjut tentang proses mengkhatankan anak lelaki ketika masih bayi yang mula menjadi trend dalam masyarakat, Nazrief berkata ia sememangnya digalakkan kerana proses untuk sembuh adalah lebih cepat. "Budaya dalam masyarakat Melayu memang tak biasa nak sunat pada usia bayi. Selain ikut sunah, khatan waktu bayi lebih senang nak sembuh. Kami memang dah rancang awal. "Sunatkan waktu kecil lebih bagus berbanding ketika usia enam atau tujuh tahun. "Saya tak percaya cakap orang, saya buat research dan minta nasihat doktor untuk sunatkan bayi. "Alhamdulillah kurang 24 jam baby saya dah nampak okey sikit sebab bukan menggunakan proses jahitan," katanya. Nazrief dan isterinya Aziatul Aqma berkahwin pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya. -CARI Sumber: mStar Online
|
uori replied at 10-10-2021 03:48 PM
salah sape pulak kali nih, nurse mana?
Saya tak percaya cakap orang, saya buat research dan minta nasihat doktor untuk sunatkan bayi.
mamajawie replied at 10-10-2021 06:39 PM
Lambat tukar pampers memang la bleh kena jangkitan..
TeropongThaico replied at 10-10-2021 11:16 PM
No komen Tapiiii nak komen la sikit...
Org lain pun dah ramai yg khatan anak2 waktu baby... Tak ...
ADVERTISEMENT