CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafie Naswip Jadi Mangsa Produksi Langgar SOP, Ambil Kru Tak Lengkap Vaksin

10-10-2021 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5752| Komen: 4

Description: Sikap tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di set penggambaran sehingga tercetusnya penularan wabak Covid-19 mengundang rasa marah ...
Sikap tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di set penggambaran sehingga tercetusnya penularan wabak Covid-19 mengundang rasa marah pelakon Syafie Naswip.


Syafie, 29, yang kini sedang menjalani penggambaran drama di Kuala Kangsar, Perak terpaksa dikuarantin di sebuah hotel selepas menjadi salah seorang kontak rapat positif Covid-19.

Lebih membuatkan dia bengang apabila pihak produksi bersikap lepas tangan termasuklah mahu meneruskan penggambaran meskipun pada awalnya mengetahui ada kru yang tidak sihat.

Foto: IG

"Saya terkilan apabila mengetahui ada antara kru yang tidak menerima dos lengkap dan menjadi punca jangkitan kepada orang lain, sedangkan pelakon semua mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum masuk set.


"Pada 1 Oktober, seorang kru disahkan positif, penggambaran hanya berhenti sehari untuk swab test tapi produksi mahu sambung penggambaran sehingga la keluar keputusan ada beberapa orang lagi kru dijangkiti. Sehari selepas itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minta tangguh penggambaran, baru la produksi ikut.

"Jangkitan ini dipercayai berpunca daripada seorang pembantu kru yang masih belum vaksin sehingga menular kepada orang lain pula. Yang saya tahu ada tujuh orang yang positif di set penggambaran ini termasuklah seorang pelakon," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, menerusi Instastory, Syafie berkongsi video dan keputusan ujian calitan yang dibuat selepas dikuarantin selama 10 hari kerana menjadi kontak rapat di set penggambaran.

Dalam pada itu, Syafie berkata luahannya itu adalah kerana mahu pihak produksi bertanggungjawab dan tidak memandangkan ringan isu membabitkan SOP di set penggambaran.

"Bila KKM suruh kuarantin, mereka tinggalkan artis dan pengurus di hotel... katanya kalau nak terus stay sini mereka tak mahu tanggung kos. Pihak produksi pula ada yang dah selamat balik Kuala Lumpur selepas penggambaran dihentikan.

"Selepas isu ini viral barulah mereka mahu tanggung semuanya, kalau diam sahaja mereka hanya lepas tangan... bayangkan kalau penggambaran diteruskan tak tahu la berapa ramai lagi akan berjangkit.

"Sekarang ini dianggarkan dalam 10 orang yang masih kuarantin di hotel. Alhamdulillah semalam saya buat swab test kedua, keputusan negatif dan selesai kuarantin hari ini (Ahad)," ujarnya.

Dalam pada itu, Syafie meminta semua produksi patuh kepada SOP kerana bimbang jika isu ini menarik perhatian pihak berkuasa sehingga menyebabkan industri kreatif terpaksa ditutup semula.

"Kita tak mahu sebab satu produksi buat hal menyebabkan produksi lain yang patuh SOP terus tak boleh shooting juga, takut ia beri kesan kepada orang lain.

"Kami dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, maka pihak tertentu juga kena amanah dan tidak melepaskan masalah pada pelakon atau kru belakang tabir yang nak cari rezeki," ujarnya.

Menerusi carian di Instagram, Syafie sedang menjalani penggambaran drama Hidayah Ustaz Viral yang turut dibintangi oleh Alya Iman, Syafi Tee dan Fauziah Nawi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 10-10-2021 03:32 PM
Ni la produksi haprak yg x ikut sop tu ye
Harus di boikot
Quote kelip2_07 11-10-2021 03:43 PM
produksi mane nie..aritu meraung2 mtk bg shooting dh bg mcm nie plk
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 04:30 PM
Huhhhh da agak daaaaaa
Propaaaaa jeee nak keje nak keje
Puihhh kan ajeeee
Dah meratib nak keje bagai tu ikut laa sop
Benda bukan baru bape jam lepas dibagitahu
Tengok apa dah jadikkk
Quote innocent_me 11-10-2021 04:35 PM
So betullah kan kalau tak vaksin kadar % dia dijangkiti dan menjangkiti orang lain lebih tinggi daripada org yg dah vaksin. So antivek tolong lah gi suntik.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.329364 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top