CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mulut Jangan Celupar, Macam-Macam Kami Telan Semata-Mata Nak Hiburkan Anda,"-Fauzi Nawawi

7-10-2021 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9722| Komen: 65

Pelakon terkenal, Fauzi Nawawi memaklumkan kepada orang ramai agar beradab apabila berbicara.

Menurut pelakon filem Munafik 2 itu, penonton atau siapa pun perlu menghormati sesama sendiri apatah lagi penggiat seni kerja mereka sekadar untuk menghiburkan.



Foto: Utusan

“Saja nak bagitahu mulut jangan celupar sangat, kesian dekat kami. Kami pun manusia juga.

“Dah macam-macam kami telan semata-mata nak hiburkan anda semua. Bagilah kami sedikit ruang untuk bebas bernafas,” ujar Fauzi di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian hantaran terbaharu, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 48, ada memuat naik video siaran langsung berdurasi dua jam yang mengupas isu perihal cabaran getir hidup sebagai seorang artis.





“Cabaran anak seni. Artis selalunya dikecam bila buat salah. Kami pun manusia biasa, kami pun ada perasaan malu dan sedih,” katanya.

Dalam video tersebut turut diundang rakan selebriti terkenal seperti Jasmin Hamid dan Hafeez Mikail. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-10-2021 10:31 AM
Tak siapa suruh telan apa tak siapa suruh hiburkan sesiapa. Pelakon buat semua dapat duit bukan free untuk hiburkan orang.
Berlakon bukan charity work.
Quote slyfynx 7-10-2021 10:48 AM
Hiburkan dengan burung berterbangan kah?
Quote ais_kosong 7-10-2021 11:32 AM
Bukan senang jadi retis.
Kalau tak tahan kena kecam jangan tunjuk kelaku buruk.
Benda xperlu share xpayah share (kalau nak privacy).
Quote KIM.K 7-10-2021 11:49 AM
Duk bawah limelight mmg la jadi bahan. Satu job or sepuluh job seminggu orang akan mencongak2 pendapatan ko
Quote squeeze 7-10-2021 11:49 AM
siape yg terhibur???
Quote abadi84 7-10-2021 11:59 AM
Dan bermacam kami telan itu betul. Sebab hidup manusia mmg ada pasang surut.

Tp demi mnghiburkan kami iti tidaklah. Lebih lpd demi mncari sesuap nasi. Sbb bkn terhibur sgt pun.  
Quote Nenasketum 7-10-2021 12:05 PM
Sila pegi meninggal. Macam2 telan konon. Macam2 benefit dapat takmo plak cakap. Semua nak free, semua bisnes depa nak concur pastu mark up harga dajjal!! Yang menyundal pun adakah dalam ketegori macam2 kena telan kah? Sila pegi meninggal!
Quote trexxxxxi 7-10-2021 12:09 PM
Terhibur?
Eskius me

Ai tidak menonton siaran TV tanahair terchenta yach
Walaupun ai acik porum, ai kosser layan citer megah holdings bagai projek 32B yadda yadda hapa ko ingat projek riban2 biliun tu sesenang tu nak dapat? Hahah!

Quote TeropongThaico 7-10-2021 12:36 PM
Setiap kerja ada je cabaran. Bukan retis je. Macam la deols je mangsa. Yg memasing buat perangai undang kecaman nak sorok mana fakta tu...
Deols selalu sebut berusaha hiburkan org ramai. Masalahnya ada ke yg tagih deols tampilkan diri utk menghibur adakah free? Yg ai tau bayaran lumayan tak yah cari kerja lain, bantuan cepattt je kat deols

Ai sekeluarga tak layan pun drama ke hapa ni except baru ni je layan i tanggang sbb kat porum kata best. Yg lelain kenal kat porum ja byk
Quote AshkieLa 7-10-2021 12:37 PM
LadyCarefree replied at 7-10-2021 10:31 AM
Tak siapa suruh telan apa tak siapa suruh hiburkan sesiapa. Pelakon buat semua dapat duit bukan free ...

itulah.. tak habis2 nak mintak orang tolerate dengan diorg.
korang kerja kot.. mcm juga kerjaya lain..
tak perform memang diberi kata dua.. improve or leave.
cari bidang yg sesuai dgn skill yg ade. semua berbayar kot...
bukan suruh client yg get used to you walaupun hasil hauk to the max.. derrrr
Quote CardiGans85 7-10-2021 12:41 PM
Hospital kerajaan pun org complaint apetah lagi artis
Quote dudaberhias 7-10-2021 12:48 PM
Takde sape suruh kau hiburkan kami pun dini schatzman oiii. Perasan betul retiz2 ni ye. Kami ada netflix la, tak tengok muka beruk & muka kucing mainecoon mix flatface korang pun tak rugi langsung!
Quote edoraixora 7-10-2021 01:20 PM
apoo??? bercakap macam buat kerja free pulak, kau dapat bayaran kot.
kau terima job sebab bayaran, bukan sebab nak menghiburkan orang pun
Quote missyL 7-10-2021 01:21 PM
Hahaha. Xde sape paksa pn

Bkn nye kami dpt duit pn hangpa yg dpt duit
Quote namr 7-10-2021 01:24 PM
Hiburan kepala bapak ko..
Quote laksmanabentan 7-10-2021 01:25 PM
LadyCarefree replied at 7-10-2021 10:31 AM
Tak siapa suruh telan apa tak siapa suruh hiburkan sesiapa. Pelakon buat semua dapat duit bukan free ...

tu la pasal kan... dibayar kot.. buat kerja jer la..
apa hal nak ungkit2 la pulakk...
ada siapa2 ker suruh ko berlakon tu?
hahahhahaa......
Quote mamastoney 7-10-2021 01:31 PM
Edited by mamastoney at 7-10-2021 01:33 PM

Retis2 ni perasan la konon2 dorg ni org maha penting kt Msia ni, konon2 dorg bertugas utk rakyat, seolah2 kerja2 berlakon, menyanyi tu satu tggungjawab dorg kpd rakyat Msia. Hello, ko jd retis tk perlukan kelulusan apa2 pun. Tkdak PMR pun boleh jd retis mcm Maembong sisters tu....ko berlakon dan menyanyi tu pun bukan pree, ko dpt bayaran ribu2 kot....pastu acah2 bekerja utk rakyat. Piiirah, kalo retis2 ni tk wujud pun, Malaysia takkan  muflis, rakyat takkan terkesan pun sbb kami boleh je tgk entertainment free kt youtube, boleh tgk netflix dan byk lg sumber2 hiburan. Lg pun sumber ekonomi negara bukan industri hiburan. Perasan!!
Quote azimodin 7-10-2021 02:27 PM
1. Tak ada siapa ambik pisau letak kat leher paksa ko hiburkan rakyat malaysia
2. Penat la tengok retis acah2 mengalas tanggungjawab besar & banyak berjasa kepada masyarakat umum. Sorry, pakcik2 staff pembersihan lagi berjasa
3. Rakyat tengok drama/filem kat tv pon bukan 100% percuma. Kami tengok iklan & beli barang yg diiklankan. Duit tu pusing balik sebagai dana buat drama. So, we don't owe you a single cent gitu
4. Xde kena mengena dengan si pozi ni tapi kenapa retis2 "lama" anggap masyarakat perlu menghargai mereka & beri priority untuk bantuan? Masa muda sedap enjoy bila dah tua nak jump que rumah ppr. Koser
Quote hotmak 7-10-2021 02:37 PM
kami yg bukan artis pun telan mcm2 kot dah nama bekerja, gitulah, takpayah sembang mcm kerja ko tu terpaling sangat

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.283364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top