CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ramai Kemurungan,"-Lufya Omar Harap Kerajaan Beri Kebenaran Buat Program Keagamaan

6-10-2021 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4965| Komen: 21

Penyanyi, Lufya Omar meluahkan rasa syukur kerana dia kini telah dapat kembali menunaikan solat di masjid setelah sekian lama aktiviti tersebut dihentikan seketika ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19.


Menurut Lufya, sebagai ibu tunggal, dia mahu memanfaatkan setiap waktu yang terluang bersama anaknya dan memperbanyakkan melakukan amal ibadah.


Kredit foto: IG

“Alhamdulillah buat pertama kali setelah lama #dudukrumah kami dapat ke masjid terasa tenang dan bahagia. Inilah hikmah jadi ibu tunggal. Banyak masa untuk anak dan banyak masa nak ‘Me Time With Him’,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.




Dalam pada itu, Lufya turut berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa syarat untuk memberikan kebenaran kepada pihak masjid bagi menjalankan program dan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Katanya lagi, dikala waktu pandemik ini, kebanyakkan daripada kita amat memerlukan pengisian daripada aspek rohani bagi mengharungi detik yang serba mencabar ini.



“Diharapkan kerajaan boleh benarkan program dan aktiviti keagamaan lebih banyak di masjid. Ramai orang kita yang mengalami kemurungan menghadapi cabaran dan ujian ketika Endemik ini.

“Ubat yang mujarab adalah kita kembali dekat denganNya. Bukan nak mempamerkan yang kita ni orang alim atau baik bila ke masjid, tapi tanggungjawab sebagai seorang muslim dan fitrah jiwa dan tubuh manusia perlukan bimbingan kerohanian. Jom ke masjid,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar keadaan negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.



“Alhamdulillah ya Rab. Nikmat dapat ke rumah Allah. MasyaAllah, happynya princess.

“Syukur, Alhamdulillah.

“Cantiknya wajah dia, MasyaAllah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.



Sekadar informasi, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Jun tahun lalu. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-10-2021 12:19 PM
Gossip apa ni? Lain la dia masuk masjid dalam keadaan telanjang, tu ye boleh digosipkan.. setakat pendapat artis lagi2 dari artis sangkak, tak payah bukak benang la woiiii
Quote mama_neko 6-10-2021 12:26 PM
alahai... mak aku yang tua pun relax2 ja usrah pakai online ja.. tak kalut pun nak pi bekumpul kat masjid...
Quote airmineral 6-10-2021 12:45 PM
mama_neko replied at 6-10-2021 12:26 PM
alahai... mak aku yang tua pun relax2 ja usrah pakai online ja.. tak kalut pun nak pi bekumpul kat m ...

dia nak lutut bertemu lutut pny..hihi
tp da time2 cmni, mustahil pompuan2 xsalam peluk laga pipi
Quote capiloton 6-10-2021 01:04 PM
Edited by capiloton at 6-10-2021 01:08 PM

nah obat kemurungan.

selawat tafrijiyah
[youtube]bJWPubFfvqU[/youtube]

selawat saadah
[youtube]MGHRm7Tjafs[/youtube]
Quote Normabaru 6-10-2021 01:16 PM
dia ni selain isu laki gayah Dgn xmo vax ape je contribution dia dlm bdg seni
Quote mawar_mustika 6-10-2021 02:19 PM
mama_neko replied at 6-10-2021 12:26 PM
alahai... mak aku yang tua pun relax2 ja usrah pakai online ja.. tak kalut pun nak pi bekumpul kat m ...

my mom pun usrah online dgn geng2 usrah die...senang online katenye xpayah nk kalut2 dr rmh je...klu tak jenuh nk suruh anak@ husband nk menghantar p usrah

Quote kucingitam 6-10-2021 02:36 PM
buat online je pun boleh,kan..
Quote JohnyEnglish 6-10-2021 02:36 PM
Comel anaknya (mak pun sama)
Quote Adrif 6-10-2021 02:56 PM
mama_neko replied at 6-10-2021 12:26 PM
alahai... mak aku yang tua pun relax2 ja usrah pakai online ja.. tak kalut pun nak pi bekumpul kat m ...

sama la mak kita

tiba2 je ada group online baca yaasin

tapi tu la, masing2 pangkat nenek. kejap2 ada cucu panjat
Quote mama_neko 6-10-2021 05:12 PM
airmineral replied at 6-10-2021 12:45 PM
dia nak lutut bertemu lutut pny..hihi
tp da time2 cmni, mustahil pompuan2 xsalam peluk laga pipi

mesti la.. kalau dak satgi kena chop sombong lak.. hehehhehe
Quote mama_neko 6-10-2021 05:13 PM
mawar_mustika replied at 6-10-2021 02:19 PM
my mom pun usrah online dgn geng2 usrah die...senang online katenye xpayah nk kalut2 dr rmh je...k ...

itulah.. awai2 depa rasa mcm online susah, last2 depa tgk byknya masa depa jimat pastu tak kalut sgt, depa start seronok..
Quote mama_neko 6-10-2021 05:14 PM
Adrif replied at 6-10-2021 02:56 PM
sama la mak kita

tiba2 je ada group online baca yaasin

hahhaa.. sama la yang kita pangkat mak mak ni, tibaa anak mai jengah kat camera.. hehhehehe
Quote slyfynx 6-10-2021 05:16 PM
Pendapat die ni penting sgt ke sampai kene bukak thread?
Quote cheezel 6-10-2021 05:47 PM
tak penting pun. geng2 kau yg dah kemaruk nk berjumpa selfie2 kan
Quote umbut 6-10-2021 06:11 PM
Acah2 setazah pulak ketiak becak ni
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:56 PM
Mak iol siap khatam Quran guna zoom jahhh
Quote Guccibamboo 6-10-2021 08:59 PM
Ex shuben die bukak klinik aesthetic pulak kan....ala2 Hannan medispa
Quote makadek 6-10-2021 09:07 PM
Panggil ebit mesti berdenyut yg morong tu
Quote eely_shana 7-10-2021 11:32 PM
Comel anak lufiya

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.103627 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top