Bekas isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa menasihati wanita agar sentiasa berwaspada dan tidak terjebak dengan maksiat. Joy memberikan nasihat sebegitu memandangkan dia pernah diganggu lelaki yang bergelar pendakwah.
"Disebabkan tahun ini tak henti-henti ada sahaja fitnah yang melanda golongan yang dihormati termasuklah bergelar ???ustaz???, saya nak kongsi tip kepada wanita. "Sebagai wanita haruslah mencegah daripada awal. Sekiranya anda tiba-tiba diganggu golongan yang gelarkan diri mereka pendakwah atau lelaki yang acah alim... tak kisah la popular atau tidak, jangan sesekali layan. "Contohnya kalau dapat mesej waktu malam, jangan balas! Tunggu hari dah siang baru balas. Kalau mereka minta gambar yang bukan-bukan, balas saja... berdosa besar, ingat Allah SWT, ingat isteri anak-anak, dunia dah nak kiamat," katanya kepada mStar.
|
musangbodoh replied at 2-10-2021 02:01 PM
errr...dh abis edah ke
ADVERTISEMENT