"Kalau dulu saya pernah kata buruk apa-apa, saya minta maaf pada frontliner." Pengakuan abang arwah Siti Sarah Raisuddin, Ahmad Firdous bahawa jangkitan Covid-19 ini sangat benar setelah mengalaminya sendiri mengejutkan banyak pihak. Sementelah dia terlebih dahulu dikenali sebagai anti vaksin dan menganggap ia perkara biasa sahaja. Ianya dikongsikan oleh seorang doktor yang berkongsi mengenai kekesalan Firdous ketika bergelar anti vaksin sebelum ini. Bagi Firdous, bila dia mendapat jangkitan tersebut, baru lah tahu betapa frontliner sangat berjasa dalam kehidupan pesakit Covid-19. "Saya memang respek frontliner, bayangkan nurse tu tunggu depan katil saya, kau kencing, berak, dia lah mengelap, macam mana kita nak hina dia lagi?" Walaupun sebelum ini dia antara yang kuat menentang suntikan vaksin, namun abang kepada Siti Sarah ini akhirnya akur dengan takdirnya. "InsyaAllah bila dah sehat, saya akan ambil vaksin. sebab bila kena Covid walaupun level 1 atau dua, korang oleh jangkit pada orang lain." Jadi, lupakan kisah lalu, kita buka lembaran baru. - CARI
|
awex^returns replied at 29-9-2021 09:04 AM
Alhamdulillah
harap2 yang antivaksin macam makcik rude, lanang noden dan sekutunya tu ambil iktibar ...
SANKURIANG replied at 29-9-2021 09:09 AM
Jangan lupa Acik Elly Jelly bini Azri kandar
ADVERTISEMENT