CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dulu Jualan RM1 Juta Sehari, Sekarang Hanya Sekitar RM400,000"

28-9-2021 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5470| Komen: 20

Era kehidupan yang menuntut kita terus berpelitup muka apabila keluar rumah, menjalani ujian Covid-19 dan kuarantin kendiri apabila keadaan memerlukan seperti yang digariskan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semakin hampir menjadi kenyataan.


Ini kerana Malaysia merancang untuk beralih ke fasa endemik menjelang akhir Oktober ini iaitu tempoh yang disasarkan bagi semua penduduk dewasa yang layak, mewakili 71.6 peratus daripada populasi, sudah lengkap divaksinasi. Pada masa itu, hampir kesemua sektor dijangka dibuka semula.

Sekalipun Malaysia akan dibuka semula, kehidupan yang bakal kita lalui tidak akan sama dengan cara hidup yang dijalani sebelum ini. Pandemik Covid-19 meninggalkan kesan bukan sahaja kepada kita tetapi juga cara hidup kita, dan banyak aspek yang kita terima guna semasa mengharungi pandemik itu berkemungkinan besar akan diteruskan. Bersediakah kita?


Foto: Harian Metro


"Apa juga perkara, jika kita lakukannya berulang-ulang, selepas satu tempoh perkara itu akan menjadi sebahagian daripada kita," kata pakar kemasyarakatan Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

"Perkara itu yang sebelum ini merupakan kekangan, bukan lagi kekangan apabila kita sudah terbiasa melakukannya," tambah beliau.

Pakar juga melihat orang ramai akan lebih banyak bergantung pada aktiviti dalam talian selain kehidupan mereka mungkin lebih terasing berbanding dahulu.

Ahli perniagaan Datuk Andrew Lim berkata, Covid-19 mempercepat peralihan ke alam siber berikutan perniagaan perlu mencari jalan untuk kekal bertahan sekalipun premis fizikal terpaksa ditutup semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sekarang mak cik dan pak cik, warga emas kita pun sudah tahu guna (telefon pintar dan lakukan transaksi dalam talian)," katanya.

Menyamakan proses itu dengan retail apocalypse (anjakan dalam corak perbelanjaan pengguna) di Amerika Syarikat, beliau menjangka lebih banyak kedai melaksanakan operasi secara hibrid - gabungan kedai fizikal dan jualan dalam talian.

Lim yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Sogo, berkata lebih banyak kedai akan bertukar menjadi pusat pemenuhan, di mana majoriti ruang kedai digunakan untuk menyimpan stok bagi penghantaran atau diambil sendiri, sementara bilik pameran atau pusat gaya hidup bagi mengiklankan produk kepada orang ramai hanya diperuntukkan ruang yang kecil.

Katanya, walaupun kompleks beli-belah sudah dibuka semula, jumlah pelanggan yang berkunjung hanyalah kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan yang diterima sebelum ini dan keadaan itu dijangka tidak berubah sehinggalah pandemik benar-benar berakhir.

"Kalau dahulu kami boleh mencatatkan jualan RM1 juta sehari, sekarang hanya sekitar RM400,000. Orang masih takut," katanya.

Perniagaan yang memerlukan interaksi bersemuka seperti spa dan salon juga turut menggembleng komponen dalam talian dalam model perniagaan yang membantu mereka bertahan sepanjang PKP.

Wakil Gabungan Industri Salon Kuku Malaysia (Mani) Sandie Lee berkata, mereka terpaksa membuat sedikit penyesuaian bagi pelanggan berikutan salon kini sudah dibenarkan beroperasi semula, namun hanya untuk pelanggan yang lengkap vaksinasi.

"Industri kecantikan dianggap antara industri terpantas menerima guna norma baharu kerana kami telah mengamalkan sesetengah daripada SOP sejak sekian lama seperti nyahkuman dan penggunaan pelitup muka serta sarung tangan," kata Lee yang juga pemilik salon.

Perubahan besar dalam perniagaan mereka ialah beralih kepada operasi dalam talian. Memandangkan salon kuku dan spa tidak boleh menerima lebih daripada empat pelanggan pada satu-satu masa, mereka merancang untuk menjual produk kecantikan secara dalam talian yang kemudian akan dihantar kepada pelanggan.

Peralihan ke dunia dalam talian ini turut dicerminkan dalam cara kerja kita. Syarikat yang merancang untuk membuka semula pejabat masing-masing perlu membuat perubahan bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik dan mencegah jangkitan di tempat kerja.

Pada masa sama, mereka juga melabur dalam infrastruktur yang membolehkan pekerja yang layak bekerja secara terpencil semasa PKP. Mesyuarat yang pada satu ketika dahulu memerlukan pekerja bersesak di dalam ruang sempit, kini dijalankan secara dalam talian.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata kemungkinan besar majikan tidak akan kembali kepada amalan prapandemik selepas menerima guna teknologi komunikasi dalam talian.

Katanya walaupun ada masa interaksi bersemuka diperlukan, mereka dapat melihat faedah interaksi dalam talian terhadap pekerja dan pelanggan mereka.

"Bagi pihak majikan, ini bermakna penjimatan kos yang banyak," katanya.

"Jika mereka menyewa ruang pejabat, mereka mungkin melaksanakan model hibrid yang pastinya tidak memerlukan banyak ruang. Kami boleh lepaskan ruang-ruang yang tidak perlu dan jimatkan kos sewa," tambah beliau.

Bagi pekerja pula, faedah termasuk penjimatan masa dalam konteks perjalanan ke pejabat dan menempuh kesesakan trafik, sekali gus dapat meningkatkan tumpuan terhadap kerja, dan ini dicerminkan dalam satu kajian yang dijalankan oleh agensi penyelesaian sumber manusia Ranstad Malaysia baru-baru ini.

Berdasarkan kajian H1 2021 Workmonitor Survey itu, lebih dua pertiga responden di Malaysia gembira untuk terus bekerja dari rumah.

Sehubungan itu, Shamsuddin berkata, kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam penambahbaikan akses Internet untuk seluruh rakyat Malaysia bagi mengelakkan jurang digital terus melebar, selain menyediakan insentif cukai bagi majikan dan pekerja untuk membantu mereka membeli peralatan yang diperlukan.

Tatkala kita beralih kepada kehidupan dalam talian, hubungan sesama manusia yang terjejas semasa PKP akan lebih terjejas dan keadaan ini mungkin berterusan ketika fasa endemik. Penularan Covid-19 menyebabkan kekangan terhadap hampir kesemua aspek kehidupan kita, sekali gus membantutkan tabiat sosial.

Jika kita kembali bekerja di pejabat sekalipun, tidak semua rakan sekerja akan ada di premis kerana ada had dari segi kapasiti. Kita juga perlu mengekalkan jarak fizikal dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan di tempat kerja dan semasa beriadah.

Bagaimanapun kata pakar, kehidupan yang mungkin lebih terpencil itu tidak bermakna seseorang juga akan lebih kesunyian.

Menurut pakar epidemiologi di Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Mas Ayu Said, isu kesunyian tidak timbul.

"Saya masih bersembang dengan kawan-kawan sekalipun kami semua berpelitup muka. Kita perlu jaga jarak fizikal tapi dari segi berbual dengan rakan, itu tidak berubah," katanya.

Ini turut dipersetujui Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia, yang berkata kebiasaan baharu akan bersebati dengan orang ramai.

"Saya pasti masa akan datang, kerajaan tidak akan kata kita perlu pakai pelitup muka, tetapi secara automatik orang akan pakai (untuk elak dijangkiti)," katanya.

Beliau juga berkata orang ramai perlu menerima dos vaksin Covid-19 yang lengkap sebelum kembali bergaul dalam masyarakat dan mereka yang enggan divaksinasi harus bersedia untuk dipulaukan termasuk tidak dilayan semasa cuba mendapatkan perkhidmatan.

"Semasa kita lakukan program pemvaksinan ini, ia bukan untuk diri kita sendiri tapi untuk masyarakat. Jika saya tidak divaksinasi bermakna saya tidak membantu komuniti, tidak membantu masyarakat," tegasnya.

Dr Mas Idayu pula berkata pemvaksinan perlu dilakukan ke atas seramai mungkin supaya segelintir kecil yang tidak divaksinasi seperti anak-anak kecil, boleh keluar rumah tanpa menerima kesan buruk, agar aktiviti sosial boleh kembali dilakukan walaupun mungkin tidak seperti sebelum ini.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan jangkitan daripada individu yang telah divaksinasi adalah amat jarang, biasanya berlaku selepas 120 hari menerima dos lengkap dan membabitkan hanya 5.3 peratus daripada keseluruhan individu yang telah divaksinasi. Kematian pula kekal rendah iaitu satu kematian bagi setiap 10,000 individu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 28-9-2021 08:49 AM
Turnover 400k sehari ok le masa pandemik ni.
Bersyukur sentiasa.
Ingat 5 sebelum 5 yaachhh
Quote genUmi 28-9-2021 08:54 AM
bersyukurlah
Quote bakingsoda 28-9-2021 09:39 AM
rm 1 juta jah sehari? ponder timbang kati 1 juta unit 30 minit ko hadooo? kalau rm50 sekotak dah rm 50 juta!!! mari jadi ejen produk sampah
Quote Cik_jantung 28-9-2021 09:47 AM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 03:28 PM
bakingsoda replied at 28-9-2021 09:39 AM
rm 1 juta jah sehari? ponder timbang kati 1 juta unit 30 minit ko hadooo? kalau rm50 sekotak dah rm  ...


..........
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 10:29 AM
Takpelah okay laa dari takde
Asalkan ada duit mengalir
Quote bakingsoda 28-9-2021 11:20 AM
Cik_jantung replied at 28-9-2021 09:47 AM
Jangan jadi agent.. rugi sebab kena beli barang. End user belum tentu beli.. belum tentu laku semu ...

tu menganjing ponder jah tunjuk2 kaya suruh agent berangan boleh jd camtu. baik rekrut jd mesin basuh je terus kepok2 berguni cash kulu kilir beli hellfire pon angkut cash dlm plastik itam
Quote hashashes 28-9-2021 11:25 AM
Betul lah aku punya bisnes pun slow sekarang, orang tak membeli sangat sebab tak keluar rumah kot
Quote bottombikini 28-9-2021 01:05 PM
kejap dr mas ayu
kejap dr mas idayu

takde org proof read ke apa kau karang ni wahai reporter propa?
Quote nuralisa 28-9-2021 01:07 PM
business makan je yg laku skrg nie..
Quote missus_meow 28-9-2021 01:35 PM
400K sehari zaman pandemik kira ok ... yang peniaga kecil, lagilah terkesan ...
Quote nononcrux 28-9-2021 02:01 PM
400k tu byk jugak, sujud syukur selalu
Quote monreyes 28-9-2021 02:05 PM
bila lah boleh nak berspa2an..
Quote Supersirap 28-9-2021 02:29 PM
Ada juga jualan daripada tiada jualan langsung, bagaimana denga nasib mereka semua yang tiada jualan langsung?
Quote Manjalalu 29-9-2021 02:34 AM
nakkomenjugak: Takpelah okay laa dari takdeAsalkan ada duit mengalir

Kannn.. Cer blaja bsyukur sikit {:run
Quote Manjalalu 29-9-2021 02:36 AM
Cik_jantung: Jangan jadi agent.. rugi sebab kena beli barang. End user belum tentu beli.. belum tentu laku semua...  Nak kaya buat produk timbang sendiri.. heheTp  ...


Kann..ada duit, blh aje buat timbang kilo. Acik2 mesti beli punya bila marketing viral bagai
Quote ultra78 29-9-2021 07:26 AM
Kerap juga sogo hantar promosi dalam email. Lupa pulak aku ni sogo card member.
Quote imanjannah 29-9-2021 07:39 AM
dah lama sangat x pegi Sogo.. klu dulu masa belajar, Sogo jln tar Petaling Street.. x pernah rasa penat gi tempat2 ni
Quote cmf_premierleag 29-9-2021 07:46 AM
sogo skang kt lvl 7 tu pun dah ada kedai2 yg udah katup
padahal rasanya baru je diorg renovate and then ada tenants bagai
smlm pi sana,ayam penyet takde
kyochon yg kata nak bukak, smpi ke sudah x bukak.tp kat semua eskalator ada logo kyochon kata nk bukak kat lvl 7 sogo KL
Quote mijot 29-9-2021 07:52 AM
syukur ada juga rezeki yg masuk walaupun sedikit...
ada peniaga yg tak masuk langsung income..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.149091 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top