CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derita Hidap OCD- Berkurung Dalam Bilik 10 Tahun, Gosok Gigi Sampai 90 Minit

28-9-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10402| Komen: 99

Description: Dublin: Menggosok gigi selama 90 minit. Itu kelakuan pelik seorang wanita di Ireland yang menghidap kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) melampau.
Dublin: Menggosok gigi selama 90 minit. Itu kelakuan pelik seorang wanita di Ireland yang menghidap kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) melampau.

Vanessa Ward, 30, dari Castlewellan, County Down, Ireland Utara terpaksa berkurung di bilik tidurnya, sejak satu dekad lalu.

Ia kerana wanita itu kerap melakukan perkara paling remeh seperti menggosok gigi selama 90 minit.

Katanya, OCD itu satu penyeksaan yang tiada kesudahan dan masanya banyak terbuang kerana penyakit itu.


Ward (kanan), Foto: Agensi

"Saya 'kehilangan' usia 20-an saya kerana penyakit melelahkan ini.

"Saya berkurung selama 10 tahun dan saya tidak dapat meninggalkan bilik tidur saya.


"Saya jadi terasing dari semua rakan dan keluarga terdekat," katanya dalam portal Daily Mirror.

Ward berkata, dia menetapkan peraturan dan rutin rumit yang harus dilakukan secara sistematik.

"Jika tidak melakukannya, saya rasa gelisah, mual dan bertindak ganas membuatkan saya tiada pilihan selain melakukannya setiap hari, hingga saya pengsan.

"Pernah saya tak makan selama berminggu-minggu. Kesihatan saya semakin kritikal sehingga saya dimasukkan ke hospital dan dirawat mengikut kesihatan mental," katanya.

Katanya, dia mengalami kesan sampingan selepas mengambil ubat antipsikotik. - CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 28-9-2021 08:50 AM
Budder ada ke berus gigi 90minit? Hehehe
Quote makneng 28-9-2021 08:55 AM
Ni baru OCD sebenar ya dek.... Penyakit ni mmg melelahkan si pengidap n orang2 di sekelilingnya.
Quote Zaien 28-9-2021 08:55 AM
hareeeesah replied at 28-9-2021 08:50 AM
Budder ada ke berus gigi 90minit? Hehehe

hahahhahah claim sendiri without jumpa doktor hashahahahaahaha
Quote NFBZCantik 28-9-2021 09:18 AM
ni baru betui OCD. bukannya self-claim tak suka barang bersepah, dianngap OCD yeahhh. huhu
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 09:21 AM
Wow kesiannya
Tak sakit ke gigi gusi gitu?
Iol pun kekadang berkali2 pergi kat suis/stove/paip air semata nak tengok benda tu dah off ke idokk
Quote dodolgemok 28-9-2021 09:23 AM
Yg acah2 terpaling OCD tu sila insaf! Kau hengat kena susun 3 kotak sebaris satu line sama tu dah kira ocd lah? Mual dodol tgok!


Quote Acikgomen 28-9-2021 09:27 AM
nakkomenjugak replied at 28-9-2021 09:21 AM
Wow kesiannya
Tak sakit ke gigi gusi gitu?
Iol pun kekadang berkali2 pergi kat suis/stove/paip ai ...

Acik plak mudah mengamuk bagai dirasuk setan bila ade sedare mare dtg tumpang membewak kat rumah acik
Sedare dtg nak tompang tido pun acik keberatan
OCD tak
Quote merrissa 28-9-2021 10:08 AM
Edited by merrissa at 28-9-2021 10:10 AM
nakkomenjugak replied at 28-9-2021 09:21 AM
Wow kesiannya
Tak sakit ke gigi gusi gitu?
Iol pun kekadang berkali2 pergi kat suis/stove/paip ai ...

confirm la sakit...tapi ocd ni bukan sakit fizikal je...mental pon penat...sb duk pikir dah gosok ke belum...setiap kali pk heart rate tinggi

ada prof aku tu...dia siap test laci dah kunci ke belum sampai bergegar lab...semua terkejut...

lepas tu setiap kali dia kunci bilik ke laci ke...dia tngkp gmbr sb nak pastikan dah kunci..dalam hp dia penuh gmbr pintu je kot...dah la hp dia gune hp lama...
tp sebelum tu, dia bukak n kunci dua tiga kali juga pintu tu...

orng yg tgk pon naik penat


Quote Meiizu 28-9-2021 10:10 AM
Edited by Meiizu at 28-9-2021 10:13 AM
Acikgomen replied at 28-9-2021 09:27 AM
Acik plak mudah mengamuk bagai dirasuk setan bila ade sedare mare dtg tumpang membewak kat rumah a ...

acik ...kan saya dah penah cadangkan ngaku kontak rapat +ve ., jiran ke ahhaha tak memasal je
Quote rospinki 28-9-2021 10:11 AM
ikutkan memang tak bole hidup tengaok semua benda tak mampu kita nk susun atur, tapi terpaksa beralah demi kehidupan. takan nk mental takat nk bagi segalanya seperti yg aku nak. lantakla..kalu aku rajin aku kemas balik. penat penyakit ni.
Quote merrissa 28-9-2021 10:11 AM
hareeeesah replied at 28-9-2021 08:50 AM
Budder ada ke berus gigi 90minit? Hehehe

budder sapa
Quote Meiizu 28-9-2021 10:13 AM
Edited by Meiizu at 28-9-2021 10:15 AM

shazwani hamid..dia sebut butter with slang
Quote Meiizu 28-9-2021 10:14 AM
meanwhile di malaysia belumba mengaku ada ocd, bangga okeh .
Quote damsel_fiji 28-9-2021 10:15 AM
Sementara itu para netizen plak acah2 rajin mengemas skit dah fefeeling ocd katanya... yihhhh
Quote white_musk 28-9-2021 10:24 AM
Acikgomen replied at 28-9-2021 09:27 AM
Acik plak mudah mengamuk bagai dirasuk setan bila ade sedare mare dtg tumpang membewak kat rumah a ...

Tak adik acikgomen,
itu penyakit sawan gila babi
Quote Acikgomen 28-9-2021 10:25 AM
Meiizu replied at 28-9-2021 10:10 AM
acik ...kan saya dah penah cadangkan ngaku kontak rapat +ve ., jiran ke ahhaha tak memasal je

Ni nak dtg pulakkk mekju oiiiii
Tazabar nak merentas negeri dtg sopink kat kelumpo katanyehhhh
Setakat acik buat alasan kontek rapat, deyols lagi advance, tuari satu kuarge pozitip pakai gelang pink pun gegeh naik keta anak beranak kesana sini
Murung dok tekurung dlm rumah katanye
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 10:27 AM
Acikgomen replied at 28-9-2021 09:27 AM
Acik plak mudah mengamuk bagai dirasuk setan bila ade sedare mare dtg tumpang membewak kat rumah a ...

Iol boleh bayang acik like acik2 dalam drama
Yang halau anak menantu sambil terjerit2
"ergiiii aku tak nak tengok muka ko pergiiiiiii!"
Sambil baling beg baju ke tanah

Ini bukan zoo yachhh, iol tak bela bewokkkk sini!

Quote sukacactus 28-9-2021 10:35 AM
Yg ngengada self-diagnosed OCD tu, meh baca ni
Quote melinda_kerr 28-9-2021 10:39 AM
mmg teruk pun kalau betul2 diagnosed OCD. tapi byk manusia bodoh yg self claim OCD..

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.097352 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top