CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

50 Kucing Kesayangan Terpaksa Dihantar Ke Pusat Perlindungan Lepas Dihalau Tuan Rumah

27-9-2021 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6145| Komen: 39

Sebelum ini, 50 ekor kucing ini tidur di sebuah rumah, merasa belaian dan kasih sayang daripada seorang insan yang berusaha memastikan makan minum serta kebajikan mereka terjaga.


Kredit foto: FB

Malangnya, nasib sekumpulan si bulus ini berubah apabila tuannya dihalau keluar dari rumah sewa.

Sedih, namun dia tidak mempunyai pilihan lain selain menyerahkan kesemua 50 kucingnya kepada pihak yang lebih mampu untuk untuk menjaga kebajikan haiwan peliharaannya itu.



Berkongsi kisah 50 ekor kucing tersebut yang kini menjadi penghuni di Bustana Kucing Perlis, Zakaria Shafie berkata kini mereka ditempatkan bersama hampir 1,500 kucing lain yang dijaganya di situ.




Bercakap kepada mStar, Zakaria yang bekerja pusat perlindungan kucing itu berkata, pemilik asal 50 kucing ini juga merupakan salah seorang pencinta kucing yang sering membantu menyelamatkan kucing di kawasan Ipoh, Perak.

"Dia (pemilik asal) sempat cerita masa hantar kucing-kucing tu semua, yang dia tinggal seorang.

"Suami dah meninggal dan anak-anak dia pun tak ada.

"Ada banyak ekor juga kucing dia hantar yang lawa-lawa," katanya.



Menurut Zakaria, orang ramai yang ingin mengambil dan menjaga kucing-kucing itu boleh hadir ke Bustana Kucing Perlis yang terletak dalam kawasan Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat, Perlis.

Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan teksi untuk menghantar kucing ke kawasan yang jauh atau di luar Perlis.


Loading FB Post...

Jelasnya, orang ramai boleh memilih sendiri kucing yang mereka inginkan, mengisi borang dan memberi sumbangan seikhlas hati mereka.

"Semuanya 50 kucing tersebut dalam kategori dewasa dan memang dah boleh adopt.

"Dalam 50 tu ada tiga ekor yang kena 'sporotrichosis', jadi termasuk yang sedia ada dekat sini keseluruhannya ada 75 ekorlah," katanya.

Menurut Zakaria, menerima kucing dalam satu jumlah yang banyak daripada seorang pemilik bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka.

Namun katanya, tidak semua kucing yang dihantar ke pusat berkenaan terus boleh menyesuaikan diri apabila diletakkan bersama kucing-kucing lain.


Loading FB Post...

"Tengok jenis kucing, ada kucing yang okay bila lepas dalam sangkar utama. Dia dengan rileks pergi makan dan tidur sekali dengan kucing lain.

"Ada kucing yang tak okay, selalunya mereka akan duduk hujung-hujung kawasan dalam sangkar, makan pun tak berani," kongsinya.

Menurut Zakaria, setiap hari terdapat sekitar 10 hingga 20 ekor kucing dihantar ke bustana dan kurang dari 10 ekor akan dibawa pulang pemilik baharu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sumijelly 27-9-2021 04:21 PM
semoga di permudahkan urusan nya
Quote edayildiz 27-9-2021 04:22 PM
alah kesiannya kat si bulus tu..xpenat ke eh jaga sampai puluh ekor ni...kalau duk kt perlis blh la bg kat i seekoq..xleh byk2 sbb i hanya blh sayang sekoq jer dlm satu waktu
Quote Firenzza 27-9-2021 04:24 PM
Area kl diorg blh hntr ke?
Quote mama_neko 27-9-2021 05:33 PM
depa ni antara shelter yang systematic dan bersih jugak la.... marilah kita sama sama menderma kat shelter2 kucing and anjing...  kesian tgk kalau shelter yang kecik2, tambah pkp ni, lagi depa desperate...
Quote binipopeye 27-9-2021 05:44 PM
jauh kt perlis.... iols nk yg kucing oren
si Oden iols satu2nya color oren dh kene curi
Quote Knowlee 27-9-2021 07:33 PM
I kenal sgt org yg hantar kucing tu... Dari sekolah lagi dah kenal aunty ni. Berita semua salah. Dia bukannya kena halau dgn tuan rumah. Rumah tu mmg rumah dia dgn arwah suami. Yg sebenarnya jiran sekeliling dah buat aduan banyak kali sebab mmg banyak sgt kucing kat situ. Anjing pun ada. Aunty mmg rescuer, cuma bila terlalu banyak, agaknya menggangu ketenteraman jiran2. Kawasan rumah situ kawasan banglo lama. Dulu aunty dgn arwah uncle duk rumah teres 2 tingkat. Ingat dulu lepas SPM, diorg satu family pegi KL, aunty minta tolong I tengokkan kucing2 dia. Mmg berpuluh puluh ekor. Yg lawa2 semua kena kurung dlm sangkar. Kesian pun ada sbb duk dlm sangkar aje.
Quote matbad 27-9-2021 11:12 PM
aku plak dalam dilema. sikap rescue ibu kucing besama anak2 dan yg tgh bunting, skrg dalam rumah total 23 org. pening jgk pikir. tp urusla selagi termampu sementara tggu dorang putus susu nak bagi adop. aku tak ada sangkar. lepas ja dalam rumah. alhamdulillah berak kencing dorang pandai masuk dalam bekas yg disedia dalam bilik mandi
Quote zehra2 27-9-2021 11:19 PM
sedihnya.. moga aku dan meow semua sihat. ni pun masuk rumah.sekor meow tk balik.. dah ler teleng..
hujan pulak ni

Quote TeropongThaico 27-9-2021 11:26 PM
Banyaknyaaa bela Ai yg ada 10 ekor ni pun dah pening
Nak simpan dlm rumah salah, nak lepas salah, nak kurungggg lagi la salah. Pitam dgn perangai deols
Quote cmf_premierleag 27-9-2021 11:27 PM
weols hada bela kucing kt rumah
tp kucing 2 ekor tu rasa mcm weols yg jd pet dlm rumah tu.mcm ala2 weols yg menumpang rumah diorg  tu... boleh gitu?
Quote TeropongThaico 27-9-2021 11:32 PM
matbad replied at 27-9-2021 11:12 PM
aku plak dalam dilema. sikap rescue ibu kucing besama anak2 dan yg tgh bunting, skrg dalam rumah tot ...

Camne u bg deols behave mad??? Budak2 kat rumah ni start buat perangai berak merata sejak bertambah 4 ekor tu. Dulu sikit punya behave. Puas try mcm2 petua dah
Quote jazaa100 27-9-2021 11:41 PM
Knowlee replied at 27-9-2021 07:33 PM
I kenal sgt org yg hantar kucing tu... Dari sekolah lagi dah kenal aunty ni. Berita semua salah. Dia ...

Knowlee org perlis ke?....
Kt taman apa auntie ni tgal....
Quote matbad 28-9-2021 02:18 AM
TeropongThaico replied at 27-9-2021 11:32 PM
Camne u bg deols behave mad??? Budak2 kat rumah ni start buat perangai berak merata sejak bertamba ...

sapa yg tertangkap berak merata, aku kurung setengah jam dalam bilik air dgn pasir tu. sendiri dorang serik tak buat dah la. alhamdulillah 19 ekor termasuk umr sebulan setengah behave bleh pegi bilik air hihi. 4lagi masih tak celik mata hihi
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 03:19 AM
Moga dipermudahkan urusam
Quote ultra78 28-9-2021 06:42 AM
50 ekor kucing. Tak boleh bayangkan mcm mana jiran dia boleh tahan dengan bau tahi kucing tu.
Quote akies 28-9-2021 07:01 AM
Banyak nya kucing dia bela.
Agak2 berapa belanja bulanan nak beli makanan kucing dan lain2 perbelanjaan?

Quote Cumikucingku 28-9-2021 07:40 AM
Kucing aku seekor mkn rm100 sebulan.. itu pun makanan kucing marhaen je... ade 3ekor dah rm300.
Ini kalau 50ekor... ntahla.. berpuluh ribu kot sebulan.
Tp terus terang aku ckp.. berkongsi rezeki dgn haiwan ni jgn takut miskin atau rezeki berkurang..
Ada yg Allah beri semula pada ko tanpa ko sedari... rezeki dlm bentuk lain...

Quote supernaturalee 28-9-2021 08:07 AM
zehra2 replied at 27-9-2021 11:19 PM
sedihnya.. moga aku dan meow semua sihat. ni pun masuk rumah.sekor meow tk balik.. dah ler teleng..
...

Kucing teleng?
Mcmn tu

Quote aechae 28-9-2021 08:17 AM
Kesabaran yg tggi ye uols yg bela kucing berekor2 ni....

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.041815 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top