CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sakit Tahan Luka Di Dalam, Susah Nak Bergerak,"-Pembedahan Kanser Perut Emma Akma

27-9-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2369| Komen: 1

Tiga minggu selepas pembedahan kanser perut yang dialaminya, pelakon Emma Akma, 52, tampil memaklumkan perkembangan terbaharu menerusi di media sosial.

Menurut Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus, dia sebenarnya mempunyai banyak perkara yang nak dikongsi dengan peminatnya, namun terbatas akibat masih dalam pemulihan. 


Foto: IG

"Saya nak tunjukkan gambar ketumbuhan yang keluar dari perut saya. Dan saya nak beritahu keputusan daripada pembedahan itu bila ketumbuhan dikeluarkan. 

"Makmal pun dah buat ujikaji. Saya nak kongsikan apa yang saya lalui setiap hari. Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan, tapi saya perlukan masa. 

"InsyaAllah, saya akan bagi nanti sedikit demi sedikit. Cuma, pada ketika ini saya gagahkan diri untuk kemaskini sedikit perkembangan diri saya," katanya.




Emma berkata, doktor memaklumkan dia memerlukan masa sekitar tiga bulan untuk pulih sepenuhnya seperti dahulu. 

"Prosedur itu macam orang dalam pantang. Sekarang baru tiga minggu. Maknanya ada banyak masa lagi yang saya perlu rehat betul-betul. 

"Bila kita melakukan pembedahan abdomen iaitu dari atas menegak ke bawah, sebenarnya apabila kita dah berada di rumah, ubat tahan sakit dalam badan dah habis keluar, ia amat sakit.

"Saya sakit menahan luka didalam. Saya susah nak bergerak. Bila kita nak bergerak, contohnya nak duduk dan kena bangun, kita memerlukan urat otot yang kuat dibahagian perut," katanya.



Emma turut mengakui agak letih apabila mahu bercakap. Katanya dia jadi lemah dan sebab itu bila dah dua minggu di rumah baginya lebih selesa banyak mendiamkan diri.

"Masa saya banyak habis dengan baring dan duduk. Bukan saya tak terfikir, hari-hari saya fikir kenapa tak kemaskini sedangkan semua orang yang ambil berat berkenaan saya, tentu nak ambil tahu mengenai  saya selanjutnya. 

"Setakat ini alhamdulillah, saya dah makin boleh serasi dengan sakit ini. InsyaAllah bila saya dah betul-betul kuat sedikit lagi, saya akan kongsikan apa yang harus saya beritahu kepada kalian semua," katanya. 

Terdahulu, Emma bersyukur apabila jumlah sumbangan untuk menanggung kos pembedahan kanser perutnya sudah mencecah lebih RM20,000 sehingga membolehkan dia menjalani pembedahan pada 12 Ogos lalu.

Sumbangan menerusi akaun banknya itu semakin meningkat selepas penderitaannya mendapat liputan media. Malah, beberapa rakan artis turut tampil memberi bantuan kepadanya.

Pelakon drama Gerak Khas: The Finale ini paling terharu apabila netizen sudi menyumbang secara ikhlas biarpun serendah RM1.

Emma sebelumnya tampil merayu bantuan orang ramai selepas disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan cyst sebesar saiz bola sepak. Dia mengakui buntu kerana pembedahan segera ketumbuhan itu memerlukan kos sebanyak RM50,000. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 28-9-2021 01:57 AM
Moga cepat sembuh!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.103312 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top