CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1865|Reply: 1

"Sakit Tahan Luka Di Dalam, Susah Nak Bergerak,"-Pembedahan Kanser Per

[Copy link]
Post time 27-9-2021 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Tiga minggu selepas pembedahan kanser perut yang dialaminya, pelakon Emma Akma, 52, tampil memaklumkan perkembangan terbaharu menerusi di media sosial.


Menurut Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus, dia sebenarnya mempunyai banyak perkara yang nak dikongsi dengan peminatnya, namun terbatas akibat masih dalam pemulihan.




Foto: IG




"Saya nak tunjukkan gambar ketumbuhan yang keluar dari perut saya. Dan saya nak beritahu keputusan daripada pembedahan itu bila ketumbuhan dikeluarkan.


"Makmal pun dah buat ujikaji. Saya nak kongsikan apa yang saya lalui setiap hari. Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan, tapi saya perlukan masa.


"InsyaAllah, saya akan bagi nanti sedikit demi sedikit. Cuma, pada ketika ini saya gagahkan diri untuk kemaskini sedikit perkembangan diri saya," katanya.




  



Emma berkata, doktor memaklumkan dia memerlukan masa sekitar tiga bulan untuk pulih sepenuhnya seperti dahulu.


"rosedur itu macam orang dalam pantang. Sekarang baru tiga minggu. Maknanya ada banyak masa lagi yang saya perlu rehat betul-betul.


"Bila kita melakukan pembedahan abdomen iaitu dari atas menegak ke bawah, sebenarnya apabila kita dah berada di rumah, ubat tahan sakit dalam badan dah habis keluar, ia amat sakit.


"Saya sakit menahan luka didalam. Saya susah nak bergerak. Bila kita nak bergerak, contohnya nak duduk dan kena bangun, kita memerlukan urat otot yang kuat dibahagian perut," katanya.




  



Emma turut mengakui agak letih apabila mahu bercakap. Katanya dia jadi lemah dan sebab itu bila dah dua minggu di rumah baginya lebih selesa banyak mendiamkan diri.


"Masa saya banyak habis dengan baring dan duduk. Bukan saya tak terfikir, hari-hari saya fikir kenapa tak kemaskini sedangkan semua orang yang ambil berat berkenaan saya, tentu nak ambil tahu mengenai  saya selanjutnya.


"Setakat ini alhamdulillah, saya dah makin boleh serasi dengan sakit ini. InsyaAllah bila saya dah betul-betul kuat sedikit lagi, saya akan kongsikan apa yang harus saya beritahu kepada kalian semua," katanya.


Terdahulu, Emma bersyukur apabila jumlah sumbangan untuk menanggung kos pembedahan kanser perutnya sudah mencecah lebih RM20,000 sehingga membolehkan dia menjalani pembedahan pada 12 Ogos lalu.


Sumbangan menerusi akaun banknya itu semakin meningkat selepas penderitaannya mendapat liputan media. Malah, beberapa rakan artis turut tampil memberi bantuan kepadanya.


Pelakon drama Gerak Khas: The Finale ini paling terharu apabila netizen sudi menyumbang secara ikhlas biarpun serendah RM1.


Emma sebelumnya tampil merayu bantuan orang ramai selepas disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan cyst sebesar saiz bola sepak. Dia mengakui buntu kerana pembedahan segera ketumbuhan itu memerlukan kos sebanyak RM50,000. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2021 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga cepat sembuh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.101873 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list