CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Suspek Curi & Jual Online Pokok Viral RM50,000 Ditahan, Dalang Masih Diburu

24-9-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2845| Komen: 10

Description: Minggu lalu media sosial gempar seketika apabila seorang wanita memohon bantuan orang ramai bagi mencari individu yang didakwa mencuri tiga pokok kesayangannya bernilai RM50,000.
Minggu lalu media sosial gempar seketika apabila seorang wanita memohon bantuan orang ramai bagi mencari individu yang didakwa mencuri tiga pokok kesayangannya bernilai RM50,000.

Maklumat terbaru diterima menyatakan suspek sudah ditahan pihak polis pada Rabu.



Kredit foto: FB

Pemilik pokok berkenaan, Rus Majida Hassan bagaimanapun berkata, nasib ketiga-tiga pokok kesayangannya iaitu Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon masih tidak diketahui.

"Polis sudah tahan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Buat masa ni saya belum dapat maklumat keadaan pokok macam mana," katanya ketika dihubungi mStar, Khamis.

Lega apabila dimaklumkan mengenai penahanan suspek terbabit, wanita berusia 34 tahun itu berharap agar kes tersebut dapat diselesai dengan segera serta pencuri dikenakan hukuman yang setimpal.


"Harapan saya cuma nak kes ni diselesaikan dengan segera dan pencuri dijatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada orang lain yang ada niat untuk lakukan aktiviti yang sama

"Kes curi pokok makin menjadi-jadi sekarang ni," jelasnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mStar mengesahkan penangkapan tersebut.

Katanya, dua suspek yang ditahan menjual serta membenarkan akaunnya digunakan (keldai akaun) bagi proses jual beli pokok berkenaan secara dalam talian.

Polis bagaimanapun sedang mengesan suspek utama yang mencuri pokok terbabit.

Katanya, suspek berjaya dikesan kerana mempromosikan pokok-pokok tersebut secara dalam talian.

"Dua orang suspek yang ditahan adalah individu yang menjualnya serta seorang lagi individu yang membenarkan akaunnya digunakan bagi membolehkan transaksi jual beli secara dalam talian berlaku

"Suspek pertama mengaku membuat iklan untuk jual pokok tersebut di Facebook dan hantar kepada pelanggan menggunakan J&T, manakala suspek kedua menerima bayaran RM3,500 daripada pelanggan," katanya.

Menurut Suffian, polis percaya bahawa pokok berkenaan masih ada dengan pembeli dan usaha kini sedang dijalankan untuk mengesannya.

Kertas siasatan dibuka pada 13 September di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan.






mStar pada minggu lalu melaporkan kisah Rus Majida yang kehilangan pokok jenis Monstera yang dijaganya hampir tiga tahun.

Menurut Rus Majida, pokok tersebut agak sukar untuk didapati di nurseri biasa dan saiz pokok yang dicuri juga sangat sukar untuk didapati.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 24-9-2021 09:26 AM
Kejamnya curi pokok. Orang yg jenis sayang pokok ni belai pokok macam anak tau. Mentang2 la monstera ni tengah in. Lagi sedih kalau dah curi pastu x jaga, jual kat orang dah layu2.
Quote sukacactus 24-9-2021 10:06 AM
Monstera albo , thai constellation ke mmg mahal
Kalau yg hijau tu mmg xheran la kalau hilang boleh je beli baru
Yg ni mmg nangis kalau hilang/mati
Quote ninja9 24-9-2021 10:12 AM
apa kelebihan pokon ni? .. cantik ker? .. sampai tawar 50,000, atau dia tawar ni sebab dia geram..
Quote DayangKirana 24-9-2021 10:18 AM
kalau tanam pokok mahal2 gini, dah boleh letak cctv dah tuh..
Quote CikYaYaYa 24-9-2021 04:29 PM
iolss sebgai mnusia yg xminat cucuk tanam nie jadi xleh hadam dgn hargaa yahoodi pokok itu. Apo klebihan nya..?
Quote dekmieDandy 24-9-2021 05:08 PM
lepas tengok gambar tu, aku pun tak reti nak bezakan pokok tu, tahu monstera tu je pokok apa
Quote helle 24-9-2021 05:11 PM
Kenapa mahal...nampak biasa je
Quote Artemesiaa 24-9-2021 05:13 PM
Kalau yang warna hijau semua tu ada je kat nursery jual.  Nak2 sejak nursery baru nak mula niaga semula ni boleh je dapat harga lelong.
Quote TeropongThaico 24-9-2021 05:19 PM
Nak komen lebih pun tak reti menilai sgt. Tapi cantik la warna dia macam2. Tak le sepesennn je
Ai prefer pokok yg tunjuk, bawa balik & sesekali ja sapu habuk. Tak yah siram letak baja bagai
Tapi tabik spring la pada yg rajin belai2 pokok ni
Quote mejaputih 24-9-2021 07:11 PM
Maybe kaler dia campur2 tu menyebabkan hrga mahal sbb rare.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058823 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top