Jakarta- Tindakan seorang wanita yang merelakan bekas kekasihnya berkahwin dengan kakak sendiri menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com semalam.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @jemebesemahasli, wanita itu dilihat mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu tersebut. Wanita itu memberitahu bahawa dia ikhlas dan reda bahawa jodoh bekas kekasihnya adalah kakak kandungnya sendiri. Tambahnya, dia lebih rela mengalah dengan kakak sendiri daripada berbalah kerana berebut teman lelaki. “Selamat pengantin baharu buat kakak dan bekas kekasih. Semoga kalian membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
“Bercinta dengan saya, namun akhirnya jodoh dengan kakak saya sendiri,” tulisnya lagi. Luahan hati wanita itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengagumi ketabahan dan memberikan sokongan moral buatnya. “Semoga dengan kesabaran anda, Allah akan mengirimkan jodoh lebih baik kelak,” komen seorang pengguna media sosial. – CARI Sumber: Kosmo
|
terma2nkondisi2 replied at 22-9-2021 10:51 AM
bnyk naw berita negara seberang dlm porem ni lately
berita yg tak penting tapi masuk dlm isu sema ...
terma2nkondisi2 replied at 22-9-2021 10:51 AM
bnyk naw berita negara seberang dlm porem ni lately
berita yg tak penting tapi masuk dlm isu sema ...
lipans replied at 22-9-2021 11:19 AM
Bukan nikah dengan kakak, tapi dengan adik. Jadi kakak (abang bahasa indon) ipar.
-- kompius ceri ...
sekngucing replied at 22-9-2021 12:01 PM
Zaman2 dlu kelantan juga guna kakak utk abang
sekngucing: Zaman2 dlu kelantan juga guna kakak utk abang
musangbodoh replied at 22-9-2021 12:09 PM
bukan kakek ke.....
ADVERTISEMENT