CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dana Makin Kurang, Ramai Yang Mendesak- Abby Abadi Tutup Bantuan

22-9-2021 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4063| Komen: 10

Description: Sepanjang hampir dua tahun membuka tabung saluran kebajikan kendaliannya, Wallet Kasih PKP bagi membantu golongan terjejas sepanjang pandemik, pelakon Abby Abadi mengumumkan terpaksa menutup bantuan t ...
Sepanjang hampir dua tahun membuka tabung saluran kebajikan kendaliannya, Wallet Kasih PKP bagi membantu golongan terjejas sepanjang pandemik, pelakon Abby Abadi mengumumkan terpaksa menutup bantuan tersebut.


Abby mendedahkan, faktor yang menyebabkan dia terpaksa mengambil keputusan sebegitu disebabkan semakin ramai yang datang meminta bantuan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlarutan, tetapi dana yang ada pula semakin berkurangan.

Lebih tragis dedah pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 44, itu, terdapat juga segelintir penerima yang bertindak kerap mendesak bantuan berulang kali.


Foto: IG

“Tak siapa dapat jangka, PKP berlangsung terlalu lama sampai semua rasa bosan dengan keadaan. Elok semangat nak bersedekah dan berkongsi setiap hari, tapi bila lama sangat situasi ini, semua jadi lelah. Lama-lama semangat pun hilang.


“Dua tahun yang penuh cabaran. Walaupun saya tiada pergi tangkap gambar untuk penyerahan bantuan, tapi ramai ya yang telah dibantu. Dapatlah meringankan beban untuk membeli serba sedikit barang keperluan.

“Saya minta maaf, terpaksa tutup sebab makin tak terkawal. Orang memohon semakin ramai, tapi dana makin kurang. Ada juga yang dah dapat, mendesak tak pernah cukup. Sudahnya, tak payahlah dibantu. Tunggu sajalah bantuan kerajaan ya,” tulisnya dalam hantaran Instagram.



Biarpun begitu, pelakon Gerak Khas itu memaklumkan bahawa baki yang ada dalam akaun tabung berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 hasil sumbangan orang ramai telah diagihkan kepada yang memerlukan.

“Tak pasti penutupan ini sementara atau selamanya. Alhamdulillah selama ini, dana sentiasa dan selalu ada. Kalau tiada, saya tambah dengan duit apa yang ada sebab saya tahu, Allah Maha Tahu.

“Hari biasa pernah juga dapat kumpul RM2,000 hingga RM5,000. Hari Jumaat selalu paling tinggi jumlah kutipan, pernah sekali dapat RM25,000,” ujarnya lagi.



Dalam pada itu, isteri kepada Muhammad Faizal Zakari itu berkata, sepanjang melakukan aktiviti sumbangan melibatkan Wallet Kasih PKP, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dan melakukannya kerana Allah SWT.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyalurkan sumbangan sepanjang operasi Wallet Kasih PKP termasuklah rakan-rakan selebriti.



“Sengaja saya letak wajah sendiri dalam hantara ini, sebab nak mereka tahu dan ingat bahawa saya menolong mereka kerana Allah. Tiada niat apa-apa, tidak minta dibalas. Tiada kepentingan apa-apa langsung.

“Terima kasih kepada semua dermawan yang budiman, sahabat selebriti yang sudi nak berkongsi. Semoga Allah reda dengan usaha kecil ini, amin,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 22-9-2021 09:56 AM
Spek anti blue ray tu mmg okay ke pakai?
Sebab spek.iols.mmg anti blue ray ke apantah ni..jadi iols.igt spek yang ada power je ada..
Rupanya boleh dijual kat kedai biasa2 juga ya..
Quote Kurex 22-9-2021 12:15 PM
Cerita sama yang berulang2
Quote KamikuP 22-9-2021 03:54 PM
Buhsan duh pompuan ni karangan berjela meolss rengsa dgn yg suka karang pjg2 kat ig ni termasuk le Dr Say tu
Quote anony-mous 22-9-2021 04:05 PM
Akrab betul diaorang ni. Smpai i tertanya2 abby-norman xkn xde rasa spark balik? Memey n jai xde rasa jeles sikit pon ke?
Quote isseliparjepun 22-9-2021 09:27 PM
shernazz replied at 22-9-2021 09:56 AM
Spek anti blue ray tu mmg okay ke pakai?
Sebab spek.iols.mmg anti blue ray ke apantah ni..jadi iols ...

I pakai sebab sejak WFH menghadap laptop lebih lama dari sebelumnya. Boleh untuk tambah power atau tak rasanya, sebab I request tak mahu power, hanya untuk anti blue ray je. Beli di kedai yang memabg buat eye glass.
Quote shernazz 22-9-2021 09:54 PM
isseliparjepun replied at 22-9-2021 09:27 PM
I pakai sebab sejak WFH menghadap laptop lebih lama dari sebelumnya. Boleh untuk tambah power atau ...

Ooo
Kiranya kita boleh beli kat kedai.biasa selain optometry la.ya?
Baru iols.tau..
Tqtq uolss
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 12:53 AM
Tutup jela
Sekarang dah boleh carik kerja
Ramai nak pakai orang
Quote Cik_jantung 23-9-2021 12:58 AM
Edited by Cik_jantung at 11-1-2022 07:07 PM

..........
Quote wirazam 25-9-2021 08:08 AM
Cik_jantung replied at 23-9-2021 12:58 AM
Kutip sumbangan org ramai.. bila bagi  sumbangan letak gamba sendiri... Ini perbuatan yg patut ditut ...

Setuju..kalau dulu mmg nak beri bantuan dan buka channel bantuan, mmg kena sedia terima yg kat Malaysia ni mmg ramai yg perlukan bantuan..tambah tambah masa pkp ni..
Kalau tak ready nak hearing semua tu, mohon bg duit kpd pihak berkuasa dan NGO yg dah lama beri bantuan
Quote opie5662 25-9-2021 09:14 AM
Aku x suke cara die bg bantuan. Bile. Org ckp suruh selidik latar belakang penerima die meroyan. Tu antara die ngan Allah. Tp at least ko study la sket. Bg pada yg betul2 perlu. Ramai scammer mintak sedekah ni. So, aku rasa die takde kredibiliti dlm bg bantuan.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.072670 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top