CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengkhianat Negara-Wan Besi Dalang Seludup Keluar Sajat

22-9-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12117| Komen: 111

Description: Pengkhianat negara. Itu gelaran layak diberikan kepada lelaki dikenali sebagai Wan Besi yang bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih di ...
Pengkhianat negara. Itu gelaran layak diberikan kepada lelaki dikenali sebagai Wan Besi yang bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bangkok, Thailand.


Sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa hasil siasatan baharu dilakukan pihak berkuasa mendapati Wan Besi adalah dalang atau watak utama pembolosan Nur Sajat dari Malaysia ke Thailand.

Memperincikan maklumat terkini hasil siasatan itu selepas pendedahan eksklusif Harian Metro sejak Isnin lalu, sumber memaklumkan, terdapat individu tertentu iaitu seorang lelaki yang juga berkaitan dengan Wan Besi membawa Nur Sajat dengan menaiki kenderaan memulakan perjalanan dari banglonya di Petaling Jaya pada minggu pertama Mac lalu.


Foto: IG


"Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menyeludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara.

"Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok," katanya.

Ditanya kos perbelanjaan sebenar untuk membawa keluar Nur Sajat dari Malaysia, sumber itu memaklumkan, RM20,000 dikenakan Wan Besi kepada usahawan kosmetik itu untuk membawanya keluar dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Bangkok.

"Wang ini dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersubahat dengannya," katanya yang mendedahkan maklumat terkini siasatan dilakukan pihak berkuasa bagaimana Nur Sajat boleh lolos dengan mudah ke negara gajah putih itu.

Menurutnya, pihaknya juga percaya ada bayaran lain yang dikenakan kumpulan itu untuk membawa Nur Sajat dari Lembah Klang ke Padang Besar, Perlis dan siasatan sedang dilakukan mengenainya.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, Wan Besi sememangnya aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Padang Besar, Perlis dan menjadikan laluan utama penyeludupan keluarnya adalah di kawasan KTMB.

Katanya, Wan Besi pernah ditahan tiga kali oleh polis membabitkan kes penyeludupan ketum dan terbaharu kes tembakan di sempadan yang menyebabkan kematian anggota Pasukan Gerakan Am.

"Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara. Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia.

"Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugutan bunuh dan lain-lain ugutan di Malaysia," katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan misteri 'kehilangan' usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pendedahan eksklusif Harian Metro semalam turut mendedahkan bahawa Nur Sajat kini dikenali dengan nama Bella selain 'berlagak' dengan kad pelarian UNHCR yang dikeluarkan pejabat badan itu di Bangkok.

Untuk rekod, Nur Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita ketika serbuan pihak imigresen pada jam 6 petang waktu Thailand.

Pada 9 September lalu, atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun dia dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.

Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.

Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya berkenaan sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 22-9-2021 10:04 AM
ermmm...main ngan orang dalam juga nie...pelincir tu penting...
Quote merrissa 22-9-2021 10:10 AM
ahaha lain kali tukar2 la tempat...duduk setempat je mana boleh...harus lah kene tngkp

dahsyat sampai naik kereta api barang....
Quote EJALTI 22-9-2021 10:12 AM
Yang lebih menarik, camner pihak berkuasa jaga sempadan negara?
Quote minahmanja 22-9-2021 10:37 AM
awat gambo abg jad tu aku tgk mcm pz jek..
Quote naina 22-9-2021 10:42 AM
Complicated sungguh hidup kau sajat..
Semoga hidayah untuk MU nanti..
Suatu hari nanti pasti kau penat
Quote harisbee 22-9-2021 10:49 AM
sajat nak buat apa kat OZ...petik buah?
Quote mawar_mustika 22-9-2021 10:55 AM
cari skali sape org dlm yg terlibat...mmg sure punye ade org dlm terlibat kalau tak mcm mn blh lolos
Quote TOPwind 22-9-2021 10:56 AM
Issu Sajad ni sebenarnya tak besar dah elok buat ummrah, masih ingatkan ALLAH tapi netizen yg lebih2 komen bukan2 dan pihak penguasa  pun satu sepatunya bantulah dia dari kecaman netizen bukan turut kecam juga. Sajad banyak juga beri dana ratusan ribu utk NGO agama dan lain.Sajd di lahirkan sebegitu tapi di masih orang ISLAM sejati. Orang kapir mcm mana baik pun dia tetap jijik di sisi ALLAH SWT. Kesian Sajad ni jadi mangsa bangsa sendiri.Dia buka penjenayah dia cuma kpd nalurinya sebagai wanita. Runtuh saorang usahawan yg banyak berjasa dan beri sumbangan. Tapi heranya duit sumbangan Sajad di ambil tampa kecaman dari Netizen dan pihak penguasa- pulangkanlah jika dah benci. Sajad masih boleh diselamatkan dan berlaku adilah pada dia,
Quote LoveSungmin 22-9-2021 11:25 AM
patut la KTMB keluarkan press statement hari tu
Quote husna_amal 22-9-2021 11:25 AM
Ada pula yang backup dan komen sajad ni tak buat jenayah. Buat kelakar apa.
Quote kotakominami 22-9-2021 11:31 AM
Huhu.asalnya kes kecik je. Kalu dia pegi balai awal aritu rase nye denda tak teruk mana pon...ini nak kena bayar 20k kt ejen. Bayar ikat jamin lagi. Takleh balik malaysia lagi. Berbaloi ke? Atau dia ni sebenarnye ade kes laen yg lg besar sebab tu tak nak jatuh ke tgn polis. {:question
Quote bottombikini 22-9-2021 11:36 AM
huh..macam dalam muvi

maikel..amik la idea ni buat drama
ni tak abis2 dgn drama megah holdings

setakat 20k tu mcm beli kacang je bagi bamjat
Quote trexxxxxi 22-9-2021 11:48 AM
Hahaha netz nuraka semua ada saham ugut bunuh etc sampai Bella (alhamdulillah bukan nama ai) larikan diri ke gajah putih aman2 duduk sana tinggai anak2 kunun umi penyayang sangat

Dia dapat kad UNHCR tu sebab clause dia lengkap ler,
Lani sapa tepuk tangan? Puak2 elgibeetee jugak

Hadam2kan lerr
Quote cicicumel 22-9-2021 11:49 AM
harisbee replied at 22-9-2021 10:49 AM
sajat nak buat apa kat OZ...petik buah?

Jual bengkung kat org sana plak

Quote Themilo 22-9-2021 11:50 AM
TOPwind replied at 22-9-2021 02:56 AM
Issu Sajad ni sebenarnya tak besar dah elok buat ummrah, masih ingatkan ALLAH tapi netizen yg lebih2 ...

dah sah-sah la sajat ni pun ada kes fraud & larikan duit orang.. tu belum lagi siasat dari mana datangnya sumber modal dia mulakan business tu dulu.. silap-silap boleh kena money laudering
Quote cicicumel 22-9-2021 11:51 AM
kotakominami replied at 22-9-2021 11:31 AM
Huhu.asalnya kes kecik je. Kalu dia pegi balai awal aritu rase nye denda tak teruk mana pon...ini na ...

ada...kes scam bengkung..kena bayar almost 200k tapi dia x bayar..lps tu g Mekah, start buat drama..
tp geng2 LGBT highlight Sajat didiskrimmansi oleh JAIS dan kerajaan malaaysia padahal tu kes kecik je


Quote tripleid 22-9-2021 11:53 AM
trexxxxxi replied at 22-9-2021 11:48 AM
Hahaha netz nuraka semua ada saham ugut bunuh etc sampai Bella (alhamdulillah bukan nama ai) larikan ...

Bamjat flip hair jah dgn ummah yg cashkan beliau psl kes buat umrah tuh..pdahal dia aman2 je kat siam tu siap dok  luxury condo lagik
Quote Nnasda53 22-9-2021 11:58 AM
Sonok pulak bam jad jadi pelarian.
Quote musangbodoh 22-9-2021 12:02 PM
masuk mahkamah mesia...bicara...jatuh hukum...yg salah...mesti driver ketapi kan kan...yg lain lepas

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.160085 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top