CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mas Idayu Dipuji Semakin Cantik, Lembut, Ayu Dan Awet Muda Selepas Bertudung

17-9-2021 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3938| Komen: 16

Penampilan penyanyi Mas Idayu dilihat bertudung sejak awal September lalu menarik perhatian ramai peminat dan netizen di laman sosial.

Biarpun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai penampilan tersebut, rata-rata meluahkan rasa teruja dan memuji kecantikan penyanyi itu.


Bercakap kepada mStar, Mas Idayu atau nama sebenar Masidayu Mesnun, 49, berkata meskipun dia sudah tampil berhijab, namun dirinya masih individu yang sama.


Foto: IG

"Buat masa ini tak ada apa yang saya mahu kongsikan mengenai penampilan ini.

"Cuma apa yang boleh saya kata, mummy masih orang yang sama... masih lagi Mas Idayu yang orang kenal sejak dulu," katanya ketika dihubungi mStar pada petang Khamis.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan ini meminta peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.



Malah, dia berterima kasih kepada peminat yang memuji penampilannya itu yang dikatakan semakin cantik, lembut, ayu dan awet muda.

"Apa-apa pun doakan yang baik-baik untuk saya! Saya ada baca komen-komen di laman sosial... kalau itu kata mereka Alhamdulillah," katanya.

Berkongsi perkembangan seni, pelakon drama Kampung Kolestrol ini berkata dia bakal menjalani beberapa penggambaran dan rakaman program televisyen awal bulan depan.



"Alhamdulillah projek-projek sebelum ni dah selesai. Memandangkan industri kreatif sudah dibenarkan, jadi saya akan meneruskan beberapa rakaman program TV selepas ini.

"Cuma masih lagi menyusun jadual kerana banyak tarikh yang ditunda kerana Perintah Kawalan Pergerakkan sebelum ini.

"Saya pun dah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, jadi selepas ini dah boleh bekerja macam biasa tapi tetap patuh mengikut prosedur operasi standard (SOP)," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 17-9-2021 12:45 PM
'semakin cantik...lembut,ayu dan awet muda selepas bertudung'...........satgi...mesti Sajat pon nk bertudung....jugok.
Quote TomyamPuteh 17-9-2021 12:52 PM
Tiba2 aku terbayang si Mummy ni terkangkang dgn Soemah smpai nmpk spender dlm Liga Dangdut.
Quote Kakalongmu 17-9-2021 12:55 PM
Eh eh... Mami ghupenye baru 49 taun??? Kaka ingat 59. Ampunnn mamiiiii
Quote missbigrockstar 17-9-2021 01:02 PM
Gambar dia tak bermekap tu mmg manis. Mommy sesuai mekap simple.
Quote LadyCarefree 17-9-2021 01:15 PM
Macam Valak. Dah kenapa tepek tepung?
Quote krustykrab 17-9-2021 02:01 PM
Pelik la netizen...asal sarung je tudung..cantik lah ayu la....
Quote TerataiMelur02 17-9-2021 02:03 PM
Biasa je pun
Quote JohnyEnglish 17-9-2021 02:05 PM
pasni blh pegang mikropon elok2 tak.aku rengsa tgk cara ko pegang mic tu
Quote Mini.Me 17-9-2021 02:28 PM
Lagi lawa n manis muka tak mekap tu...plus bertudung
Quote aammyy 17-9-2021 03:01 PM
She's don't need heavy makeup. Dgn contact lense, is a no no.
Quote Normabaru 17-9-2021 04:33 PM
aneh ya org kita ni..psl pki tudung pon nk jdkan berita..dah kertu2 tp tutup aurat pon failed..bila dh ttp (xsempurna pon) gigih plak puji nmpk muda la..nmpk cantik la..aiyoooo....tu filter je dik non..kulit dia minggu sudah dgn minggu ni sama sajorkkkk...xde nye tudung tu buat awet muda segala.over nawww!!
Quote OyaTonggek 17-9-2021 10:56 PM
mummy tak happy ni meols penah mkn sebelah meja dia..ada si babysimah skali..mmg agak seksi juga walau tshirt biasa je..kepam gak la..Alhamdulillah semoga istiqomah ya mummy tak happy.. #dagudiapelik
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 03:16 AM
macam tengah pakai halloween costume the nun jah
moga jangan pakai semua black
Quote midori_katana 19-9-2021 05:18 PM
Nampak macam muka org lain
Quote me12345 19-9-2021 06:00 PM
Cam sopan ayu bertudung kot x nampak muka bengis dan kejung.. tahniah . Semoga istiqomah ye makcik
Quote Begbiru 19-9-2021 07:22 PM
awat pic no2 tu nampak muka mcm diyana halik ek?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.390535 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top