CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Puas Hati Tengok Kakak Pejabat Pos Mengamuk Marahkan Warga Asing Degil

15-9-2021 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13170| Komen: 74

Sejak kebelakangan ini, banyak isu tercetus melibatkan warga asing yang degil mengingkari SOP ditetapkan kerajaan. 

Bukan soal tidak hormat, sebaliknya dikhuatiri trend ini akan mencetuskan kluster baru Covid-19 terutamanya di kawasan awam.



Kredit foto: TikTok

Tular sebuah video memaparkan situasi pelanggan berasak-asak di perkarangan pejabat Pos Malaysia Klang tular menerusi media sosial. 

Apa yang mengecewakan, ratusan warga asing dilihat beratur tanpa mematuhi penjarakan fizikal sebelum masuk ke premis tersebut dipercayai untuk urusan memperbaharui pasport.

Gara-gara itu, kelihatan beberapa kakitangan termasuk seorang wanita menghayun kayu sambil meninggikan suara kepada deretan warga asing tersebut agar menjarakkan barisan.



Tegasnya, individu yang ingkar kepada penjarakan fizikal langsung tidak dibenarkan masuk bagi sebarang urusan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pendekatan yang diguna pakai oleh kakitangan wanita tersebut. 




Dalam pada itu, mereka turut menyifatkan sesetengah golongan warga asing memang susah untuk patuh arahan walaupun hakikatnya ia untuk kebaikan bersama.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jiddin 15-9-2021 04:27 PM
Aku rasa warga asing tu pun tak kisah kena marah camtu. Kalau warga lokal pasti ramai Yang dah kecii mmk hati.  Aku rasa kat tempat depa maybe biasa ja layanan camtu. In fact, depa maybe amused teringat tanahair sendiri.
Quote noor2 15-9-2021 04:34 PM
Udah tulis ...ni padah aku x baca...buat passport rupanya...erm kesiannya local yg nk renew lesen
Quote bulalof 15-9-2021 04:43 PM
Jiddin replied at 15-9-2021 04:27 PM
Aku rasa warga asing tu pun tak kisah kena marah camtu. Kalau warga lokal pasti ramai Yang dah kecii ...

betul tu. kat sana siap kena bantai dgn belantan. takat kena jerkah dgn akak tu depa tak goyang.

kasi imigresen dgn polis kepung barulah goyang.

lupa, imigresen jarang nampak mereka, hijab tertutup gamaknya.
Quote imanjannah 15-9-2021 05:07 PM
mmg suka diaorg ni dok rapat2 ye.. mna la selangor punya kes nk turun2
Quote delia3003 15-9-2021 05:11 PM
Sbb tu ler kes covid tak turun2. Bersepah yg tak follow SOP.
Quote KIM.K 15-9-2021 05:16 PM
Kak dah kawin ke belom?
Menggelijat memasing patut sembur ridsect H20
Quote Lagubestbest 15-9-2021 05:17 PM
nape xde polis pergi saman?
Quote Thunderclouds 15-9-2021 05:27 PM
Depa ni asal xbratoq bpelok2 xsah ek
Quote missus_meow 15-9-2021 05:35 PM
satu keje lak nak mengawal warga asing ni ...
Quote darkness 15-9-2021 05:35 PM
Lawak pula..beratur bahu membahu pulak tu. Tak pernah terfikir letak tangan dekat bahu org time beratur
Quote Artemesiaa 15-9-2021 05:37 PM
Jenis tak faham bahasa tak faham peraturan sebab tu masaalah tak selesai.  Elok buat kat stadium je kalau untuk tujuan tu dah mereka pun ramai sangat.  Track stadium dah siap ber line senang sikit nak aturkan mereka tu.  Buat kat pejabat pos dah ramai2 macam tu buat yang ada urusan lain bimbang nak datang terpaksa cari cawangan lain pulak untuk berurusan.
Quote mama_neko 15-9-2021 05:54 PM
kesian akak pos ni... marah sgt tu....
Quote Fortiori02 15-9-2021 06:00 PM
Dorang buat cam kat negara drg gak ya, langsung x tau takut...
Quote LadyCarefree 15-9-2021 06:01 PM
Polis mana? Rela mana? Imigresen mana? Jgn bg masuk buat urusan kalau degil.
Quote dua_chzy 15-9-2021 06:04 PM
You goooo kakakkkkk
Quote Cik_jantung 15-9-2021 06:07 PM
Edited by Cik_jantung at 11-1-2022 01:00 PM

..........
Quote kam3n 15-9-2021 06:12 PM
Cik_jantung replied at 15-9-2021 06:07 PM
Alan kakk.. sian akk marah2. Penat jaga sop. Lepas ni akk pegi Langkawi plak.. akk tengokla macam ma ...

Tertinggal kereta api ke sis? Hari ni dah u-turn kena swab pula sebelum boleh melangkawi
Quote zacEfron 15-9-2021 06:14 PM
renew passport di pos office..?
bole ka ?
Quote damsel_fiji 15-9-2021 06:18 PM
Garangnya sistur

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.087256 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top