"Jauh di sudut hati, saya sangat kurang setuju sebab Mama umurnya dah tua dan Abang Iqbal baru umur 25. Macam mana Abang Iqbal yang umur 25 boleh suka orang tua? Mesti ada sebab tau."
Itu reaksi Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B apabila bercerita soal jodoh ibunya, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Dalam temu bual bersama rancangan Melodi pada Ahad, Cik B juga mendedahkan tidak serasi dengan Iqbal selain hubungannya dengan Iqbal juga tidak baik.
"Saya memang sangat-sangat tidak setuju Mama nak anak kembar lagi, cukuplah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila bercinta dia cinta buta. "Saya dengan Abang Iqbal ni memang tidak serasi sebab saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa-biasa tetapi gaduh yang luar biasa. Hubungan kami dulu sangat tidak bagus dan renggang," katanya dipetik dari Media Hiburan.
|
minahgempal: Cik b nie nmpk matang..berbual nmpk mcm berakal..tk mcm mak dia..muka cik b nie lelama nmpk sgt dh rupa mak yer..agak yer vida nie dulu2 mcm cik b la. ...
hanihan16 replied at 13-9-2021 03:30 PM
curious, vida ni dulu cikgu subjek apa?
ADVERTISEMENT