"Jauh di sudut hati, saya sangat kurang setuju sebab Mama umurnya dah tua dan Abang Iqbal baru umur 25. Macam mana Abang Iqbal yang umur 25 boleh suka orang tua? Mesti ada sebab tau."
Kredit foto: IG
Itu reaksi Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B apabila bercerita soal jodoh ibunya, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Dalam temu bual bersama rancangan Melodi pada Ahad, Cik B juga mendedahkan tidak serasi dengan Iqbal selain hubungannya dengan Iqbal juga tidak baik.
Kredit foto: IG
"Saya memang sangat-sangat tidak setuju Mama nak anak kembar lagi, cukuplah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila bercinta dia cinta buta.
"Saya dengan Abang Iqbal ni memang tidak serasi sebab saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa-biasa tetapi gaduh yang luar biasa. Hubungan kami dulu sangat tidak bagus dan renggang," katanya dipetik dari Media Hiburan.
Cik B berhasrat mahu melihat ibunya berjodohan dengan lelaki yang lebih tua atau sama umur, bukan dengan lelaki yang memiliki jurang perbezaan umur sangat jauh.
"Kalau sudah jodoh Mama dengan Abang Iqbal, saya harapkan Mama gembira dengan Abang Iqbal dan ikutlah Mama nak buat apa tapi saya memang tak nak Mama kahwin dengan Abang Iqbal.
"Kerana faktor usia, saya tidak bersetuju dan merestui. Kalau Mama dijodohkan dengan orang yang tua sepadan umur saya tak kisah.
"Tapi saya tahu itu tidak akan terjadi sebab Mama tidak suka orang tua, dia suka orang yang muda juga," katanya lagi.
Kredit foto: IG
Alamak, Cik B tak merestui perhubungan ibunya dengan Iqbal. Semoga isu ini tidak menjadikan hubungan DSV dan Cik B tegang dan terus renggang. - CARI
|