CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlalu Memilih- Orang Lain Berebut Nak Jadi Hero, Nadhir Nasar Senang-Senang Je Tolak

10-9-2021 01:43 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7679| Komen: 30|Original author: Oleh: Saiful

Nadhir Nasar didakwa terlalu memilih dalam soal pemilihan naskhah.

Namun kata pelakon ini dia tak ada niat pun.


Foto: IG

"Saya ada terdengar juga suara-suara orang berkata yang saya ni masih baru lagi tetapi nampak macam terlalu memilih naskah. Sejujurnya saya saya tidak memilih pun.

"Cuma mungkin rezeki saya ketika ini banyak di Astro. Saya juga selesa berkerja dengan mereka. Apa yang bagusnya drama di Astro Original ni kebanyakkannya premium. Jalan ceritanya juga bukan cliche atau biasa.

"Salah satu misi saya untuk memasuki industri seni ini adalah untuk membawa perubahan pada masa hadapan dan bukan untuk diri saya sahaja. Saya juga ingin mengubah cara penyampaian lakonan," katanya kepada Media Hiburan.




Juara program Hero Remaja 2020 itu juga akan menolak sekiranya ditawarkan watak hero.

"Sebenarnya saya ada menerima beberapa tawaran untuk menjadi hero tetapi buat masa ini saya memilih untuk menolak. Saya rasa ilmu saya belum cukup untuk memegang peranan selaku watak utama. Saya mahu dahulukan orang yang lebih layak.

"Kalau boleh saya ingin mempersiapkan dahulu kualiti lakonan saya sebelum saya memegang watak-watak yang lebih besar. Buat masa ini saya selesa membawa peranan sebagai ???second lead???.




"Saya juga mengambil berat mengenai soal skrip. Saya kena tahu dulu sama ada watak tersebut mampu atau tidak untuk saya bawakan. Saya ni bukan jenis yang terima apa sahaja tawaran kerana duit tetapi sebab saya ingin buat yang terbaik.

"Saya ingin kekal dalam industri ini dalam jangka masa yang lama. Kata orang kalau kita ???naik??? terlampau cepat, kita ???turun??? pun akan cepat nanti. Segalanya tetap bergantung pada rezeki dan kerja kerasa kita juga." 



Pelakon lain berebut nak jadi hero, Nadhir senang-senang je tolak. Wow gitu? -CARI

4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-9-2021 01:49 PM
Kus semangat tengok beliau. Kulit hampir2 licin not bad. Muda pun muda. Tapi macam ikan bilis sabah RM20 1kg tapi keras kejung tu. Rasanya rambut dia tak sesuai kot. Si suhair tu ok herlok jugak. Mujur la sedar diri dan tolak watak. Tapi bagi iols ok lagi la dia ni jadi hero kalau dah takde pilihan lain berbanding hero tua muka boleh tuang teh ais di gandingkan dengan heroin muda mudi macam anak sendiri. ko dah kenapa dek fetish bapak dengan anak
Quote Mulotkoyak 10-9-2021 01:52 PM
Iols tetap xknl ko dik...
Quote shernazz 10-9-2021 01:53 PM
Betoi ka ada oper jadi hero?
Ke ajak ke.market hero?
Quote mesmerize 10-9-2021 01:59 PM
akak ok je ngan rupa paras beliau.. tapi tak berapa berkenan ngan suara beliau.. tak berapa manly..
Quote tagas 10-9-2021 03:12 PM
Mcm lemau n tadak aura
Quote Kurex 10-9-2021 03:13 PM
Macam pengkid pun ya jugak
Quote skinsandstars 10-9-2021 04:12 PM
I baru lepas tengok IG dia. I rasa dia helok dan ada style. Kita patut bagi dia chance.
Quote RamonaFlower 10-9-2021 04:14 PM
Mcm amirrul affendi. Ade vibe2 sikit
Quote sarah_ary2 10-9-2021 05:44 PM
Dia ni dambaan kan kat tik tok femes jugak dia ni
Quote supermum 10-9-2021 06:11 PM
Dia ni kan yang hero remaja orang kata bijak tu. I mean heshe jenis smart gitu. Betul la dia kata. Kang tetiba naik jadi hero, diwhoareyouskan pulak
Quote Masukkeluar 10-9-2021 06:16 PM
RamonaFlower replied at 10-9-2021 04:14 PM
Mcm amirrul affendi. Ade vibe2 sikit

patut la perasan A-lister..bila xde job merempan kata production pilih rupa dr bakat. lolz
Quote MakcikLaksa 10-9-2021 10:17 PM
Dia ni popular sejak projek anchor spm kan.. Sblm tu haram acik tau dia ni hero remaja. Bgusla kalau kita tau kmampuan sndiri.. Kang jd hero tp xbkualiti pn dihencap jugak. Producer skg main kaut je pelakon yg ramai follower.. Tgk si rose tu bru blakon pembantu berapa drama je dh jd lead heroin? Helok ke dia blakon? Xpnh acik tgk sbb heronya muka kucing
Quote Reira77 10-9-2021 10:46 PM
Tapi vibe poyo heols kuat, takpe dimaafkan sbb heloks
Quote nakkomenjugak 10-9-2021 10:46 PM
whoisssyuhhh
but hey whatever floats yo boat dek non
Quote hyie 10-9-2021 10:49 PM
heshe ini kalau ditemu ramah, manjang cakap nak berselang seli bm-bi...rimas meols mendengarnya. meols rasa awkward yach. lakonan ok je.
Quote NekNgah 11-9-2021 11:02 AM
Dalam Project Anchor SPM, Nadhir ni lebih terasa lakonannya dari lead si Aedy Ashraf tu.

Aedy Ashraf tu dah lama berlakon pun masih itu aje gaya lakonannya.
Quote Kerexxx 11-9-2021 11:37 AM
mesmerize: akak ok je ngan rupa paras beliau.. tapi tak berapa berkenan ngan suara beliau.. tak berapa manly..


Suara cmne nak ubah dia? Kena operate tekak kah?
Quote heythere123 11-9-2021 01:01 PM
biar la dia memilih. Dari jadi hero untuk cerita bodo2, baiklah dia pilih cerita berkualiti
Quote LadyCarefree 11-9-2021 01:18 PM
Xkenal dn terkejut ni hero remaja tp kalau otak bijak ok je.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048745 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top