Jawa Tengah: Pasangan sejoli, Nur Khamid dengan Polly Alexandria pernah menggemparkan media sosial pada 2018 gara-gara hubungan percintaan mereka sehingga ke jenjang pelamin.
Walaupun sudah tiga tahun berlalu, masih ramai belum mengetahui bagaimana cara lelaki berasal dari Magelang itu memikat hati wanita cantik berkulit putih tersebut, lapor Suara.com. Pasangan bak kopi dan susu ini asalnya bertemu di Pantai Double Six, Seminyak, Bali. Nur Khamid ketika itu bekerja sebagai Jurulatih Meluncur di Bali, sementara Polly merupakan pelancong yang sedang bercuti di Kota Dewata itu. Berdasarkan maklumat daripada video di YouTube Nur Khamid berjudul Once in a Lifetime, lelaki itu menceritakan fakta unik mengenai cara dia mendekati wanita itu.
Katanya, dia mula tertarik dan berhasrat ingin berkenalan dengan gadis Eropah itu ketika melihat Polly sedang berjemur di tepi pantai. Lelaki itu menggunakan taktik mengguling-gulingkan badannya sehingga menarik perhatian wanita itu. Dipendekkan cerita, dia berjaya mengenali Polly lebih lanjut dan mengajaknya ke kedai makan. Selepas itu, mereka bertukar-tukar nombor telefon dan sentiasa berhubung kerana jarak memisahkan mereka berjumpa secara fizikal. Cinta mereka ternyata kuat sehinggalah disahkan menjadi pasangan suami isteri pada 18 Disember 2018. Selepas tiga tahun berkongsi kasih dan menjalani kehidupan bersama, mereka akhirnya dikurniakan seorang anak, Mac lalu. Berita gembira itu diumumkan dalam Instagram milik mereka berdua. Namun, jantina dan rupa paras bayi itu masih menjadi teka teki kerana pasangan itu masih merahsiakan sehingga sekarang. -CARI Sumber: Utusan Online
|
caramello replied at 10-9-2021 10:26 AM
Mcmanalah teknik berguling2 tu ye?agaknya berguling2 mcm filem hindustan tu kah?menjadi plak tu tekn ...
Artemesiaa replied at 10-9-2021 10:35 AM
Pandai melawak ramah hospitality bagus omputih memang suka.
pxlbb replied at 10-9-2021 10:39 AM
Interracial marriage normal jah tapi yang jadi pelik biasanya perempuan putih gebu mcm ni kalau end ...
pxlbb replied at 10-9-2021 10:39 AM
Interracial marriage normal jah tapi yang jadi pelik biasanya perempuan putih gebu mcm ni kalau end ...
edayildiz: i terbayang heols mengelupur mcm ayam kena sembelih kot hihi..tapi laki polly ni herlok jah kat mata i..i ingt kopi pekat mcm kat africa itew
ninja9 replied at 10-9-2021 10:47 AM
bangkali salah satu faktor.. ialah kadang perempuan mat salleh atau perempuan ni maukan kepercayaa ...
ADVERTISEMENT