Sebut nama Caprice, pasti ramai terbayangkan gaya percakapan penyanyi rap ini yang bertutur dalam slang bahasa Inggeris ketika berinteraksi dengan pengikut di laman sosial.
Isu ini terus menarik perhatian netizen hinggakan ada yang mempersoalkan cara sebutannya dalam bahasa ibunda yang kedengaran asing tidak seperti orang Melayu. Menerusi Instagram, seorang pengikut bertanyakan mengenai cara pertuturan dan slang yang digunakan dalam perbualan harian. "Dari lahir ke cakap memang slang gitu ya?" soal pengikut. Menjawab pertanyaan itu, Caprice secara berseloroh memberitahu dia sudah terbiasa bertutur dengan cara sebutan berkenaan sejak lahir lagi.
"Tak habis-habis orang tanya pasal slang... ya keluar je dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan... ooo susu! Itulah slang saya. "Saya cuba yang terbaik! Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia (dulu) lagi teruk,” jawabnya ringkas.
|
cmf_premierleag replied at 9-9-2021 10:57 AM
acik2 sume dh tgk ke belum video klip kepris kat fadang fasir??
kemain tantrum x dpt masuk gaza
sk ...
KIM.K replied at 9-9-2021 11:11 AM
Sedap lak lagu erebdd dia.
Elok ko stick dgn lagu arab je la..nampak berjenis sikit
noor90 replied at 9-9-2021 03:34 PM
lagu kopipes...ada bdk twitter bagi link lagu rapper arab... memang sama bunyinya dgn lagu caprice ...
ayukpingu replied at 9-9-2021 04:24 PM
eleh...aku ni dari 5 tahun sampai 46 ni merantau kat luar negara, takde pun slang gaya gitu..elok je ...
ADVERTISEMENT