CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Dowanna Takut Dikecam, Elak Terpalit Gosip Murahan

8-9-2021 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6817| Komen: 22

Bella Dowanna, sepotong nama yang masih hijau dalam industri seni tanah air, namun bakat besarnya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Membelek kisahnya, kanvas kerjaya pemilik nama penuh Qystinna Istajibilla Dowanna Halim itu masih bersih daripada sebarang catatan kontroversi yang menghitamkan namanya.



Foto: IG

Ujarnya yang mesra disapa sebagai Bella, dia memilih untuk mengelak daripada terjebak dalam mana-mana kisah murahan, bimbang mencontengkan arang ke muka sendiri dan keluarga.

Tutur anak kelahiran Ipoh, Perak itu, definisi imej bersih bukan sekadar jauh daripada gosip cinta, bahkan termasuk juga mengelak daripada melakukan sebarang aksi atau tindakan yang membusukkan namanya sendiri.


“Imej bersih bukan hanya dengan elak terpalit gosip cinta murahan tetapi juga cara saya menjaga diri dalam khalayak ramai, termasuk semasa memuat naik sebarang hantaran media sosial.

“Zaman sekarang, memuat naik perkara yang membuatkan orang marah dalam media sosial juga boleh mencalarkan imej sendiri,” kata pelakon filem M4M4 itu.



Mengakui takut untuk berdepan kecaman, Bella lebih memilih untuk sangat berhati-hati ketika dalam apa jua tindakan mengendalikan platform media sosialnya.

“Ya, saya memang ada perasaan takut dikecam. Saya akan sangat berhati-hati dalam setiap hantaran termasuk memilih gambar dan kapsyen yang hendak ditulis.

“Sekarang zaman yang semua benda boleh nampak salah walaupun realitinya perkara tersebut benar,” katanya lagi.



Selain lebih berhati-hati, pelakon yang terkenal dengan watak Laura dalam drama Budak Tebing memberitahu, pendekatan ‘lantaklah’ dengan pandangan orang perlu diletakkan di tangga kedua.

“Perasaan ‘lantaklah’ saya letak di tangga kedua tetapi kadang-kadang terlepas juga rasa geram dalam media sosial.

“Namun realitinya saya memang pentingkan apa yang orang lain akan fikir dan bercakap mengenai hantaran yang bakal dimuat naik,” katanya jujur.



Berbicara tentang soal kerjaya, 2021 boleh dianggap sebagai tahun rezeki buat pelakon yang baru berusia 18 tahun itu.

Bintangnya kian menyinar tahun ini apabila tiga drama lakonannya ditayangkan secara berturut-turut.Bermula dengan Budak Tebing 2, Hatimu Sedingin Salju dan terbaharu, Hawa.

Bersyukur dengan rezeki tersebut, Bella menyifatkan semua yang diraihnya pada tahun ini sebagai pembakar semangat untuk bekerja lebih keras bagi meletakkan namanya sebaris dengan pelakon hebat tanah air lain.



“Syukur alhamdulillah tak sangka pula berturut-turut drama lakonan saya ditayangkan pada tahun ini.

“Rezeki dan tawaran berlakon juga semakin mencurah-curah. Mungkin ini hikmah di sebalik pandemik,” katanya lagi.

Bella juga bersyukur apabila semua watak lakonannya iaitu sebagai Laura (Budak Tebing 2), Syena (Hatimu Sedingin Salju dan Raudhah (Hawa) mendapat respons positif daripada penonton.




“Setakat ini tiada lagi sebarang kecaman yang saya terima mengenai watak yang dijayakan.

“Bahkan saya juga suka dengan semua watak tersebut kerana seperti dekat dengan diri saya dan ramai juga puji lakonan saya,” tuturnya.

Sama seperti anak seni lain, dia juga turut memasang impian untuk muncul dalam mana-mana naskhah siaran platform penstriman terkenal, Netflix.



“Saya nak sangat masuk dan muncul dalam drama atau filem yang ditayangkan eksklusif dalam Netflix. Bukan mudah tetapi saya akan usaha.

“Selain itu, keinginan untuk memegang watak dalam drama atau filem aksi juga tidak pernah padam.

“Saya sukakan aksi lasak dan mencabar fizikal, harapnya ada rezeki saya nanti,” katanya mengakhiri perbualan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 8-9-2021 01:09 PM
Pergh nama ko dik
Quote LadyCarefree 8-9-2021 02:23 PM
Laaaa 18 tahun baru. Macam 28.
Quote dudaberhias 8-9-2021 02:42 PM
LadyCarefree replied at 8-9-2021 02:23 PM
Laaaa 18 tahun baru. Macam 28.

Ya ampun betul ke 18 tahun? Gundunya sheols sejak2 ni dalam budak tebing...

Ingatkan dah umur 38 nak masuk pasca menopos macam vida tu sampai kena mengcekik pamoga hari2 semata2 nak bagi cekpit busuk kembali.

Apa2 pun mujur dia pandai berlakon, sesuai sangat jadi pelakon pembantu.
Quote dudaberhias 8-9-2021 02:46 PM
RatuDunia94 replied at 8-9-2021 01:09 PM
Pergh nama ko dik

Iols tertanya Qistinna tu bunyi sebutan dia macam K ke atau Ghistinna , kena kemut2 dan ketap bibir dan lidah macam permaisuri kokdiang tak habis sekolah mengeja.
Quote LadyCarefree 8-9-2021 05:25 PM
dudaberhias replied at 8-9-2021 01:42 PM
Ya ampun betul ke 18 tahun? Gundunya sheols sejak2 ni dalam budak tebing...

Ingatkan dah umur 3 ...

Ooo pandai eh berlakon. Rajinnya sisduda layan drama.
Quote susukambingbest 8-9-2021 06:18 PM
Kemain nama arobnya. Qystinna - Qistina (keadilan kami). Istajibilla Dowanna - Istajibilah do'a ana (Ya Allah, perkenankn doaku).
Quote nakkomenjugak 8-9-2021 08:12 PM
iol terbaca arowana
sorry dek non
whoisssyuhhhh sangat
tapi kekalkan momentum bersih yach
Quote miszclassique 8-9-2021 08:35 PM
Dia ni sejenis thick ni, takpelah dekk asalkan berbakat
Jangan sailang laki orang ye
Quote supermum 8-9-2021 11:40 PM
Aku suka tengok penampilan dia. Dah biasa tengok artis muda lain selim melim, tetiba dia sorang badan berisi sikit and laku macam refreshing pulak.
Quote awenda507 9-9-2021 12:20 AM
Tertengok dia blkon cite hawa, amboi chubby ye ko dik bella. Tp dia ni blakon ok
Quote anony-mous 9-9-2021 12:38 AM
I suka sheol!! She berlakon best. X lawa mana tp sgt berbakat.
Quote ms.koala 9-9-2021 02:35 AM
Muda lagi tp okay lakonan dia. Yg penting bila ckp xkemut yer dik mcm sorg plakon tu
Quote Rara77 9-9-2021 06:41 AM
Edited by Rara77 at 19-12-2022 05:41 PM

....................
Quote TerataiMelur02 9-9-2021 10:33 AM
susukambingbest replied at 8-9-2021 06:18 PM
Kemain nama arobnya. Qystinna - Qistina (keadilan kami). Istajibilla Dowanna - Istajibilah do'a ana  ...

Mesti mak pak nya mengimpikan sheols bakalan menjadi hafizah dan berbakti pada agama dengan memberi ceramah termasuk d kaca tv.

Quote TerataiMelur02 9-9-2021 10:35 AM
supermum replied at 8-9-2021 11:40 PM
Aku suka tengok penampilan dia. Dah biasa tengok artis muda lain selim melim, tetiba dia sorang bada ...

Tapi dia tak boleh terus membiarkan berat semakin bertambah. Tau je la malaysia ni berbakat macam mana pun kalau ko gemuk. Bakalan tenggelam la.
Quote bottombikini 9-9-2021 10:42 AM
Edited by bottombikini at 9-9-2021 10:43 AM

ooo dak ni ke yg belakon Hawa tu
menyampah iols dia menjaja kisah famili dia kat socmed

nama sampai 3-4 kalimah
hujung2 dowanna je yg digunapakai
Quote TeropongThaico 9-9-2021 11:44 AM
Suka tengok dia ni. Lain dr yg lain.. Bamban sikit tp still cantik. Yg lain tu keping sgt kekdahnya. Lakonan kat dlm BT tu pun nampak natural idok la mcm tembok teman tengok. Tp kot cite kelain teman tak tahu la
Quote cahaya_almas 9-9-2021 11:57 AM
Nama dia..pelik sungguh
Quote kiah_mai_pulak 9-9-2021 11:58 AM
mulut mcm ikan.. terganggu nk tgk kat tv

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.316744 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top