CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai AF Sedih Tak Dapat Masuk Masjid, "Mall Boleh Pulak, Kesian Ramai Pakcik Merayu"

6-9-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6043| Komen: 37

Hajat penyanyi Khai menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila dia tidak dibenarkan masuk ke masjid bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai umat Islam itu.

Lebih membuatkan Khai atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Mohamad, 41, kecewa apabila melihat beberapa lagi jemaah yang lebih berusia turut tidak dibenarkan memasuki masjid kerana had jemaah sudah mencapai kuota yang ditetapkan.


Foto: IG

"Saya berada di sebuah masjid besar di Bangi, Selangor seawal pukul 12 tengah hari tapi tak dibenarkan masuk. Ramai lagi kat luar masjid tu terutamanya pakcik-pakcik yang menunggu.

"Kasihan ada pakcik yang datang merayu, kami semua tak boleh masuk solat walaupun sudah menerima vaksin lengkap.


"Saya tak protes atau marah cuma kecewa dan sedih sahaja sebab sekarang rasa dah macam tak ada beza hari lain dengan hari Jumaat yang mulia ni," kata bekas peserta program Akademik Fantasia musim pertama itu kepada mStar.



Sementara itu, menerusi Instagram suami kepada penyanyi Rosma ini meminta kerajaan membuat semakan semula mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat di masjid.

Kata Khai peraturan sedia ada sudah tidak relevan, lebih-lebih lagi ramai penduduk Lembah Klang sudah melengkapkan dua dos vaksin.



"Berbeza-beza peraturan di masjid sekarang ni. Ada sesiapa cepat boleh masuk dan ada yang kena daftar dulu baru boleh masuk. Ingatkan dah dos kedua boleh masuk macam di pusat beli-belah tapi kenapa masjid masih diperketatkan lagi.

"Had cuma 100 orang sedangkan masjid besar. Tolong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ambil berat isu solat Jumaat ni.

"Seminggu sekali je bukan hari-hari macam di mall. Sedangkan mall pun tak ada had langsung sekarang ni janji dah suntik vaksin.

"Rasanya tempat-tempat lain banyak dah longgar tapi masjid saja masih SOP sama. Rakyat Selangor 80 peratus dan terima dos kedua," ujarnya.




Pada 8 Ogos, kerajaan mengumumkan individu lengkap dos vaksin boleh menunaikan solat di masjid dan surau tertakluk kebenaran pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Kerajaan negeri Selangor membenarkan solat Jumaat dan solat fardhu dilakukan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

Menerusi surat pekeliling dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kehadiran solat Jumaat boleh disertai 50 hingga 100 jemaah sahaja. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 6-9-2021 11:45 AM
Aku ingt Kahi mana td
Quote jalfa 6-9-2021 11:49 AM
Kahi?....tahi....woayus?
Quote ezacbee 6-9-2021 11:49 AM
Cari siapa kahi

Kahi ni ke yg kata cam yusry KRU.
Celah mana tu?

Quote Suchi 6-9-2021 11:56 AM
Anak dia yg pompuan tu muka rosmoh sangat. Muka masa dia mula2 masuk AF tu. Tengok je terus teringat.
Quote LadyCarefree 6-9-2021 01:35 PM
Kenapa gambar ada pakcik motor satu tu je. Mana yg ramai2 kat luar tu?

Diorang ni xfaham mall dengan masjid lain aktivitinya. Atau diorang anggap pergi masjid macam pergi mall?
Quote RatuDunia94 6-9-2021 02:55 PM
Mana lebih hina?
Kluster Mall
Kluster Masjid

Quote dino 6-9-2021 03:02 PM
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:55 PM
Mana lebih hina?
Kluster Mall
Kluster Masjid

mall ruang besar bkn cofined space
masjid ruang terhad.. ni ramai tak faham
mall kite bleh jarakan diri tak berkumpul ramai2

ni skit2 agenda yahudi
Quote innocent_me 6-9-2021 03:16 PM
eh kenapa tak boleh fikir eh?
keadaan di mall n masjid ni sama ke?
kalau di masjid kena duk dekat2, duk sujud walau sejadah sendiri ramai yg bawak balik
kuman cross infection melekat kat sejadah tu.
Duk mall masing2 buat hal masing2 je.
Lagi satu kenapa tak ramai yg suka berjemaah kat rumah dengan anak isteri?
Pahala tak sama ke?
Duk rumah still boleh berjemaah dapat pahala berganda2 sama dengan masjid tapi malassss nak imamkan isteri.
Mall kena buka utk peniaga2 survive.
Quote Lolalala 6-9-2021 03:23 PM
Air ventilation mall lebih bagus dr masjid. Mall x de karpet. Masjid kebanyakan karpet. Yg pergi mall kebanyakan yg muda. Imune system kuat. Yg pergi masjid, byk golongan berumur. Pakai mask pun dekat dagu. Area sini pukul 11 atok ni dah start berkumpul nak tunggu solat jumaat.
Quote makcun14 6-9-2021 03:34 PM
Maintain slim rosma lepas kawin and anak tiga yach,dulu zaman af sheols chubby..geram dengan anak nombor tiga tu ngan rambut curly fries dia soo cute. Untuk tak OT, ko dah kenapa nak pertikai mall bukak haaa so peniaga semua nak bagi anak binik makan apa kalau mall tak bukak, makan pasir ?? Sian anak dapat bapak tak reti pikir rasional
Quote cheezel 6-9-2021 03:47 PM
aku rasa ikut kawasan la atau ikut jabatan agama kawasan tu. masjid area aku dah boleh dgn syarat dah lengkap vaksin
Quote prettyuglybabe 6-9-2021 03:52 PM
bila orang kata retis ni bodoh kau marah..
beza mall dengan masjid pun tak boleh fikir..


Quote cheezel 6-9-2021 03:53 PM
ha see.. dekat artikel tu dah mention ikut pihak berkuasa agama masing2.. so mybe kawasan tu masih redzone ke apa.. sembahyangla kt rumah dlu.. apa yg kalut sgtnya?
Quote dudaberhias 6-9-2021 04:19 PM
Masalahnya masjid tu saja2 nak tutup ke? boleh je kan berjemaah di rumah bersama keluarga, sama jugak darjat pahala dia. Ke di masjid ada extra voucher untuk tebus pahala?
Quote AshkieLa 6-9-2021 04:25 PM
cheezel replied at 6-9-2021 03:53 PM
ha see.. dekat artikel tu dah mention ikut pihak berkuasa agama masing2.. so mybe kawasan tu masih r ...

tulatuh.. bangi area selangor..
sultan jaga bab2 masjid dalam jajahan dia..
dah tak boleh dah ler...

Quote umbut 6-9-2021 05:11 PM
dino replied at 6-9-2021 03:02 PM
mall ruang besar bkn cofined space
masjid ruang terhad.. ni ramai tak faham
mall kite bleh jarak ...

Kann... Yg pung pang bising sibuk masjid tak bukak.. Dah bukak nanti bukan ko pergi masjid pun.. Asal boleh kecam. Sibuk dajal yahudi akhir zaman. Pakcik aku meninggal covid sebab gi terawikh kat masjid. Satu rumah jangkit. Dah govn kata masuk masjid 2 dos yg antifaksin bising kata govn setan.. Hanattt
Quote asfaz 6-9-2021 06:05 PM
Nampak lenggang aje. Dah vaksin 2dos Tak semestinya kau kebal dari jangkitan. Bangi kat SELANGOR, Selangor masih red zone kot.  Lain la kau kat Perlis.
Mall takde dekat2 sebolehnya berjarak lebih 1m .
Quote nakkomenjugak 6-9-2021 08:18 PM
wahhh besar dah hanak2 deyol
Quote cha-cha 6-9-2021 08:46 PM
Asyik2 lah ulang soalan sama (mall vs masjid), walaupun dah berkali kali org explain. Penat lah. Sabar lah dulu setahun dua pun..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046651 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top