CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Mengongoi Sedih Idea Tudung Magnetik Diciplak, Boleh Agak Siapa Yang Tiru?

5-9-2021 05:12 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 20449| Komen: 45|Original author: Oleh: LilRose

Kredit foto: IG


"Baru sebut 'Dia' dah tahu siapa gerangan yang tiru idea tudung daripada orang lain."

Ramai warganet di Twitter mahupun TikTok kini panas hati dengan seorang usahawan yang menciplak idea rekaan tudung bawal magnetik daripada pengasas The Jasmine.



Menerusi TikToknya semalam, Yus Fariq atau Abe Yus memuat naik video luahannya yang mengongoi kesedihan apabila 'syarikat gah' berkenaan meniru ideanya.

"Berhenti tiru idea perniagaan kecil," tulisnya.



Ramai mendakwa Nikaia Magnetic Hijab daripada Lilit woman iaitu jenama dari kumpulan FashionValet yang diasaskan Vivy Yusof meniru idea rekaan tudung magnetik Abe Yus. 


Kredit foto: IG


Pun begitu, ramai menempelak Abe Yus tiada gunanya 'meroyan' apabila idea diciplak jika ia tidak dipatenkan.

Namun, ramai warga maya menjelaskan bahawa tidak mudah melakukannya kerana tidak semua peniaga atau perusahaan kecil berkemampuan.


Kredit foto: TikTok



Kredit foto: Twitter

Betul ke Vivy yang dimaksudkan tu? Kita tunggu kenyataan daripada dia kalau betul. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 5-9-2021 05:23 PM
nanti smua kna saman sapa sebut nma "dia"
Quote Daftpunk_shine 5-9-2021 05:23 PM
Kuat ka magnet ni? Aku pakai kerongsang ja. Tu pun menguap sekali, terpelanting kerongsang aku atas meja.
Quote LadyCarefree 5-9-2021 05:23 PM
Nangis dah kenapa? Inilah dunia realiti. Even yg paten pun boleh ditiru.
Quote LadyCarefree 5-9-2021 05:27 PM
LadyCarefree: Nangis dah kenapa? Inilah dunia realiti. Even yg paten pun boleh ditiru.



Btw idea guna magnet ni bukan ori. Kat alibaba dah lama jual pin tudung takde pin tp guna magnet. Cumanya mamat ni jahit kat tudung benda magnet tu.
Quote missyL 5-9-2021 05:30 PM
Kesian.. Tp nk lawan company kayangan mmg xleh menang.
Bkn first time die wat cmnie.
Mcm mmg x nk stop je cedok idea org..
Creative team die x ckup creative ke
Quote kakakpositifker 5-9-2021 05:48 PM
Daftpunk_shine: Kuat ka magnet ni? Aku pakai kerongsang ja. Tu pun menguap sekali, terpelanting kerongsang aku atas meja.

Hahahahahahhahaha mengunyah pun terbuka. Sakit hati. Salah satu sbb nya akak punya double chin kenot mengalah
Quote Eva_yy_Ellin 5-9-2021 05:50 PM
LadyCarefree replied at 5-9-2021 05:27 PM
Btw idea guna magnet ni bukan ori. Kat alibaba dah lama jual pin tudung takde pin tp guna magn ...

Yup, pernah nampak bertahun dulu ada pin magnetic ni jual dekat Ariani.
Nak beli tapi mahal la pula untuk benda sekecik tu. Baik beli pin betul, dapat berdozen.
Tapi sekarang banyak jual dekat shoppee, murah
Quote Fortiori02 5-9-2021 06:45 PM
Abe yus dah daftar ke lom patent tu... Kalo lom, takut ada pihak lain yg dah daftar lebih dulu so kalo pihak tu keluarkan produk gini, nak salahkan dia pun xleh.

Bincang la helok2 ya.
Quote airmineral 5-9-2021 06:46 PM
mcmn la perasaan amik untung atas usah orang lain
xkisah la patenkan atau x.. klau meniru dalam sedar, bertaubatlah
Quote spicygirl3 5-9-2021 06:50 PM
Boleh saman ke kalau takde copyright? Sian budak ni
Quote Orix 5-9-2021 07:13 PM
Nonsense….. tak payah meniaga dekk kalo benda kecik mcm ni da merempan
Quote azahan 5-9-2021 07:29 PM
Daftpunk_shine: Kuat ka magnet ni? Aku pakai kerongsang ja. Tu pun menguap sekali, terpelanting kerongsang aku atas meja.

  

Sama la kita. Gelabah cari balik mana pin tu jatuh{:run
Quote capwayang 5-9-2021 07:39 PM
Idea, concept and function tak boleh dipatentkan. Fullstop!
Quote iena_jr 5-9-2021 07:42 PM
Magnetic pin bukan dah lama ada? Tapi tak ditudungkan sekali. Ni built in dengan tudung sekalj
Quote kivio 5-9-2021 07:51 PM
Lagi aku xleh brain, kita kalau nak menangis, boleh ke eh standby camera siap2, baru nangis?
Macam ai kalau nak nangis, first thing terpikir takdela cari kamera
Quote pooh~key 5-9-2021 07:56 PM
Kau terlebih dos makjun ke dekkkkk, sampai nangis gitu gaya depan camera dekkkk? Akak syak kau pondan kesepian dek….
Quote kitmal9545 5-9-2021 08:35 PM
nasibla tak paten..orang lain pun kena juga tapi tak lah nangis dalam media sosial
Quote Adrif 5-9-2021 08:37 PM
kivio replied at 5-9-2021 07:51 PM
Lagi aku xleh brain, kita kalau nak menangis, boleh ke eh standby camera siap2, baru nangis?
Macam  ...

terfikir benda sama gak. tapi di zaman media social ni, entoh lerr

aku kalau nak menangis, emo tak tentu, phone dah baling atas bantal dulu,
pastu terduduk melutut atas lantai jap. sebab mak kata, kalau tak dapat control emosi, duduk, jangan berdiri

kalau duduk pun tak tenang, mak kata baring
peh tu aku pun nangis sambil guling atas lantai, hatta umur dah berdekad
tiba2 tertido. bangun2 tido hati dah tenang. pastu masuk dapur cari cikedis. haaa hilang emo
Quote kitmal9545 5-9-2021 08:40 PM
sorry lah ..tak paten dah takleh buat apa ( idea ni pun ada yang dah buat)....semua dah kena ..tapi kau over meraung depan kamera dalam media social

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.157904 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top