CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Pemandu Kereta Mewah Tayang Skil Berlumba Lawan Arus

5-9-2021 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4146| Komen: 14

Empat lelaki ditahan pada awal pagi Ahad kerana menguji kelajuan kereta mewah berhampiran kawasan Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, mereka ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan bermula jam 10 malam Sabtu dan tamat sekitar jam 4.45 pagi Ahad.




"Pada jam 11.20 malam, pasukan tangkapan berada di Lebuhraya Kesas arah Klang terlihat dengan jelas dua buah kereta Nissan R35 keluar dari kawasan rehat dan rawat (RNR) Awan Besar secara melawan arus dan memberhentikan kereta secara selari.

"Dua kereta itu terus memecut laju bermula dari kilometer (km) 47.8 sehingga km 47.7 kemudian melawan arus di susur RNR menghala semula ke km 47.8. Mereka melakukan aksi sama sebanyak tiga pusingan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Nadzri berkata, sekitar jam 11.50 malam, dua lagi kereta jenis BMW M6 dan Mercedes Benz A14 pula mengulangi perbuatan sama sebanyak dua pusingan.


"Sekitar jam 12.30 tengah malam, kesemua suspek berusia 24 hingga 34 tahun itu berhenti di kawasan parkir RNR Awan Besar arah Klang dan pasukan tangkapan memperkenalkan diri sambil menunjukkan kad kuasa polis sebelum membuat tangkapan," katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-9-2021 02:43 PM
Tadi jes Myvi ni kereta mewah pulak maklum kadang jalanraya agak lengang nak2 belah malam ramai ambil kesempatan nak berlumba
Quote Rara77 5-9-2021 03:38 PM
Edited by Rara77 at 20-1-2022 09:18 AM

deleted deleted
Quote Fortiori02 5-9-2021 03:46 PM
Membahayakan nyawa pengguna jalanraya yg lain semata2 sbb nak penuhi keseronokan ko.. org gini patut kena dakwa
Quote LadyCarefree 5-9-2021 03:49 PM
Jangan setakat denda. Sita kereta. Jail time setahun minima.
Quote noor2 5-9-2021 04:40 PM
Geng MLM ke ni.....
Quote pxlbb 5-9-2021 06:01 PM
Jailtime je nak bagi pengajaran. Ongkaye apa ada hal nak bayar saman. Saman pun boleh kawtim kalau ada kabel. Then ban lesen seumur hidup. Bazir oksigen hidup dgn spesies mcm ni.
Quote merrissa 5-9-2021 07:05 PM
mati putus kepala baru nak sedar kot....tapi dah terlambat time tu
Quote b_n_c 5-9-2021 08:23 PM
klu korang ni rasa dah puas hidup, jgn igt org lain pun sama!!!!!!!!!!!!

x pk org ke..
Quote kitmal9545 5-9-2021 08:42 PM
wow kaya dan mampu..........................rakyat malaysia masih kaya
Quote nakkomenjugak 5-9-2021 08:56 PM
revoke license.
ughhh
kalau mati, ingat boleh spawn kat hospital macam gta? ugh
Quote Reira77 7-9-2021 11:20 AM
Bangang jenis apa ni. Kot kau langgar orang yg innocent atas jalan sampai org tu mati. Elok tarik je lesen depa pastu biar mereput dlm penjara. Menyusahkan org. Kau igt life outside tu mcm fast n furious ke.
Quote batu kikir 7-9-2021 11:26 AM
Edited by batu kikir at 7-9-2021 11:28 AM
LadyCarefree replied at 5-9-2021 03:49 PM
Jangan setakat denda. Sita kereta. Jail time setahun minima.

Sangat setuju.

1. Sita kereta (tiada kompromi)
2. Denda tidak kurang RM 1 juta
3. Penjara tidak kurang 5 tahun.4. Sebatan 5 kali.

Pelaku semua ini anak haram. Bukan manusia biasa.

Quote raxief 7-9-2021 02:21 PM
babi.. kalau terlanggar org lain, org lain plak mati biasanya lah
Quote nononcrux 7-9-2021 03:22 PM
LadyCarefree replied at 5-9-2021 03:49 PM
Jangan setakat denda. Sita kereta. Jail time setahun minima.

gantung lesen

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.047903 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top