View: 2424|Reply: 14
|
Empat Pemandu Kereta Mewah Tayang Skil Berlumba Lawan Arus
[Copy link]
|
|
Empat lelaki ditahan pada awal pagi Ahad kerana menguji kelajuan kereta mewah berhampiran kawasan Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam (Kesas).
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, mereka ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan bermula jam 10 malam Sabtu dan tamat sekitar jam 4.45 pagi Ahad.
"ada jam 11.20 malam, pasukan tangkapan berada di Lebuhraya Kesas arah Klang terlihat dengan jelas dua buah kereta Nissan R35 keluar dari kawasan rehat dan rawat (RNR) Awan Besar secara melawan arus dan memberhentikan kereta secara selari.
"Dua kereta itu terus memecut laju bermula dari kilometer (km) 47.8 sehingga km 47.7 kemudian melawan arus di susur RNR menghala semula ke km 47.8. Mereka melakukan aksi sama sebanyak tiga pusingan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Nadzri berkata, sekitar jam 11.50 malam, dua lagi kereta jenis BMW M6 dan Mercedes Benz A14 pula mengulangi perbuatan sama sebanyak dua pusingan.
"Sekitar jam 12.30 tengah malam, kesemua suspek berusia 24 hingga 34 tahun itu berhenti di kawasan parkir RNR Awan Besar arah Klang dan pasukan tangkapan memperkenalkan diri sambil menunjukkan kad kuasa polis sebelum membuat tangkapan," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi jes Myvi ni kereta mewah pulak maklum kadang jalanraya agak lengang nak2 belah malam ramai ambil kesempatan nak berlumba |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Rara77 at 20-1-2022 09:18 AM
deleted deleted |
|
|
|
|
|
|
|
Membahayakan nyawa pengguna jalanraya yg lain semata2 sbb nak penuhi keseronokan ko.. org gini patut kena dakwa |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan setakat denda. Sita kereta. Jail time setahun minima. |
|
|
|
|
|
|
|
Jailtime je nak bagi pengajaran. Ongkaye apa ada hal nak bayar saman. Saman pun boleh kawtim kalau ada kabel. Then ban lesen seumur hidup. Bazir oksigen hidup dgn spesies mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mati putus kepala baru nak sedar kot....tapi dah terlambat time tu |
|
|
|
|
|
|
|
klu korang ni rasa dah puas hidup, jgn igt org lain pun sama!!!!!!!!!!!!
x pk org ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow kaya dan mampu..........................rakyat malaysia masih kaya |
|
|
|
|
|
|
|
revoke license.
ughhh
kalau mati, ingat boleh spawn kat hospital macam gta? ugh |
|
|
|
|
|
|
|
Bangang jenis apa ni. Kot kau langgar orang yg innocent atas jalan sampai org tu mati. Elok tarik je lesen depa pastu biar mereput dlm penjara. Menyusahkan org. Kau igt life outside tu mcm fast n furious ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by batu kikir at 7-9-2021 11:28 AM
Sangat setuju.
1. Sita kereta (tiada kompromi)
2. Denda tidak kurang RM 1 juta
3. Penjara tidak kurang 5 tahun.4. Sebatan 5 kali.
Pelaku semua ini anak haram. Bukan manusia biasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
babi.. kalau terlanggar org lain, org lain plak mati biasanya lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|