Seorang pesakit wanita menjerit ketakutan apabila dihampiri ‘lembaga serba putih’ di dalam wad sebuah hospital sehingga mengejutkan pesakit lain yang sedang lena tidur. Bagaimanapun, ketakutan wanita itu segera ditenangkan lembaga berkenaan yang sebenarnya merupakan petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) dengan dibantu dua lagi rakan sekerjanya. Menerusi satu klip video berdurasi 38 saat yang dimuat naik Idro Nafiz di Facebook, kelihatan pesakit berkenaan dipercayai sedang tidur di atas katil sebelum dihampiri petugas kesihatan yang mahu melakukan pemeriksaan. Sebaik dihampiri, pesakit berkenaan yang terkejut terus berteriak mengakibatkan pesakit di katil sebelah terjaga daripada tidur dan terpinga-pinga, malah petugas kesihatan berkenaan juga dilihat berusaha menenangkannya.
Loading FB Post... Klip video berkenaan yang kini tular di platform media sosial mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menyifatkannya sebagai tragedi seram melucukan serta sedikit sebanyak dapat menghiburkan petugas barusan hadapan yang terlibat. Kasihan pada pesakit lain yang lena tidur tersentak dengar orang menjerit. Sumber: K! ONLINE
|
imransulaiman: Edited by imransulaiman at 4-9-2021 04:53 PM Kawan send tengah malam tadi.. Ingatkan video seram! Pagi baru aku play Aku gelak lepas nampak ...
sambaldurian replied at 4-9-2021 06:30 PM
kt Malaysia ke , apsal ak bunyi mcm ckp vietnam, bunyi khmer je.
LadyCarefree replied at 4-9-2021 05:40 PM
Lawak tapi boleh ke spital sebar cctv camni? Xbaik ah. Pastu makcik sebelah tu xpakai tudung kotlah ...
che-cikL replied at 4-9-2021 10:10 PM
Makcik ke tu? Iols heran ingatkan apek. Heran pulak lelaki perempuan sebilik.
ADVERTISEMENT