CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Berhenti Tuding Jari, Saya Yang Bertanggungjawab' - Jurulatih Ziyad

4-9-2021 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5473| Komen: 33

Jurulatih atlet paralimpik negara, Faizol Harun mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku terhadap anak didiknya, Muhammad Ziyad Zolkefli yang terlepas pingat emas bagi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).



Kredit foto: FMT

Beliau meminta tiada lagi pihak menunding jari kepada sesiapa atas apa yang berlaku pada Selasa lalu.

“Saya mohon bagi pihak yang mencari siapa yang bersalah dan tidak, saya selaku jurulatih kepada Ziyad dan dekat dengannya.

“Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku serta meminta jangan menuding jari kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat. 

Tambah Faizol, mereka mendakwa tiba di pintu memasuki bilik menunggu tepat pada pukul 5.55 iaitu waktu panggilan tetapi tidak dibenarkan masuk sebelum membuat rayuan dan dibenarkan ketua pengadil.



Kredit foto: Utusan

Selain Ziyad, pemenang pingat perak sukan boccia, Chew Wei Lun turut disambut dengan meriah. 

Selain disambut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dua bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut hadir menyambut kepulangan wira-wira Paralimpik negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Wei Lun dan Muhammad Ziyad antara lapan anggota kumpulan Kontinjen Malaysia termasuk tiga atlet daripada sukan para renang, para olahraga dan boccia tiba di sini, pada 5.09 petang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH0071.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-9-2021 05:26 PM
Sebab 1 emas je, mcm tergadai negara
Quote bakingsoda 4-9-2021 05:37 PM
imbuhan ziyad mcmn? performance world class tapi emas ditarik balik sbb silap orang lain kot
Quote LadyCarefree 4-9-2021 06:08 PM
Varian lambda says hello malaysia!
Quote umbut 4-9-2021 07:34 PM
Dah memang ko salah. Takkan tak tau rules sana. Nak salahkan sapa lagi.ko lahhh
Quote eLiaD 4-9-2021 07:49 PM
Edited by eLiaD at 4-9-2021 07:50 PM

nk play victim plop mmg cm she buy n ptut kne maki
RiP
Quote 3chanceno 4-9-2021 07:57 PM
Bagus kalau ada sikap bertanggungjawap & professional dlm hal ini..tunggu penjelasan seterusnya dari jurulatih atau kalau ada siasatan untuk perkara ini.
Quote kitmal9545 4-9-2021 08:11 PM
ada post mortem ke atau...........dia ni scape goat?
Quote Catpaw 4-9-2021 08:34 PM
Jurulatih pulak ngaku salah, so kena diam la ni. Mana yg mengurus mana? Jurulatih pulak kena urus ye?
Quote rosmahisham 4-9-2021 09:21 PM
Derang dpt g jepun igt nk bercuti mkn angin kot pegawai2 ni.alasan bodoh2 je x phm announcement dlm bahasa jepun bagai..patut dlm grup tu cari la yg blh berbagasa jepun!
Quote Normabaru 4-9-2021 09:51 PM
Dah nk tgjawab..harap tlg la byr sejuta 20k tu..takat tgjawab tp nothing buat ape.taguna punya coach.pfffttt..
Quote Normabaru 4-9-2021 09:52 PM
LadyCarefree: Varian lambda says hello malaysia!

Welcome lambda..wheres ur kezen MU?
Quote Carcosa 4-9-2021 09:56 PM
Dah terbiasa dgn janji telur tembelang lah ni.
Kat Malaysia boleh lah kau. Kat Jepun, mendapat lah. Diorang seminit pun lambat, ada yg smp kena buang kerje, ada yg depress smp berenti kerje.
Habis kau? Dkt Malaysia, otw otw je kerjanya. Janji kat mamak pun kau boleh putar2. Semoga kau rasa bersalah smp kau mampos
Quote ChildrenOfBodom 4-9-2021 10:03 PM
Kau ni mesti jenis melayu bangsat, janji pukul 2:00 petang tapi 2:30 baru keluar rumah dan kata on the way
Quote Fortiori02 4-9-2021 10:17 PM
Walaupun jurulatih dah ngaku, seeloknya siasatan msh kena buat spy apa2 kekurangan, bolehlah dikenalpasti & ditambah baik.
Quote tripleid 4-9-2021 10:21 PM
Dunia tak pandang pun pingat paralimpik ni dekk..x payah lah nak menggelupor mcm hilang pingat mas 100meter olimpik pulekk
Quote Decaffeinated 4-9-2021 10:25 PM
selamat duit tax payer RM1 juta

Quote nakkomenjugak 5-9-2021 12:11 AM
Salah ko. Live and deal with it.
Moga lebih aware
Semuaaaaa dalam team tu kena aware
Quote Catpaw 5-9-2021 12:27 AM

Berapa orang yang mengurus Ziyad ni?

Jurulatih skop tugas lain, pengurus lain.

Pengurus main nyorok belakang jurulatih ke?  Konon2 selamatla jurulatih dah ngaku masing2 memaafin sebab coach ziyad?
Quote Kurex 5-9-2021 10:12 AM
ChildrenOfBodom replied at 4-9-2021 10:03 PM
Kau ni mesti jenis melayu bangsat, janji pukul 2:00 petang tapi 2:30 baru keluar rumah dan kata on t ...

Kawan aku dia yg janji pukul 2, pukul 3 tak siap2 lagi

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069301 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top