CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Selling, Bukan Ceiling" - Tunjuk Pandai Ajar KJ Konon, Akhirnya Malu Sendiri

4-9-2021 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24360| Komen: 275

Kecoh di laman sosial ekoran cubaan ‘tunjuk pandai’ beberapa warganet yang akhirnya memakan diri.

Ia berikutan ciapan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam bahasa Inggeris pada Khamis lalu melalui akaun Twitter yang mengesahkan penetapan harga siling kit ujian untuk Covid-19.


Bagaimanapun,ejaan ‘ceiling’ yang bermaksud siling dalam ciapan itu diperbetulkan pula oleh dua netizen kononnya sebagai salah dengan mereka pula mengeja sebagai ‘selling’ yang bermaksud jualan.



Silap faham ejaan oleh dua warganet ini bagaimanapun mengundang kritikan ramai pengguna media sosial sebagai bahan jenaka sindiran kerana apa yang dieja Khairy itu memang sahih.

Ini menyaksikan ramai menyindir dan mengejek hantaran pembetulan ejaan oleh dua netizen itu yang mungkin hendak ‘mengajar’ Khairy, sedangkan mereka sendiri tersalah mengeja.

Tidak ketinggalan ‘memanaskan’ situasi itu, laman sosial rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tampil menjelaskan maksud sebenar harga siling atau juga disebut harga bumbung.




Menerusi hantaran tersebut, agensi itu memaklumkan bahawa frasa tersebut bererti harga barang atau perkhidmatan yang paling tinggi boleh dikenakan penjual kepada pembeli.

“Harga paling maksimum ini ditetapkan pihak berkuasa untuk mengawal harga produk tertentu seperti beras atau gula, dan juga perkhidmatan tertentu seperti tol,” jelas DBP lagi.

Hantaran berbentuk infografik itu yang bersumberkan dari Kamus Dewan Perdana terbitan DBP tahun lalu, turut menerima reaksi luar biasa warganet dengan dikongsi lebih 1,000 kali.

Malah, ia meraih sejumlah hampir 4,000 tanda suka selain lebih 300 komen netizen selepas lima jam dimuat naik oleh agensi berkenaan lewat malam tadi melalui slot Perkataan Hari Ini.

“Bagus DBP buat macam ni. Tidak adalah orang buat ‘palatao’, sekurangnya cakap biarlah berlandaskan ilmu, baru lahir generasi yang terbilang,” kata netizen Muhammad Nor Arifuddin. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lo_la 4-9-2021 02:58 PM
Kondifen kau dik.
Twitterian mmg camni eh?
Quote upper_case 4-9-2021 03:01 PM
Ok la tu harga ceiling tu.. tapi kalau dpt lg murah lagi bagus.. yes, ceiling & floor..
Quote caca_eric 4-9-2021 03:03 PM
Kesian budak zaman skrg
Harga siling pun tak penah dgr
Quote edayildiz 4-9-2021 03:04 PM
bukan yg viral smlm yg dia siap explain kt kj pjg lebar keninlain khenzz
xmenyempat..bodohnya la masa study dulu korg xpernah ke jmpa perkataan ceiling price
Quote Skuau 4-9-2021 03:06 PM
caca_eric replied at 4-9-2021 03:03 PM
Kesian budak zaman skrg
Harga siling pun tak penah dgr

haha..kang depa ingt harga siling rumah plak.
Quote MsOren 4-9-2021 03:07 PM
Mungkin tak faham kut harga ceiling tu apa atau tak penah dengarr sbb tu dia ingat sepatutnya harga selling/jualan. Takpelah tak perlu lah hentam sangatt maybe budak2 muda jgn tekan sgttt budakk2 tu sampaii tekanan pulakk. At least dia confident tegur menteri lol n dia pun dpt belajarrr perkataan baru yg dia tak tahu.
Quote namr 4-9-2021 03:09 PM
Hahaha..ko tak pernah tahu harga siling, harga lantai ke
Quote tumpanglalu74 4-9-2021 03:13 PM
Ini musti ummah "that's mean" ney..
Quote Skuau 4-9-2021 03:16 PM
MsOren replied at 4-9-2021 03:07 PM
Mungkin tak faham kut harga ceiling tu apa atau tak penah dengarr sbb tu dia ingat sepatutnya harga  ...

anggap jer depa kelas sains,sastera...x amik subjek ekonomi,perdagangan,perniagaan,perakaunan.
Quote tumpanglalu74 4-9-2021 03:18 PM
Edited by tumpanglalu74 at 4-9-2021 03:20 PM
tumpanglalu74 replied at 4-9-2021 03:13 PM
Ini musti ummah "that's mean" ney..


Konfem ade yang gugel karang pulak.

Hello ummah "that's mean".  Kalo kome gugel memang jumpe.  Tapi maksud lain.  Maksudnye "eeee.. kejamnye".

Usah ade yang skrinshot pulak boh sini kata wuzud di Google ya.  Memang wuzud, maksud pon jauh bersimpang lainnye..

Cube urut2 lidah tu sebut begini ye: that means
Quote lo_la 4-9-2021 03:22 PM
Edited by lo_la at 4-9-2021 03:23 PM
tumpanglalu74 replied at 4-9-2021 03:13 PM
Ini musti ummah "that's mean" ney..


Hahaha!
Tapi kalau nak kecam a bully,  betul tu sis lol
Quote caca_eric 4-9-2021 03:22 PM
MsOren replied at 4-9-2021 03:07 PM
Mungkin tak faham kut harga ceiling tu apa atau tak penah dengarr sbb tu dia ingat sepatutnya harga  ...

Tp kita dulu rajin dengar berita tv..
Masa sekolah mmg dah tau harga siling tu apa..
Quote orkidorkido 4-9-2021 03:23 PM
Hahaha maluuuuu
Quote naina 4-9-2021 03:24 PM
Hahaha. Budakk2 Twitter ni memang la..over sentiasa. Mujur aku xde Twitter lepas jadi mak orang. Dah berkuburan tak ingat paswrd
Quote edayildiz 4-9-2021 03:24 PM
Skuau replied at 4-9-2021 03:16 PM
anggap jer depa kelas sains,sastera...x amik subjek ekonomi,perdagangan,perniagaan,perakaunan.

dlm subjek lain takde eh? sbb i amik accounting dulu..so familiar la jugek..tp xingt subjek apa..management or eko kot yg kena kira ceiling price huhu
Quote imanjannah 4-9-2021 03:26 PM
nyorok dalam lemari la ko dik
Quote Xim 4-9-2021 03:29 PM
Tebal plak muka dia tu acah2 mcm dia bgurau.....maklumlah ramai retweet and like rasa syg plak nak delete tweet....
Quote Xim 4-9-2021 03:30 PM
edayildiz replied at 4-9-2021 03:24 PM
dlm subjek lain takde eh? sbb i amik accounting dulu..so familiar la jugek..tp xingt subjek apa..m ...

Subjek Microeconomics tu....huhu....
Quote edayildiz 4-9-2021 03:32 PM
Xim replied at 4-9-2021 03:30 PM
Subjek Microeconomics tu....huhu....

ohh ye la..tq xim..i dok ingt..maklumlah subjek tu awal2 sem gitu khenzz

Lihat semua komen(275)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052529 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top