CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sungai Furat Dilapor Semakin Mengering Sejak Lapan Bulan Lalu, Penduduk Bimbang

3-9-2021 11:43 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 35746| Komen: 191


SYRIA - Sungai Furat adalah sebuah sungai paling lama dan terpenting dalam sejarah Asia Barat. Bersama dengan Tigris, ia adalah salah satu dari sungai Mesopotamia, tamadun terawal yang lahir di dunia - “ kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran.

Sungai Furat atau lebih dikenali dengan nama Eupharates turut memiliki nama lain dalam bahasa Arab, iaitu al-Fural, bermaksud air paling segar. Namun sejak beberapa tahun ini, paras air sungai ini semakin menurun dengan mendadak.

Terkini, kumpulan bantuan dan jurutera dilaporkan telah memberi amaran mengenai ancaman bencana kemanusiaan di timur laut Syria setelah Sungai Furat (Euphrates) dilihat semakin kering, lapor Siakap Keli.


Menurut Florida News Times, keadaan yang berlaku di sungai terpanjang Syria itu memberi kesan yang buruk terhadap sumber pendapatan penduduk di mana air dari sungai itu tidak lagi mengalir ke kebun-kebun mereka.

Kredit foto : Florida News Times


Seorang petani yang berusia 50 tahun, Khaled al-Khamees mengatakan bahawa dia merasakan seolah-olah berada di padang pasar.

"Kami berfikir untuk meninggalkan kawasan ini kerana tiada lagi air yang tersisa untuk diminum atau mengairi tanaman," katanya.

Penurunan paras air di empangan hidroelektrik sejak Januari juga 'mengancam' pemotongan bekalan air dan elektrik yang membabitkan sehingga lima juta orang. Ditambah dengan pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi, ia amat membimbangkan.

Khaled yang juga merupakan bapa kepada 12 orang anak mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat sungai begitu jauh dari kampungnya sejak beberapa dekad yang lalu.

"Golongan wanita perlu berjalan sejauh tujuh kilometer hanya untuk mendapatkan sebaldi air untuk diminum oleh anak-anak mereka," katanya.

Kredit foto : Florida News Times


Sungai Furat 'terhampar' sejauh hampir 2,800 kilometer melintasi Turki, Syria dan Iraq.

Ketika musim hujan, air yang mengalir memasuki Syria utara melalui sempadan Turki dan negara yang dilanda perang menuju ke Iraq.

Ia mengalir melalui tiga empangan hidroelektrik yang memberi tenaga dan air minuman kepada berjuta-juta orang.

Kredit foto : Florida News Times

Tetapi sejak lapan bulan lalu, sungai tersebut menyusut dan meningkatkan risiko turbin empangan terhenti.

Di Empangan Tishrin pula, berlaku juga penurunan paras air yang membimbangkan yang tidak dapat dilihat sejak empangan itu disiapkan pada tahun 1999.

Kredit foto : Florida News Times

Gambar yang dikongsikan oleh Agensi Angkasa Eropah telah memaparkan dua gambar satelit yang dirakam pada 5 Mei 2020 dan 7 Mei 2021 yang memperlihatkan penurunan paras air di empangan Tishrin, Syria.


Dalam satu laporan beberapa tahun lalu, Environment Protection Agency (E.P.A) menjangkakan Sungai Furat akan kering menjelang tahun 2025. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pengecatbintang 4-9-2021 12:06 AM
Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’.”

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Quote cmf_premierleag 4-9-2021 12:12 AM
kan tanda2 kiamat semakin dekat sungai eufrat semakin kering
ni sungai yg sama ke? eufrat @ furat
Quote cmf_ctrl 4-9-2021 12:15 AM

semakin hampir..akan timbulnya gunung emas yg buat manusia berbunuh seperti dalam hadis. Allahuakhbar...
Quote edayildiz 4-9-2021 12:22 AM
takutnya..tp i ada baca jgk ada org ckp sbb turki bina empangan kt situ
Quote FOTHER-MUCKER 4-9-2021 12:24 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-9-2021 08:29 AM
pengecatbintang replied at 3-9-2021 08:06 AM
Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai  ...

Kena tipu oleh bangsa arab sahaja lah, kekononya sabda nabi muhaamad. itu semua di ambil dari bible je.
Ko orang sendiri pun percaya bangsa arab satu bangsa penipu..kurang ajar kan?

Euphrates in the Bible
[size=12.699999809265137px]A river named Euphrates is one of the four rivers that flow from the Garden of Eden according to Genesis 2:14. It is the fourth river, after the Pishon, the Gihon, and the Tigris, to form from the river flowing out of the garden. The river of the same name marked one of the boundaries of the land promised by God to Abraham and his descendants (Isaac, Jacob, etc). In the Hebrew Bible, it is often referred to simply as "The River" (ha-nahar).
[size=12.699999809265137px]The word Euphrates is a translation for the word "Gush forth" or "break forth". It has always been assumed to mean "river" but this is not explicitly stated. It literally means "breaking forth of liquid". The river Euphrates was named from this root word, "To gush forth".
In the Book of Revelation, it is prophesied that in the " near future the Potamos Euphrates or "breaking forth like water" of the middle east will dry up in preparation for the Battle of Armageddon.


Quote sarah82 4-9-2021 12:34 AM
Tgk tasik yg kat israel tu.. Mengering ka x lagi? Last time aku baca.. Depa estimate dlm 50 tahun lagi
Quote mbhcsf 4-9-2021 12:43 AM
sarah82 replied at 4-9-2021 12:34 AM
Tgk tasik yg kat israel tu.. Mengering ka x lagi? Last time aku baca.. Depa estimate dlm 50 tahun la ...

tasik galilee

buku yg ditulis oleh seorang sufi i think imran s hoessin ade cerita ttg ni.


Quote mbhcsf 4-9-2021 12:48 AM
Sungai Furat and Dajlah
sungai Nile

ada  4 Sungai  Syurga

Nile , Furat  Seihan Jeihan.
Quote sarah82 4-9-2021 12:51 AM
mbhcsf replied at 4-9-2021 12:43 AM
tasik galilee

buku yg ditulis oleh seorang sufi i think imran s hoessin ade cerita ttg ni.

Rasanya 10 tahun lepas.. Saintis yahudi ada sebut ttg kebimbangan tasik Galilee tu kering.. Sebenarnya.. Permulaan utk pengakhiran dah bermula.. Tinggal masa ja la..
Quote pengecatbintang 4-9-2021 01:12 AM
Edited by pengecatbintang at 4-9-2021 01:21 AM
FOTHER-MUCKER replied at 4-9-2021 12:24 AM
Kena tipu oleh bangsa arab sahaja lah, kekononya sabda nabi muhaamad. itu semua di ambil dari bibl ...

hadis tu ada bgtau gunung emas...

OK aku cerita apa plan Zionist pasal emas...

ikut turutan :

1. Financial Panic (mgkn start antara early Okt to late 2021 ni)

2. Solution kpd Financial Panic adalah Global Monetary Reset - GCR (2022) iaitu beberapa matawang utama dunia (USD, Eoro, Yuan, Ruble) 40% gold backed.  Matawang lain lain backed by komoditi n GDP masing2 negara

3. Global High Inflation (start late 2022 or early 2023)

4. Global Hyperinflation (2024 - 2025)

5. Second GCR 2025/2026  - semua gold negara2 G20 disimpan di private vault Banjaran Alps Swiss

aku berpendapat yg pegang gold di Swiss khianat dan Sistem Matawang dunia collapsed semula. dan Isreal akan ada banyak emas masa ni. Sapa ada gold, dia control dunia..

so, bila muncul gunung emas di Sg Furat.. semua orang berebut pi sana. Nisbah dari 100, 99 mati

kmdian akan berlaku Armageddon yg pada pendapat aku World War 3..

aku suspect Armageddon tu spt hadith di bawah

“Kamu sekalian akan berdamai dengan orang-orang Rom dengan perdamaian yang sentosa dan kamu bersama mereka akan mengalahkan musuh yang ada di belakang mereka, lalu kamu selamat dan mendapat harta rampasan perang.
Kemudian kamu singgah di suatu padang rumput yang berbukit-bukit. Tiba-tiba bangkitlah seorang lelaki Rom lalu mengangkat salib seraya berkata, “Salib lebih unggul.” Lalu dihampirilah dia oleh seorang lelaki dari kaum Muslimin lalu dibunuhnya.
Mulai saat itulah orang-orang Rom berkhianat dan terjadilah peperangan-peperangan sengit. Mereka menghimpun kekuatan menyerang kamu sekalian lalu datanglah mereka kepadamu dengan lapan puluh bendera setiap bendera disertai dua belas ribu orang (tentera).” – (HR Imam Ahmad)

dalam hadith ni : Kamu - orang Islam.  Orang-orang Rom (Kristian Ortodoks - 3rd Roman Empire aka Russia)   Musuh - Israel yg mgkn geng dgn NATO + USA

Lepas abis Perang Armageddon, muncul Imam Mahdi dan kmdian WW4 berlaku di Syria antara Islam VS Rom
'
lepas tu muncul Anti Christ aka Dajjal dan kmdian turun Nabi Isa




Quote pengecatbintang 4-9-2021 01:18 AM
sarah82 replied at 4-9-2021 12:34 AM
Tgk tasik yg kat israel tu.. Mengering ka x lagi? Last time aku baca.. Depa estimate dlm 50 tahun la ...

tasik ni plak tanda dajjal da nak kuar
Quote sarah82 4-9-2021 01:22 AM
pengecatbintang replied at 4-9-2021 01:18 AM
tasik ni plak tanda dajjal da nak kuar

Masa dah dekat la..Emas x semestinya emas.. Kemungkinan minyak
Quote edayildiz 4-9-2021 01:26 AM
sarah82 replied at 4-9-2021 01:22 AM
Masa dah dekat la..Emas x semestinya emas.. Kemungkinan minyak

betul ke ada org ckp kt penduduk situ kalau jmpa emas jgn amik? tanya jer
Quote pengecatbintang 4-9-2021 01:29 AM
sarah82 replied at 4-9-2021 01:22 AM
Masa dah dekat la..Emas x semestinya emas.. Kemungkinan minyak

hadith pasal Sg furat n emas - ada version yg sebut sebongkah gunung emas

Kalo minyak, sebut ler seperigi atau sekawah atau sekolam atau setangki

Kalo minyak x lagik sebut bongkah atau gunung sbb minyak ni mcm air merata

Cuba tengok air laut, sungai n banjir.. Semua merata, x de yg bentuk serupa gunung
Quote gigahertz 4-9-2021 01:41 AM
sarah82 replied at 3-9-2021 05:22 PM
Masa dah dekat la..Emas x semestinya emas.. Kemungkinan minyak

i rasa pun tak semestinya emas. tapi boleh jadi bahan galian lain.
kalau sekdar emas .emas tu nak kena proses dalam bentuk lain.
nak proses emas tu sendiri ada kos .takkan bayar kos memproses dengan emas ?

melainkan kalau berlaku perang. kita hilang semua apa yang kita ada
emas mmg akan jadi sangat important
Quote sarah82 4-9-2021 02:03 AM
edayildiz replied at 4-9-2021 01:26 AM
betul ke ada org ckp kt penduduk situ kalau jmpa emas jgn amik? tanya jer

Tak tau.. Kena tanya org yg pandai hadis
Quote sarah82 4-9-2021 02:05 AM
gigahertz replied at 4-9-2021 01:41 AM
i rasa pun tak semestinya emas. tapi boleh jadi bahan galian lain.
kalau sekdar emas .emas tu nak ...

Peperangan akan berlaku.. Peperangan yg hapuskan semua teknologi.. Cuma bila dan sapa permulaan peperangan tu x tau. Mungkin esk.. Mungkin 10 tahun lagi..

Quote Catpaw 4-9-2021 02:12 AM
Tak lama dah... yang tak nampak lagi benda2 yang dah diberitahu sejak dulu tak tau la... semoga beroleh hidayah
Quote Catpaw 4-9-2021 02:13 AM
sarah82 replied at 3-9-2021 05:22 PM
Masa dah dekat la..Emas x semestinya emas.. Kemungkinan minyak

Rasanya memang emas... tengok je kat arab yang pengembala kambing jadi kaya-raya, memang betul2 terjadi

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.127355 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top