Peningkatan kes harian Covid-19 membuat pelakon Datuk Fizz Fairuz berasa terlalu curiga atau paranoid untuk keluar rumah melainkan jika terdapat urusan penting.
Menurut Fizz, 41, dia perlu lebih berhati-hari tambahan pula apabila memikirkan keadaan isterinya iaitu Datin Almy Nadia yang kini sedang hamil enam bulan. Pemilik nama Fairuz Zainal Abidin ini berkata dia dan isterinya akan melakukan aktiviti yang berlainan setiap hari untuk memastikan anak-anak tidak bosan. "Sejujurnya memang agak takut nak keluar rumah melainkan saya ada urusan penting sahaja. Sebab isteri pun tengah hamil dan kami ada anak-anak kecil di rumah. "Kalau keluar nak pergi mana-mana, saya akan ikut SOP dan balik rumah terus mandi. Virus ini benda yang kita tak nampak.
"Saya dan isteri akan pastikan kami buat aktiviti yang berlainan setiap hari supaya anak-anak pun tak bosan," katanya kepada mStar.
|
Kurex replied at 3-9-2021 01:40 PM
Tak tau nak gosip apa sebab benang sampah
. gosip badan isteri dia je la.. kembangnya badan kau
ADVERTISEMENT