Khairy Jamaluddin diberi tempoh sebulah untuk menunjukkan kemampuan sebagai Menteri Kesihatan. Ahli Parlimen Pembangkang, Lim Kit Siang yang juga pemimpin kanan DAP berkata, Khairy perlu mengatasi masalah kes jangkitan Covid-19 dan kadar kematian yang tinggi walaupun dengan kadar vaksinasi sedang meningkat. Katanya, kes Covid-19 melepasi paras 20,000 pada 5 Ogos dan sejak itu terdapat 18 hari dengan jumlah kes melebihi paras 20,000 kes, enam hari dengan kes di antara 19,000 ke 20,000, dan dua hari masing-masing untuk 18,000 ke 19,000 dan 17,000 ke 18,000 kes. Loading FB Post...
“Adakah angka kes baharu dan kematian akibat Covid-19 sedang meningkat atau menurun? Angka-angka ini tinggi, tetapi kita tidak dapat memastikan sama ada ia sedang meningkat atau menurun. “Memandangkan terdapat tempoh inkubasi 14 hari untuk Covid-19, hanya adil untuk kita menunggu 14 hari sebelum menilai Khairy sebagai Menteri Kesihatan dengan dasar, strategi, dan pedekatan baharu dalam memerangi wabak Covid-19,” kata Kit Siang di media sosialnya. Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Khairy Jamaluddin telah bermula dengan cara yang tepat sebagai seorang Menteri Kesihatan dengan berjanji untuk menjadi lebih telus dengan memberikan maklumat Covid-19 yang lebih terperinci kepada umum. Loading FB Post... Menteri Kesihatan yang baharu itu juga memulakan inisiatif untuk meningkatkan operasi Covid-19 dengan memperuntukan lebih banyak vaksin, tenaga kerja dan peralatan perubatan ke lima negeri iaitu Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan yang ketika ini mencatatkan peningkatan mendadak kes Covid-19. Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan tempoh 100 hari kepada anggota Kabinet untuk menunjukkan prestasi masing-masing. Sumber: Suara Merdeka
|
tupai replied at 3-9-2021 01:08 PM
Alahai fosil ni, agaknye kalau anak die jd menteri kesihatan kes boleh jd zero esoknye tu. Bile la k ...
ADVERTISEMENT