Cinta penyanyi jolokan Rossa Malaysia, Shiha Zikir, 34, terhadap jejaka bernama Kamarul Arifin Baharun atau Arul, 36, tidak pernah 'terhempas' biarpun sudah melakar nama di peringkat antarabangsa.
Di kala masih merangkak dan tiada siapa pandang, Arul satu-satunya lelaki yang mempercayai bakat besarnya. Berdiri teguh bukan sekadar bergelar 'cinta hati', malah menggalas tanggungjawab sebagai pengurus dalam memastikan penyanyi berwajah jelita, bersuara listrik dan fizikal menawan itu terus mendaki satu demi satu tangga populariti. Diam tak diam, hubungan cinta Shiha dan Arul kini melangkaui usia 12 tahun. Arul bagaikan cinta sejati dan tidak mampu dipisahkan, namun sejauh ini, apakah kesudahan perhubungan tanpa ikatan yang sah?
Hanya tersenyum diajukan persoalan hati, Shiha mengakui: "Saya tidak mahu terlalu terburu-buru dalam soal mendirikan rumah tangga. "Bukan tidak mahu, sebaliknya belum masanya. Mungkin ramai yang ketawa sinis apabila saya mengatakan belum sampai seru, tetapi tiada apa yang perlu dikejarkan. "Sejauh mana saya melangkah, Arul tetap menjadi orang penting dalam hidup saya. Jadi, saya dan Arul tidak terdesak untuk menamatkan hubungan dengan memasuki fasa perkahwinan. "Saya amat bersyukur Arul sangat memahami dan tidak pernah memaksa dalam soal perkahwinan. Malah, menjadi pembakar semangat untuk melakar kejayaan terlebih dahulu. "Jika ikutkan, saya masih banyak perkara yang perlu dikejar dalam hidup, termasuk kerjaya dalam arena seni," katanya kepada BH Online. Pemenang trofi Pop Asia Terbaik, InterContinental Music Awards (ICMA) 2021 di Los Angeles, Amerika Syarikat itu berkata, kekasihnya seorang yang berfikiran terbuka. "Saya bernasib baik mempunyai kekasih yang bersikap terbuka dalam perhubungan. Bayangkan, pening kepala juga jika dapat kekasih yang suka memaksa berkahwin. "Bagi saya, tidak perlulah terburu-buru dalam setiap apa yang ingin dilakukan. Sebab saya percaya, Tuhan sudah menetapkan jodoh, pertemuan, ajal dan maut. "Saya dan Arul bukan tidak berusaha, tetapi segala-galanya ketentuan Allah. Ia juga tidak bererti kami memandang ringan soal perkahwinan, cuma menunggu waktu yang sesuai," katanya. Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir berkata, dia selesa untuk tidak meletakkan sasaran bila mahu berkahwin. "Saya dan Arul tidak terlalu merancang soal jodoh. Bimbang apa dirancang tidak menjadi kenyataan, nanti 'frust' menonggeng. "Jadi, saya percaya apabila tiba masa yang sesuai dan sudah ditetapkan, kami pasti bersatu sebagai suami isteri," katanya. Mengulas tindakan deretan selebriti memilih menghalalkan hubungan pada era pandemik, wanita kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berkata, dia tumpang gembira ramai teman artis berkahwin walaupun melalui detik sukar COVID-19 masih menular.
|
AnnaSendin: 12 taon? Wow! Iols kalau dah lama gituew bercinta tapi si dia tak reti propose will you marry me, iols angkat kaki sambil nyanyi lagu ramlah ram selam ...
Tinot7 replied at 3-9-2021 09:54 AM
Mamat tuh tak pinang2 sampai skang ke apa?
edayildiz replied at 3-9-2021 05:51 PM
dia ni irl mmg nampak mcm dlm ig ke?
nampak mcm perasan cantik
12 tahun tu kalau kawen dah ada a ...
ADVERTISEMENT