CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Aman Graseka Selamat Bersalin, Kos Hospital Ditanggung Rakan Pelakon

3-9-2021 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34931| Komen: 200

Description: Pelakon Aman Graseka, 53, dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Nurul Amrina Zamri selamat melahirkan bayi mereka di pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah, petang semalam.
Pelakon Aman Graseka, 53, dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Nurul Amrina Zamri selamat melahirkan bayi mereka di pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah, petang semalam.


Aman berkata, anak keduanya itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 3.54 petang dengan berat 3.1 kilogram.


Foto: IG

"Syukur semuanya selamat. Isteri masuk hospital kira-kira jam 1 pagi, namun tanda-tanda kelahiran belum kelihatan. Doktor suruh tunggu dan akhirnya jam 3.54 petang barulah bayi kami keluar untuk melihat dunia. Alhamdulilah ibu dan bayi sihat," katanya.

Aman berkata, kos bersalin isterinya di pusat perubatan itu ditanggung seorang pelakon wanita yang juga rakannya.


"Dia seorang pelakon wanita yang hebat dan rakan yang baik hati," katanya kepada Harian Metro.

Aman dan Nurul Amrina, 32, turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Foto: Metro

Terdahulu, Harian Metro pernah melaporkan Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem 1875 meminta penerbit dan pengarah filem terbabit menjelaskan baki bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon.

Dia ketika itu buntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijangka melahirkan anak kedua mereka pada awal Julai.



Dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi mereka tidak dapat membantu kerana mereka juga berdepan kesusahan.

Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tetapi tiada bantuan dihulurkan.

Aman akhirnya menerima sumbangan sebanyak RM500 dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) serta daripada rakan-rakan artis yang bersimpati. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 3-9-2021 08:40 AM
Bsalin swasta ... Org tanggung... Untong lahhh

Btw ni la mak tiri yg x bg anak mummy jmpa bapak dia kan... Kepong sgt laki terung kecut dia tu
Quote aechae 3-9-2021 08:49 AM
Harap2 x beranak lg lh dlm msa terdekat nnt.. sbb ni pn harap org bayarkan
Quote watachiwa 3-9-2021 08:57 AM
Siapalah pelakon wanita yg bayarkan tu.
Quote prettyuglybabe 3-9-2021 09:01 AM
dah tau tak mampu pun nak masuk jugak swasta?
or sebab covid gomen tak amik kes bersalin?
Quote krustykrab 3-9-2021 09:02 AM
watachiwa replied at 3-9-2021 08:57 AM
Siapalah pelakon wanita yg bayarkan tu.

Hihihihih
Madu ditangan kanan mu
Racun ditangan kirimu
Aku tak tahu mana yg akan kau berikan pada ku
Quote nurbaya 3-9-2021 09:03 AM
Bini cantik, mana boleh beranak spital gomen. Jatuh taraf nanti.
Quote sarah82 3-9-2021 09:04 AM
Bila dah tak mampu.. Bersalin je la kat hospital kerajaan.. Tak hina pun la..
Quote laksmanabentan 3-9-2021 09:07 AM
Alhamdulillahhhh rezeki kannn ada yang nak sponsor bersalin kat Pusat Perubatan tuh...
sujud syukurrr... Alhamdulillah..
Quote makadek 3-9-2021 09:08 AM
Bakal madu ke..
Tk nak aku laki sengkek
Umur dh 40an adlh umur2 org dh stabil
Quote setori_mori 3-9-2021 09:09 AM
manehnya replied at 3-9-2021 08:40 AM
Bsalin swasta ... Org tanggung... Untong lahhh

Btw ni la mak tiri yg x bg anak mummy jmpa bapak d ...

Ohh ex mas idayu ke lahh
Quote bedahdavas 3-9-2021 09:09 AM
Beraninya si bini tnggung risiko beranak ramai2. Laki dh tua, income hujung2 nafas. Harap bijsk merancang la lps ni.
Quote naina 3-9-2021 09:10 AM
Swasta ke? Gamaknya dah canang susah sana sini tiberr beranak swasta. Tengok gambar cadar dan katil juga lemari tu macam hospital gomen je..biar betik
Quote dewi_rina 3-9-2021 09:18 AM
Bersalin jelah hospital kerajaan kalau tak mampu, katil baru rm 30 ke kot
Ni sanggup mintak bantuan bagai sebab nak bersalin swasta choiii
Ingat kawin kerabat boleh tayang laki
Buat kena gelak je dengan mummy happy serta anaknya
Quote dewi_rina 3-9-2021 09:19 AM
nurbaya replied at 3-9-2021 09:03 AM
Bini cantik, mana boleh beranak spital gomen. Jatuh taraf nanti.

Cantik ke? I tengok macam biasa je
Quote watachiwa 3-9-2021 09:21 AM
dia ni x de dpt elaun kerabat ke?
Quote 3chanceno 3-9-2021 09:21 AM
Tahniah..semuga lebih bijak merancang kerna malu wei kena canang nak bersalin tapi tak de $9
Quote nurbaya 3-9-2021 09:22 AM
dewi_rina replied at 3-9-2021 09:19 AM
Cantik ke? I tengok macam biasa je

Cantik bagi aman graseka la....bagi i biasa je tahap bohsia flat
Quote dewi_rina 3-9-2021 09:30 AM
nurbaya replied at 3-9-2021 09:22 AM
Cantik bagi aman graseka la....bagi i biasa je tahap bohsia flat

I pegi tengok ig dia, lawa lah kot bagi orang tua macam dia kawin budak muda
Tu yg bangga sangat, cinta hati hamba, kesayangan hamba kehulu kehilir
Oh bini dia pelakon jugakye.. pelakon sendu lah tapi.. Dekat tb2 je
Quote eyansss 3-9-2021 09:38 AM
manehnya replied at 3-9-2021 08:40 AM
Bsalin swasta ... Org tanggung... Untong lahhh

Btw ni la mak tiri yg x bg anak mummy jmpa bapak d ...

mesti la kena beranak swasta...  laki retis, keturunan raja pulak tu...  malu la pi kerajaan...

Lihat semua komen(200)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058060 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top