Seorang gadis maut setelah tersedak muntahnya sendiri ketika menaiki permainan di taman tema. Kejadian itu berlaku apabila Zeynep Gunay, 19, tidak sedarkan diri setelah menaiki permainan yang dipanggil Kamikaze di daerah Avcilar, Turki, Istanbul.
Zaynep muntah ketika menaiki Kamikaze yang mengakibatkan saluran pernafasannya tersekat lalu meninggal dunia. Keluarganya mengatakan bahawa mereka dapat melihat Zeynep dalam kesusahan dan berulang kali meminta pengendali permainan untuk menghentikannya, tetapi mereka tidak diendahkan. Gadis berusia 19 tahun itu kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans yang dihubungi oleh keluarganya sendiri dan disahkan sudah tidak bernyawa setelah tiba di sana. -CARI
Sumber: Daily Star/mStar Online
|
Ciktiekus replied at 3-9-2021 08:17 AM
Takziah..tgh berseronok tiber mati..
ikmanurz replied at 3-9-2021 09:21 AM
pesanan yang sama dari mak aku everytime aku cakap nak gi karok
ikmanurz replied at 3-9-2021 09:21 AM
pesanan yang sama dari mak aku everytime aku cakap nak gi karok
Ciktiekus replied at 3-9-2021 08:17 AM
Takziah..tgh berseronok tiber mati..
ADVERTISEMENT