"Bagi golongan ini yang memilih untuk tidak mahu divaksin, Beta amat dukacita kerana mereka akan membahayakan diri mereka sendiri dan orang ramai." Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi amaran kepada guru KAFA, pegawai masjid dan jurunikah bahawa mereka berdepan kemungkinan tidak dibenarkan untuk meneruskan tugas jika berkeras enggan divaksin.
Sultan Selangor bertitah demikian selepas menerima laporan terperinci daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai maklumat pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan guru KAFA, pegawai masjid dan surau serta jurunikah di Selangor. Sultan Sharafuddin berharap, Jabatan Kesihatan Selangor dapat menyegerakan proses vaksinasi Covid-19 terhadap guru-guru KAFA, pegawai-pegawai masjid dan jurunikah di Negeri Selangor ini. “Sukacita beta mengingatkan bahawa pakar-pakar perubatan telah mengesahkan yang vaksin ini adalah satu-satunya cara untuk mengatasi penularan wabak Covid-19 buat masa ini.
“Kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan imuniti kelompok bagi mengurangkan risiko jangkitan yang lebih teruk di masa hadapan. “Beta juga suka mengingatkan bahawa Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa bahawa pengambilan vaksin Covid-19 adalah diharuskan,” titah Baginda. Justeru baginda sekali mengingatkan bahawa rakyat tidak perlu khuatir atau ragu-ragu dengan suntikan vaksin. Sumber: Suara Merdeka
|
bakingsoda replied at 2-9-2021 09:28 PM
cuba tawarkan jaminan contohnya pampasan incase berlaku aefi
bakingsoda replied at 2-9-2021 09:28 PM
cuba tawarkan jaminan contohnya pampasan incase berlaku aefi
ADVERTISEMENT