CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susah Sangat Ke Nak Uruskan Atlet Paralimpik?

2-9-2021 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12355| Komen: 123

Description: Biarpun sudah mula dapat menerima kenyataan bahawa kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli terpaksa ditarik balik kerana lewat masuk ke call room, kemarahan rakyat beralih kepada peranan pegawai pengiring ...
Biarpun sudah mula dapat menerima kenyataan bahawa kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli terpaksa ditarik balik kerana lewat masuk ke call room, kemarahan rakyat beralih kepada peranan pegawai pengiring pula.


Alasan sudah keluar awal, namun tersangkut disebabkan kesesakan jalan raya sekali gus menjadi punca kelewatan hanya layak digunakan di Malaysia sahaja, bukan dalam sukan dunia seperti Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


Kredit foto: The Star

Sudahlah Jepun amat mementingkan disiplin masa, janganlah sampai terbawa-bawa perangai ‘on the way’ ke sana. Cuba belajar untuk sampai di mana-mana lokasi satu jam lebih awal untuk elak sebarang konflik.

Sudahlah Sukan Olimpik Tokyo 2020 Malaysia agak kemarau emas, ini apabila melibatkan atlet paralimpik, pasti boleh dapat emas, pegawai pengiring pula yang bermasalah.

Cukup dan berhentilah bagi alasan sukar nak uruskan atlet paralimpik kerana kekurangan upaya mereka, ia sudah jadi tanggungjawab kalian dan gaji yang dibayar bukan untuk bersantai-santai.


Kalau rasa susah sangat nak jadi pegawai pengiring, berhentilah ambil tugasan tersebut dan beri peluang kepada ‘tulang belakang’ yang lebih ada semangat patriotik.

Dek sikap ambil lewa pegawai pengiring begini, kempunan bawa balik pingat emas Olimpik.


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 2-9-2021 04:18 PM
perangai otw melayu ni mmg annoying. yg paling best dia ajak jumpa, kita datang awal pastu dia yg cancel tak jd datang. barbieeeee pegawai ni kalau rasa tak mampu nak urus atlet kenapa terima tanggunjawab? sbb boleh berjalan2 makan angin?
Quote TeropongThaico 2-9-2021 05:02 PM
Buat malu je weh
Quote isbritneybich 2-9-2021 05:04 PM
https://www.sinarharian.com.my/article/108513/BERITA/Sukan/Megat-Shahriman-digantung-18-bulan

Chef de mission nya. Kat twitter ada cerita2 tambahan hehe
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 05:16 PM
jangan bawak perangai malaya otw otw tu kat tempat orang
apatah lagi untuk hal2 penting gini
rasakan
dah hilang satu medal
Quote laksmanabentan 2-9-2021 05:22 PM
isbritneybich replied at 2-9-2021 05:04 PM
https://www.sinarharian.com.my/article/108513/BERITA/Sukan/Megat-Shahriman-digantung-18-bulan

Che ...

parti bunga raya ker uollsss???
hahhahaa.... larrikkkk.......
Quote depresio 2-9-2021 05:26 PM
Bab kalu bersukan ni jgnkan kata tahap olympic tapi wakil daerah ke negri pon macam2 hal

Kawan aku dulu dapat wakil negeri sbb apa sbb acara tahun tu negeri kami tn rumah..
Tahun sebelum tu tn rumah serawak syrat pon x sampai tau2 hantar team je

Babi kan?

Hahahaha tu lah reality
Quote Gianna111 2-9-2021 05:28 PM
melayu cina india bumi..selagi malaysian.memang perangai gini kemana-mana jua.
lesson to learn sangat-sangat kali ini.

kalau mereka tepai masa dia akan memang dan layak menang.
Quote umbut 2-9-2021 05:35 PM
Netizen boleh serang pegawai pengiring. Takkan tak tau rules sana. Be punctual. Sebab korang malaysia x dapat emas.
Quote Zeatyisaac 2-9-2021 05:37 PM
Tak fahamlah orang macam ni. Pergi untuk berjalan2 je ke, padahal dah sememangnya Ziyad pemegang rekod dunia. Sia2 je ada pegawai yang nrah apa2 punya perangai ni.
Quote Thunderclouds 2-9-2021 06:23 PM
Paling best p serang acc budak oku Ukraine yg menang tu. Teruk sgt2 ye Malaysian skang neh. Sorry to say kita ni mmg cyberbully no1. Mentaliti kelas paling blakang. And proud of it pulak tu! Ada otak boleh fikir waras sggup campak buang.
Quote Guccibamboo 2-9-2021 06:46 PM
Sebab tu kdg I malas nak keluar kalau janji dgn kwn2....mesti lame nak tunggu. Skrg pun online meeting & seminar....ade je yg boleh masuk lambat.
Quote gekkou 2-9-2021 06:52 PM
Guccibamboo replied at 2-9-2021 06:46 PM
Sebab tu kdg I malas nak keluar kalau janji dgn kwn2....mesti lame nak tunggu. Skrg pun online meeti ...

ini benar
aku punya superior lagi bagus
CEO dah masuk meeting 10 minit awal
muka dia satu minit sebelum meeting baru masuk
buat malu je
dah la present, paper semua tak reti buat
inilah yang CEO sayang

owh dunia


Quote Meiizu 2-9-2021 06:54 PM
Pengiring smua tak berani memunculkan diri...mampus kena kecam 1keturunan
Quote c===8 2-9-2021 06:55 PM
Kalau pegawai tu tau malu mesti dia resign.takut bagi alasan negara masih perlukan khidmat dia
Kahkahkah
Quote ChildrenOfBodom 2-9-2021 06:55 PM
Paham2 ja la mentaliti melayu2 bahalol ni, pi untuk berjalan, makan angin shopping tu keutamaan depa.. rugi laa p jepun gomen tanggung semua, tak amik keempatan jalan2. Bangsat punya nakharom
Quote grouper 2-9-2021 06:55 PM
Teringat satu kisah atlet Jamaica yg menang pingat emas olimpik baru ni...dia lari  acara 110m berhalangan tapi hampir lambat utk acara semi final sbb tersesat nk p stadium...
Quote domestobot 2-9-2021 07:41 PM
MRR 2 Tokyo jem ke masa tu?
Quote spankee_fili 2-9-2021 07:42 PM
Nah pi serang pegawai pengiring tu
Buat malu je pergi attack penganjur dan atlet ukraine, siap ungkit ukraine tembak mh17 lagi
Boring sangat memasing gamaknya
Macamla patriotik sangat, semangat sukan sangat
Kang buat kuiz warganegara kat bebudak tiktok confirm fail semedang
Quote Piramida 2-9-2021 07:46 PM
Otw... otw.. kalau baru naik flight kat klia pun consider otw.. pukul berapa nak sampai tu...hihi

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051224 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top