Kajian mendapati, filem seram membolehkan seseorang mengatasi kebimbangan terhadap pandemik dengan lebih baik. Pakar psikologi Universiti Chicago, Dr Coltan Scrivner menjelaskan, genre itu mampu membantu seseorang mengatasi situasi dalam dunia nyata melalui fiksyen.
"Jika filem itu bagus, maka ia boleh menarik perhatian seseorang dan mengambil sudut pandang daripada karakternya bahkan tanpa disedari anda akan rasa lebih tenang," katanya. Dr Coltan dalam kajiannya meminta 310 responden menonton filem berkaitan pandemik dan penyelidik kemudiannya bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kemurungan, rasa terganggau, kebimbangan atau tahap rasa mengantuk. Hasil kajian itu mendapati bahawa seseorang yang menyukai filem seram memiliki ketahanan lebih kuat dalam suasana pandemik. Manakala mereka yang biasa menonton filem fiksyen seperti alien, berkaitan kiamat dan zombi memberi impak lebih kuat dan bersedia menghadapi suasana pandemik ketika ini.
Dr Coltan menyimpulkan responden yang menonton filem dengan kejadian lebih menakutkan diketahui lebih kuat dalam menghadapi pandemik dan Covid-19. Ini kerana mereka menyerap maklumat mengenai bagaimana sesuatu karakter bertindak dalam situasi dipaparkan dalam filem. Filem juga boleh membuatkan pemikiran seseorang memproses maklumat tentang konflik yang berlaku meskipun ia sekadar fiksyen. "Meskipun ia fiksyen namun penonton boleh menggunakan maklumat itu sebagai strategi dalam dunia nyata dan membuatkan mereka ini lebih tenang dalam menghadapi pandemik," jelasnya. Sumber: mStar
|
sarah82 replied at 2-9-2021 03:17 PM
Ohh.. Sebab tu aku tenang. Sbb aku suka layan zombie..
dua_chzy replied at 2-9-2021 03:32 PM
Bulan lepas ai tetiba depress sampai tak semangat kunun2 buat hapa pon dalam hidop.
End of mo ...
sarah82 replied at 2-9-2021 03:59 PM
Alhamdulillah... Chuols mangkit dan terus bantu student chuols berjaya dlm pertandingan... Betul.. ...
dua_chzy replied at 2-9-2021 04:38 PM
Betui. Jangan fikior sangat. Btw ai pon suka tengok zombie ngan slasher movies tapi sekarang jaran ...
dua_chzy replied at 2-9-2021 04:38 PM
Betui. Jangan fikior sangat. Btw ai pon suka tengok zombie ngan slasher movies tapi sekarang jaran ...
Adrif replied at 2-9-2021 11:27 PM
tak mampu nak layan dah berumur gini weh..
dah la darah senang naik.. satgi tengkuk kejang, sakit ...
ina_na replied at 3-9-2021 02:14 AM
Nk tanye ape maksud tengkuk kejang,sakit kepala,cramp sana sini..ni petanda sakit pe
dani-rox replied at 3-9-2021 01:58 AM
ai ulang tengok trilogi the eye kat netflix... takdalah seram sgt pun berbanding masa memula tengok ...
sarah82 replied at 2-9-2021 03:17 PM
Ohh.. Sebab tu aku tenang. Sbb aku suka layan zombie..
ADVERTISEMENT