CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Merayu Penipu Pulangkan Wang Pembeli Tudung Jenamanya

2-9-2021 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7924| Komen: 31

Description: Selepas beberapa hari meraih kejayaan luar biasa dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM2.16 juta untuk tudung keluarannya, Tudung Fazura, ada pihak sudah cuba mengambil kesempatan menipu orang lain ...
Selepas beberapa hari meraih kejayaan luar biasa dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM2.16 juta untuk tudung keluarannya, Tudung Fazura, ada pihak sudah cuba mengambil kesempatan menipu orang lain.


Perkara tersebut didedahkan Fazura, 38, menerusi perkongsian dalam InstaStorynya dengan memuat naik bukti perbuatan jahat penipu berkenaan.

Kata pelakon filem Dendam Pontianak itu, penipu itu sebenarnya sudah melakukan perbuatan jahatnya sejak beberapa bulan lalu, namun semakin mengganas sejak akhir-akhir ini.


Foto: IG

“Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk menipu dan ramai yang terpedaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok.


“Kemudian dia minta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor semua pelanggan yang selesai membuat bayaran,” dedahnya.

Ternyata kecewa dengan tindakan tidak bermoral wanita itu, Fazura sempat meminta pelaku supaya bertaubat dan memulangkan kembali semua wang pembeli yang ditipunya.



“Saya tak tahulah apa awak rasa bila menipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai.

“Duit semua orang tu, ingat percuma ke. Semua orang bekerja untuk dapatkan duit. Ada yang nak beli tudung ni, semua tak dapat. Waktu-waktu macam inilah awak nak buat kerja sebegini kan.

“Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” katanya lagi.



Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut menunjukkan wajah si pelaku, namun tidak dapat dipastikan sama ada foto tersebut adalah wajah sebenarnya ataupun dia menggunakan gambar orang lain untuk mengaburi mata semua orang.

Beberapa hari lalu, Fazura terharu apabila orang ramai memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sehingga berjaya terjual sebanyak 80,000 helai dalam tempoh dua jam.




Pencapaian tersebut sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 seperti golongan wanita, ibu dan ibu tunggal yang kehilangan mata pencarian.

Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 sehelai dengan niat membantu orang ramai yang terkesan kerana pandemik. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 2-9-2021 09:28 AM
Mohon fajurah buat report polis.

Mujur mak dah dapat tudung sheolls yg mak beli hari tu.
Quote merrissa 2-9-2021 09:36 AM
makneng replied at 2-9-2021 09:28 AM
Mohon fajurah buat report polis.

Mujur mak dah dapat tudung sheolls yg mak beli hari tu.

best ke tdngnya?


Quote makneng 2-9-2021 09:53 AM
merrissa replied at 2-9-2021 09:36 AM
best ke tdngnya?

Material best. Senang bentuk.. Tak perlu iron beria. Pakai selesa.
Quote sopianpian 2-9-2021 09:54 AM
merrissa replied at 2-9-2021 09:36 AM
best ke tdngnya?

so far best. tak payah gosok. awning onpoint dan kain lembut sikit dari adijuma dan tak licin macam fareha. next collection sempena bfdy faz fattah boleh la beli lagi haha
Quote binipopeye 2-9-2021 09:54 AM
elok report jer lah kt polis cepat disertakan no account... bwk report g bank utk block acc tuh sblm tingal kosongggg
Quote annadonna 2-9-2021 09:55 AM
Buatlah senarai agen dan dropship yang sah. So orang boleh check. Kalau tak ada macam ni lah jadinya.
Quote endihesh 2-9-2021 10:13 AM
kalau search nombor telefon scammer tu kat truecaller, naik nama scammer baju LR mmg kaki scam owner nombor telefon tu..
Quote BoongaKertas 2-9-2021 11:08 AM
hahaha! meols berbangga dpt beli 4pcs colletion kali ini. lawa2 gak merdeka collection. haritu kakak series meols dpt 4 gak sbb time tu meols terlambat order, mujur masih ada.
Quote BoongaKertas 2-9-2021 11:08 AM
walaupun masih WFH, tp kena beli gak tudung2 lawo. hahaha! meeting virtual tetap harus melawo.
Quote Pak.dolla 2-9-2021 11:50 AM
Edited by Pak.dolla at 2-9-2021 03:52 AM

My sister kata tudung faz ni ada sentimental value sbb lukisannya yg kreatif, unik, limited dan special edition...lg pula sbb ada tema merdeka ni..beberapa thn nnt harganya akan menjadi makin mahal..collector artwork mmg ada beli dan diframekan..untung org ada beli lebih simpan elok2..
mcm stem kenangan dan lukisan makin lama simpan bole buat duit, makin naik valuenya..

Itu yg my sis bg tau..wpun pak dol bukan peminat fazura tp sbb benda elok kita patut share..
Quote Supersirap 2-9-2021 11:58 AM
Tak baik menganiaya orang
Quote anony-mous 2-9-2021 12:00 PM
merrissa replied at 2-9-2021 09:36 AM
best ke tdngnya?

Klau uols pernah pakai bawal AJ, i rasa gitu la material dia. Jgn cuci dlm dryer, nanti rosak awning. Btw lawa pulak she pakai shawl duck
Quote blueberry12 2-9-2021 01:32 PM
Pak.dolla replied at 2-9-2021 11:50 AM
My sister kata tudung faz ni ada sentimental value sbb lukisannya yg kreatif, unik, limited dan spec ...

actually i rasa utk peminat2 tudung bawal printed ni tahu kot yg corak2 tudung fazura ni tak ada la ekslusif mana. very familiar. n kalau dh terjual 80k tu means tidaklah limited edition. pergi mall tu kang jmpa la dua tiga org pakai tudung sama. tp few designs tu cantik jugak. padan dgn harga la.  
Quote minahgempal 2-9-2021 01:54 PM
Weyhhh cantik2 yer merdeka collection nie..tk mcm yg lps tu...mcm acik2..yg nie mmg comel and sweet sgt..mesti dh abis kn..
Quote nononcrux 2-9-2021 02:35 PM
makneng replied at 2-9-2021 09:53 AM
Material best. Senang bentuk.. Tak perlu iron beria. Pakai selesa.

ok nak try juga.. fazuradoll ea ape name web dia
Quote I.K.A888990 2-9-2021 02:59 PM
mmg puas dpt beli tudung faz ni
rasa glamor gitu bila pakai
patut pakat2 report kat balai.
tp nnt mmg byk lagi scammer muncul
Quote makneng 2-9-2021 03:00 PM
nononcrux replied at 2-9-2021 02:35 PM
ok nak try juga.. fazuradoll ea ape name web dia

Mak x beli kat web.. So x tau url web dia. Mak beli dari official stockist tudung fazura @tudungfazurapahang
Quote Tasikchini 2-9-2021 03:44 PM
nononcrux replied at 2-9-2021 02:35 PM
ok nak try juga.. fazuradoll ea ape name web dia

fazbulouscom
Quote OyaTonggek 2-9-2021 04:15 PM
nk suruh scammer bertaubat mmg lambertttt la..report polis je br dia ada akal

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055828 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top