CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Campur Sos Ikan, Serbuk Cili, Gula Dan Limau Nipis- Selera Makan Cacing Mentah

2-9-2021 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3582| Komen: 20

Description: Pegawai perubatan Thailand memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memakan cacing mentah selepas sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menikmati haiwan itu dalam satu hidangan salad pedas m ...
Pegawai perubatan Thailand memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memakan cacing mentah selepas sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menikmati haiwan itu dalam satu hidangan salad pedas menjadi tular di YouTube, lapor portal berita Thaiger semalam.


Dalam satu video yang dimuat naik sebelum itu, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, sekiranya video tersebut mendapat 10,000 tanda suka, dia akan merakam video dirinya memakan cacing mentah.

Lelaki itu mencampurkan cacing mentah bersama sos ikan, serbuk cili, gula dan limau nipis sebelum merakam dirinya memakan hidangan itu.


Kredit foto: FB


Video tersebut telah ditonton lebih 250,000 kali sejak ia dimuat naik pada 24 Ogos lalu.


Susulan itu, seorang doktor baru-baru ini menerusi satu hantaran di Facebook memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memakan cacing mentah kerana ia mungkin dicemari dengan telur parasit dari tanah kotor.

Pengarah Jabatan Kesihatan Thailand juga memberi amaran sama dengan berkata bahawa tindakan itu boleh menyebabkan keracunan makanan dan cirit-birit. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kyozsamurai 2-9-2021 08:58 AM
semuanya sekarang adalah demi like.....haha
Quote aleesyasofia 2-9-2021 09:20 AM
adoi.. tak ada penyakit cari penyakit.. naya
Quote makneng 2-9-2021 09:30 AM
Kerabu cacing is another level yach!
Quote ninja9 2-9-2021 09:36 AM
sangup mati kerana like.... hati manusia dididik laparkan perhatian
Quote Simunggu 2-9-2021 09:47 AM
perut penuh cacing & cacing makan dari dalam, otak, organ badan etc...cari maut org ini
Quote wajaman 2-9-2021 10:01 AM
seronok la cacing tanah jumpa kawan2 cacing lain dalam perut
Quote rosmahisham 2-9-2021 10:05 AM
Edited by rosmahisham at 2-9-2021 11:04 AM

Ya ampun..sakit yg paling awal dia dpt gerenti sakit perut...lepas tu ko redho jelah cacing tu merayap sampai ke otak!!!
Quote Burong_Hantuk 2-9-2021 10:09 AM
jijikssss.....
Quote noor2 2-9-2021 10:12 AM
Aku rasa nk muntah...dah la tgh mkn ni....uwekk
Quote manzilla 2-9-2021 10:36 AM
Sekurang-kurangnya beliau tidak memaksa orang lain makan sepertinya.
Quote binipopeye 2-9-2021 10:48 AM
jijikss nyer... jenis ni kalo g hospital doktor jgn layan... biar meninggal jer... hidup menyusahkan diri menyusahkan org lain
Quote dodolgemok 2-9-2021 10:51 AM
Xpa, dh makan nnti boleh lahap ivermectin sebiji sehari sampai ajm. Baru lah lega sikit tekak tu
Quote Thunderclouds 2-9-2021 12:05 PM
Tgk gmbar pn xmampu
Quote Imkhai 2-9-2021 12:28 PM
org thai ape bnda yg x diaorg mkn semua bnda pelahap jenis pengotor klau tgk utube diaorg masak2 tu daun2 herba petik dr pokok terus je masuk dlm periuk x ada nk basuh2 dulu
Quote meteorspeed 2-9-2021 12:32 PM
Aku, selalu tgk gak mukbang thailand bagi aku mcm kotor pun ado.. Makan daging mentah, limpa mentah.. Entah la.. Deme nie tak takut  bakteria ker
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 04:11 PM
yihhhhhh
orang lain terkejut muntah2 lepas termakan cacing ala2 macam cite seram
dapat ke dia... ambik sos ikan segala, sedap ni
Quote Jorja 6-10-2021 12:05 AM
Yang suka makan segala benda hidup ni semoga termakan telur parasit sekali..
Quote grouper 6-10-2021 12:20 AM
Klau dlm utan utk ikhtiar hidup cacing ni makanan paling bagus sebab sumber protein...
Quote edayildiz 6-10-2021 12:33 AM
geli lah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.057867 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top