ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memberitahu filem yang menceritakan mengenai pengalaman dirinya ke angkasa lepas yang sepatutnya menemui peminat pada tahun ini masih lagi dalam proses pembikinan. Katanya, genre filem yang berjudul ‘No.1 - 10 Hari:21 Jam 14 Minit Di Pintu Ajal’ tersebut bakal diubah kepada drama dan pihaknya masih belum menentukan pelakon bagi membawakan watak dirinya. “Kami sudah meneliti dan ingin menukar temanya, daripada dokumentari kepada drama. Tema filem yang berbentuk dokumentari mungkin akan membuatkan orang bosan, jadi temanya akan bertukar kepada drama. “Mungkin akan ada pelakon membawakan watak saya tetapi pelakonnya sendiri masih belum ditentukan lagi,” katanya yang dipetik dari portal Gua. Dr Muszaphar akui tidak berminat menceburi bidang lakonan ataupun terlibat dalam terlalu banyak cabang kerjaya. “Saya tidak berminat untuk menceburi bidang lakonan. Saya mahu lebih kepada memberi inspirasi kepada anak muda tempatan yang mahu menceburkan diri dalam bidang sains angkasa. “Saya tidak mahu terlibat dalam terlalu banyak cabang kerjaya,” katanya.
|
ADVERTISEMENT