CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Memang Besar Sangat" - Tumor Emma Akma Berjaya Dibuang

1-9-2021 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10607| Komen: 57

Dramatis, Emma Akma selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya, semalam.

Suaminya, Mohd Anas Abd Razak 37, berkata prosedur pembedahan berjalan lancar malah hanya mengambil masa dua jam berbanding empat jam anggaran awal doktor.




“Alhamdulillah pembedahan sudah berjaya. Isteri saya pun sudah dipindahkan semula ke wad dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Memang besar sangat tumor yang dikeluarkan itu. Dia sudah sedar dan ada juga mengadu rasa sakit tetapi keadaannya tampak memberangsangkan.

“Buat masa ini, dia perlukan rehat yang cukup untuk kembali bertenaga. Apa pun, jutaan terima kasih buat semua yang ambil berat dan mendoakan isteri saya,” katanya.




Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus, 52, menjalani pembedahan selepas sel kanser dalam perutnya semakin agresif bahkan sehingga mencecah sebesar saiz bola sepak.

Terdahulu, Emma merayu bantuan orang ramai berikutan pembedahan perlu dilakukan segera untuk mengelakkan risiko dengan anggaran kos sebanyak RM50,000.

Seperti wanita sarat hamil sembilan bulan, pelakon yang berkecimpung di arena seni sejak akhir 1090-an itu turut menghadapi sakit belakang dan masalah sampingan lain.

Selepas empat tahun hanya mengambil tawaran lakonan yang tidak memerlukan masa panjang selain suami juga baharu ditamatkan perkhidmatan, Emma tidak mampu menanggung kos sebesar itu.

Hasil kuasa tular dalam media sosial, pelakon Gerak Khas: The Finale itu akhirnya berjaya mengumpul jumlah berkenaan dalam tempoh seminggu. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 1-9-2021 01:41 PM
lainnya muka dia, dan dia mintak bantuan untuk kos rawatan? wow
Quote Timortimur 1-9-2021 02:01 PM
Adakah sebab dulu2 suka ambik supplements?
Quote bluebutter 1-9-2021 02:08 PM
Kenapa kening dia bettatu tu?.
Quote manehnya 1-9-2021 03:44 PM
uori replied at 1-9-2021 01:41 PM
lainnya muka dia, dan dia mintak bantuan untuk kos rawatan? wow

Sbb spital gomen sesak, lambatt

Minta bantuan utk opret kt swasta aa gitu
Quote manehnya 1-9-2021 03:45 PM
Timortimur replied at 1-9-2021 02:01 PM
Adakah sebab dulu2 suka ambik supplements?

Product yg claim ada collagen ni sllu mnyumbng utk kes mcm ni

Kawan iols cyst fibroids, masa sihat obses mkn supplement n minuman mcm gini
Quote kiah_mai_pulak 1-9-2021 03:46 PM
bluebutter replied at 1-9-2021 02:08 PM
Kenapa kening dia bettatu tu?.

baru nk komen pasal kening., obvious sgt
Quote trexxxxxi 1-9-2021 03:54 PM
Meol terganggu dengan kening sheol
Dulu dia lawa yach
Cucuk cucuk jugak ker

Syafakillah yer acik ema
Quote kechikchomel 1-9-2021 04:03 PM
manehnya replied at 1-9-2021 03:45 PM
Product yg claim ada collagen ni sllu mnyumbng utk kes mcm ni

Kawan iols cyst fibroids, masa si ...

biras kakak iolss SLE. sebelum diagnosed tu dia ada consume supplement "S" tu. dia amik yg "Vi". berapa lama ntah dia kat ICU. doc kata 50-50. sukurrr la dah ok sikit skrg. tapi kena g check up selalu la
Quote hanihan16 1-9-2021 04:50 PM
i baru balik dari thread cikgu kawen anak murid tu, masuk sini tengok umur laki dia sebaya i, terus baca betul2 nak tengok umur ema pulak. haha.. udah jodoh iye dak
Quote nakkomenjugak 1-9-2021 05:38 PM
moga cepat sembuh
tak menahan kening she.
Quote Guccibamboo 1-9-2021 05:43 PM
kechikchomel: biras kakak iolss SLE. sebelum diagnosed tu dia ada consume supplement "S" tu. dia amik yg "Vi". berapa lama ntah dia kat ICU. doc kata 50-50. ...



I takut btul tgk org skarang byk makan supplement utk konon lebih sihat, lebih cantik. Yg penjual S ni pun ramai je medical doc... pharmacist....,tp sbb komisyen jual S ni byk....ntah ape2 advice diaorg bg....siap ckp overdose vit c pun xpe....I tepuk dahi jelah bile reel die lalu lalang. Bile ade netizen ckp mane boleh...siap ckp die ade medical background....padahal entah2 mase jd ho dah resign.., sbg pengguna....jgnla mudah tertipu dgn iklan2 supplement even diiklankan oleh doc kononnye. Doc yg tgh practice spatutnye x boleh jual2 product mcmtu...boleh kene tarik apc/lesen.
Sebab syarikat tu besar....sebarang side effects tu mmg kene sapu bawah karpet je lah. Yg nampak rumah juta2 ejen die je.
Quote LadyCarefree 1-9-2021 06:38 PM
Guccibamboo replied at 1-9-2021 04:43 PM
I takut btul tgk org skarang byk makan supplement utk konon lebih sihat, lebih cantik. Yg penj ...

Retis terpaling perfect pon jual produk glowing produk kopi kurus segala. Tiada siapa kecam pon. Fanz gundu dia dok telan je dengan harapan boleh menyerupai idola.
Quote Guccibamboo 1-9-2021 06:46 PM
LadyCarefree replied at 1-9-2021 06:38 PM
Retis terpaling perfect pon jual produk glowing produk kopi kurus segala. Tiada siapa kecam pon. F ...

Tulah....maksum sungguh.
Pakat semua telan product kurus...lpstu masing2 pelik kenapa skrg ramai dpt anxiety.. depression...sakit dada tiba2...nafas laju.  GABA rendah....heartbeat naik...manelah emosi x terganggu.

Apepun I harap Emma cepat sembuh. Bila sakit baru tau betapa besarnye nikmat sihat
Quote bluebutter 1-9-2021 07:18 PM
kiah_mai_pulak replied at 1-9-2021 03:46 PM
baru nk komen pasal kening., obvious sgt

Kannn.

Tak sah solat tau.
Btw dia nampk dah muka acik 50an dah.
Tapi husbaby nmpk kacaklah, kan?.
Tak risau ke.
Quote kechikchomel 1-9-2021 07:24 PM
Edited by kechikchomel at 1-9-2021 07:26 PM
Guccibamboo replied at 1-9-2021 05:43 PM
I takut btul tgk org skarang byk makan supplement utk konon lebih sihat, lebih cantik. Yg penj ...

Siapa tu yg ckp takpe overdose vit c???

Yg bukan doc pun tau ye overdose boleh rosak kan kidney!

Biras akak iolss tu, family dia, ipar duai dia sume dah tegur dah...jgn amik kerap sgt. Kalau boleh jgn amik lgsg! Tapi dia amik jugakkkk.
Quote imanjannah 1-9-2021 07:31 PM
moga kembali sembuh kak
Quote bintangct 1-9-2021 07:37 PM
Guccibamboo replied at 1-9-2021 05:43 PM
I takut btul tgk org skarang byk makan supplement utk konon lebih sihat, lebih cantik. Yg penj ...

sorry, nk tnya
supplement s ni apa ye?
Quote lilac85 1-9-2021 10:02 PM
hanihan16 replied at 1-9-2021 04:50 PM
i baru balik dari thread cikgu kawen anak murid tu, masuk sini tengok umur laki dia sebaya i, terus  ...

Komen ni membuatkan i baca semula
Quote kuchenta_81 1-9-2021 10:07 PM
bintangct replied at 1-9-2021 07:37 PM
sorry, nk tnya
supplement s ni apa ye?

Shaklee kot.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069873 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top