Petinju profesional, Mike Tyson mendedahkan pandangannya mengenai agama Islam setelah menjadi seorang Muslim, dan mendedahkan bahawa beliau mula melihat 'syaitan' di gereja dan masjid.
Menerusi wawancaranya di SirisXM radio, Mike menyatakan bahawa manusia seharusnya memiliki direct relationship dengan Tuhan. "Saya tidak begitu mengerti tentang agama dan tuhan sampai saya tua. Kini saya memiliki pandangan yang lebih baik untuk Tuhan daripada sebelumnya," ujar Mike Petinju ini turut mendedahkan bahawa beliau kerap melihat 'syaitan' setiap kali melihat gereja dan masjid. "Semua ini agak rumit kerana setiap kali saya melihat gereja dan masjid, semakin kerap saya melihat syaitan. Kita harus berurusan dengan Tuhan secara langsung dari hati, bukan melalui orang lain. Tidak ada yang boleh menjadi wakil Tuhan,"tambahnya lagi. Sebagai info, Mike telah memeluk agama Islam ketika berada di penjara pada tahun 1990-an dan turut mempunyai nama Islam, iaitu Malik Abdul Aziz. "Saya bersyukur menjadi seorang Muslim. Allah tidak perlukan saya, saya perlukan Allah,"ujar Mike. -CARI Sumber: Murai.my
|
dua_chzy replied at 1-9-2021 08:41 AM
Normal la. Kau ingat suci sangat ke Rumah Tuhan tu sampai syaiton tokleh pijak? Ini karna sikap manu ...
ADVERTISEMENT