Jakarta- Seorang pemuda menjadi tular selepas mengebumikan jenazah ibunya di pekarangan rumah, lapor laman berita Suara.com. Pemuda tersebut memuat naik video memaparkan kubur ibunya menerusi akaun aplikasi sosial TikTok @adhefin.
“Mungkin ini caraku,” demikian tulis lelaki tersebut bersama video yang dimuat naik itu. Dalam video tersebut, jelas kelihatan lelaki itu sedang membersihkan kubur ibunya yang terletak di pekarangan kediaman mereka. Lelaki itu menjadikan kubur itu mirip seperti di tanah perkuburan, lengkap dengan batu nisan berwarna hitam. Biarpun hanya terletak di pekarangan rumah, lelaki itu tetap mengenakan pakaian yang sopan ketika melawat kubur ibunya dan dilihat berdoa di sebelahnya.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berkata terdapat kelebihan meletakkan kubur di halaman rumah dan salah satunya ialah menghalang perebutan harta dan akan membuatkan anak-anak mudah untuk menziarah kubur ibu bapa mereka. “Kelebihan mempunyai kubur di halaman rumah ialah, rumah akan menjadi sukar untuk dijual dan mudah untuk anak-anak pulang menziarah kubur,” tulis seorang netizen. “Saya mahu sesuatu seperti ini, ketika saya mati kelak supaya saya dikebumikan di halaman rumah. Ini supaya anak-anak dan cucu boleh mengunjungi dan mendoakan saya setiap hari,” kata seorang lagi netizen. “Saya sejujurnya berasa takut kerana akan selalu terbayangkan kematian.” tulis seorang lagi netizen. -CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated: Satu lagi berita dari indon yang sensasi lagi berinformasiTerima kasih wartawan Cari
sarah82 replied at 1-9-2021 08:45 AM
Baca berita ni buat aku teringat kisah di kalimantan ka sumatera ka.. Aku dah lupa nama haramjadah t ...
whitebeard replied at 1-9-2021 05:07 PM
Aku pernah baca
Lama dah dulu
Apa tah nama setan tu
batmana replied at 1-9-2021 04:57 PM
klu zmn dlu, kubur dekat2 umah ni psl nk elak org sabotaj kubur psl ilmu hitam
klu rajin bbual ngn ...
ADVERTISEMENT